Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian


Sebenarnya lama dah nak deco bilik tapi banyak kali tertangguh sampailah hari tu bilik zaza diserang sejenis makhluk perosak Kamitetep. Tak sure berpunca dari apa dan serangga tu pun pertama kali zaza tengok. Jadi zaza buatlah pembersihan bilik. Dua tiga hari juga nak bersihkan bilik seorang diri.Dah alang-alang bersihkan bilik, terus lah zaza nak ubahsuai dan deco mengikut konsep yang zaza nak, ala bohomian tapi bajet punya.

Memandangkan bilik zaza dah memang warna putih, so zaza just ubah bahagian katil dan ruang tepi tingkap. 

Sebenarnya ubahsuai bilik ni tak siap sepenuhnya lagi sebab ada lagi sudut lain yang masih zaza tercari-cari nak deco macam mana. Susah betul nak pilih hiasan yang berkenan.

Untuk kali ni zaza just share ruang tidur dengan bahagian tepi tingkap dulu.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Sumber Foto Idea : Pinterest

Ini gambar semasa zaza buat pembersihan bilik. Tilam, almari, rak pakaian semua zaza keluarkan dulu dari bilik. Asalnya lantai tu zaza letak tikar kayu dengan carpet. so zaza buka dan tinggallah tikar asal yang berkopak-kopak tu.

Memang jenuhlah kemas dan punggah barang semua. Mana yang tak elok zaza buang dan bakar. Setiap penjuru lantai zaza sembur dengan penyembur racun. Dah lama sikit baru zaza sembur pula dengan penyembur Natucare Fabrik sebab nak elak dari hama dan serangga kamitetep tu.

Lepas dah punggah semua, zaza sapu lantai. Sedut segala habuk dan mop. Memang penat gila..

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Gambar kerja-kerja pembersihan

Selepas dah selesai mop semua tu, zaza buat pemasangan tikar getah baru. Beli kat Shopee je..untuk bilik zaza ni sebenarnya memerlukan 11 meter panjang tikar getah. Tapi zaza tak ukur..main bedal je beli 10 meter ( agak-agak je masa tu ). So sudut last dekat dengan pintu tak cukup..lagi setengah meter je.. tapi nasib ada wallpaper so zaza alas dengan wallpaper je la sementara ( tak tunjuk sudut ni sebab penuh dengan pakaian yang berserabut, belum kemas hehe )

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Selepas siap pasang tikar getah

So next, sampai pula selimut baldu ( flannel velve plush throw blanket ). Memang lembut gilaaaa. Mulanya zaza nak cari warna yang seakan warna mustard yellow macam isi durian tu tapi dah berhari-hari zaza cuba cari tak jumpa..akhirnya zaza decide beli selimut baldu warna dekat gambar bawah ni. Selimut baldu ni RM23 je.

Cadar putih tu pula yang IKEA juga zaza beli dekat Shopee dalam RM70+ sekali dua sarung bantal.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Selimut baldu

Dah siap cantikkan katil, Drawer ala IKEA pun sampai. Ramai kan suka dengan drawer putih ni. Serius zaza cakap memang cantik sangat. Berkualiti. Drawer 4 tingkat ni zaza beli kat Shopee juga.

Harga zaza beli RM 156.60 termasuk kos penghantaran dan tolak coin. Drawer ni memang kena pasang sendiri okay.. 

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Mulanya memang pening. Oh ya, selepas beli drawer ni, memang kena chat seller untuk minta video tutorial cara pasang. Mula-mula rasa macam payah dan tak faham, tapi dah step 2 dan seterusnya barulah faham dan mudah nak pasang.

5 jam jugalah zaza nak sudahkan pasang drawer ni..sebabnya zaza ada juga stop kejap-kejap berehat dan sempat lagi pergi makan haha.

Tangan memang sakit jugalah pulas-pulas skru driver masa nak pasang skru tu. Untuk pemasangan drawer ni, zaza guna skru driver dan tukul je. Tak guna drill sebab tak ada. kalau ada lagi cepat kot siap.

Dah siap pasang drawer, so zaza pun buatlah susunan dan hasilnyaaa..

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Ruang dinding masih lagi kosong. Cadangnya zaza nak letak frame dan sedikit deco-deco daun atau pokok yang gantung-gantung tu..masih mencari dekat shopee mana yang berkenan.

Oh ya, kalau tengok gambar ilham dari pinterest tu, ada nampak kayu hiasan macam tangga tu kan? So zaza pun cari kat shopee dan terjumpa yang murah gilaaaa.

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian
Ladder wood

Deco Room : Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Zaza beli RM28.50 je. Kenapa murah? Biasa kayu Ladder Wood saiz besar macam ni harga RM70-RM100+ kan.

Okay sebab kayu ni dia guna kayu recycle. Tapi walaupun recycle, kayu dia memang lawaaa..Sampai pun dalam keadaan pembungkusan yang baik dan kayu ok.

Untuk Ladder Wood check out dekat seller :  https://shp.ee/8ck3xjp
Untuk Drawer 4 Tier check out dekat seller : https://shp.ee/y775fnj

Ada 3 lagi sudut yang belum zaza deco. Sudut pakaian, sudut meja komputer dan sudut yang ada cermin ootd dekat gambar atas tadi tu..Insyaallah kalau dah siap yang tu nanti zaza share ok. 




Zaza Iman
7 Comments

7 ulasan:

  1. cantik, suka sangat. drawer tu ok ya zaza? tak ketat bila tarik dan tutup tu? murah tu berbanding ikea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kak..ngam2 ja zaza pasang elok..mmg cantik drawer tu 👍🏼

      Padam
  2. Wahhh cantik tersusun . Tambah2 warna putih pulak tue . Tahniah zaza berjaya pasang drawer tu . CCL ada beli juga haritu . Mnta adk lelaki tolong pasangkan . 2jam juga baru siap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi slps psg tu, satu hari badan sakit2 😂 tp mmg puas lah dpt psg sendiri

      Padam
  3. Hebat lah you ni, bab nak pasang drawer from zero i memang tak boleh coz tak tau macam mana nak start.

    BalasPadam
  4. Rajin zaza deko bilik. Deko bilik sendiri memang puas hati sangat kan

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)