4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature


Kalau pasal makeup ni zaza bukanlah orang yang reti sangat terutama kalau nak beli foundation atau cc cream. Pernah zaza masuk outlet kecantikan dan tengok banyak gila kod warna foundation tu. Sudahnya pening kepala fikir dan tak tahu kod warna yang sesuai dengan kulit muka.

Zaza pun pernah je beli foundation/cc cream yang bila zaza makeup nampak kelabu muka..haha..ingat lagi ada rakan tegur. Itu belum lagi kena tegur dengan jurujual outlet kecantikan bila makeup zaza pecah-pecah. Sekali tengok cermin..ya Tuhan..bercapuk dan pecah gila. Time tu memang rasa malu sangat rasa. Macam nak tanggalkan terus je makeup kat situ.. itu lah pengalaman zaza. Sejak peristiwa tu la zaza belajar sikit-sikit pasal makeup. 
Tapi bab nak pilih kod warna foundation/cc cream tu memang susah juga. Takut kalau main ambil je warna tak kena dengan kulit. Dah rugi. Kalau boleh pulang atau tukar tak apa juga.

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Peningkan nak pilih kod warna cream yang sesuai dengan tone kulit kita..( sekadar contoh ) 



Macam zaza memang jarang keluar rumah. So memang jarang la makeup. Cuma bila ada waktu kena keluar dengan family ke dan nak cepat, zaza memang memerlukan cc cream yang senang pakai dan tak perlukan makeup yang berat.

So nasib baiklah zaza jumpa Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Zaza dah guna dua botol tau.

Kali ni zaza nak share sikit pengalaman sepanjang zaza guna cc cream ni.

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature 

Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Asalnya masa zaza cuba cc cream ni rasa macam tak kena je. Rasa tak sesuai. Muka zaza pula tak la licin dan berkawah macam bulan sikit hahaha..zaza fikir cc cream ni lebih sesuai dengan kulit licin macam orang korea tu.. Tapi rupanya sebelum sapu cc cream ni, zaza kena pakai pelembab muka dulu dan baru pakai cc cream ni. Barulah elok dan sekata nak sapu.

Pada zaza apa yang istimewanya dengan Gold Nano CC Cream sebab ada satu warna je dan cream dia warna putih.

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Senangkan bila satu warna je. Uniknya juga ,Gold Nano CC Cream ni sebab bila pakai, ia akan berubah ikut warna kulit muka kita selepas di blend dengan jari. Jadi makeup tu akan nampak glowing secara natural.

Macam zaza cakap tadi, adakala bila nak keluar rumah dan nak cepat siap, memang zaza perlukan makeup yang simple. Jadi cc cream ni memang sesuai sangat digunakan untuk makeup yang simple tu.

Selain dari berubah ikut warna kulit, Gold Nano CC Cream ni juga ada Sun Protection dengan SPF50+ PA+++. Bila muka kena dekat bawah cahaya matahari tiada “white cast” . White cast tu maksudnya bila guna sunscreen, kulit nampak macam putih sangat dan akan nampak putih-putih tak cantik. Berbeza dengan Gold Nano CC Cream ni bila pakai tak nampak white cast dan kulit nampak natural dan cerah je bila dibawah sinaran cahaya matahari.

Contoh muka bila guna sunscreen jenama XXX

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Cahaya dari tepi tingkap

Contoh muka bila guna Gold Nano CC Cream

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Cahaya dari tepi tingkap 

Kalau tengok texture cream pula memang tak berminyak. Bila zaza sapu pun tak rasa melekit langsung. Makeup pun rasa ringan je tau. Memang rasa selesa lah solek muka dengan cc cream ni. Kulit pun rasa boleh bernafas.

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Satu lagi yang zaza suka sebab mudah dicuci dan tak perlu ambil masa yang lama nak bersihkannya. Macam zaza kalau balik kampung yang perjalanannya ambil masa 6-7 jam nak sampai, jadi memang akan berhenti dekat Hentian Rehat sebab nak solat zohor dan asar. Masa tu ingat lagi zaza pakai solekan yang agak tebal dan memang susah sangat nak bersihkan. Nak kena pakai tisu basah, lepas tu kena guna makeup remover dan barulah pencuci muka. Memang terasa sangat lecehnya tu dan sangat lama.

Tapi bila ada Gold Nano CC Cream ni, ia jadi sangatlah mudah.

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Kapas muka tu zaza dap-dap kat muka dan memang tak ada kesan kotoran terlekat 

Packaging botol cc cream ni zaza suka. Saiz dia sebesar tapak tangan je dan boleh dibawa kemana-mana. Kalau tengok penutup dia jenis Twist lock cover. Kiranya kalau letak dalam handbag yang penuh barang ia kekal selamat dari tercabut dan tumpah. Sebelum ni pernah je ada cream yang dalam botol macam kaca tu dan penutup dia kadang tertanggal. Bila tertanggal habis jugalah comot-comot beg dan barang lain sebab terkena serpihan cream yang terkeluar tu. 

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Penutup jenis Twist Lock Cover mampu mengelakkan ia tercabut 

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Bucu botol tirus mengurangkan risiko cream tertumpah 


Pada zaza memang berbaloi lah guna cc cream ni. Walaupun harganya macam expensive sikit tapi boleh pakai lama tau. Zaza punya botol kedua ni pun dah lebih 5 bulan tak habis lagi sebab zaza memang jarang keluar rumah. Jadi memang hanya pakai waktu tertentu je..

Pada korang yang nak try cc cream ni dan nak tahu lebih lanjut boleh check out dekat laman di bawah :


4 Kebaikan Pengalaman Guna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Brand : Hansaegee Nature 





2 Ulasan

  1. Akak pun suka cc cream yang nampak natural bila pakai. Tak lah nampak berbelak muka kita.

    BalasPadam
  2. Kalau bab pilih code warna nad pun fail.. Tapi dengan hansaegee tak pening kepala dh.. Heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama