Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2020


Setelah sekian lama akhirnya baru ada peluang untuk zaza tonton filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Orang lain dah tengok lama tapi zaza baru dapat tengok. Memang dah lama sangat mengidam nak layan cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Terus petang tadi langgan dekat Astro First dengan bayaran RM15.00  dan boleh ditonton selama 2 hari. Filem ini disiarkan selama 1 jam setengah. Bagi zaza terasa macam tak puas dan sekejap je masa..hahaaaa..kalau boleh panjangkan lagi sebab ralit betul tengok.

Bukan budak je suka, orang dewasa dan tua pun layan filem ni. Pada zaza la kan, Upin Ipin ni syoknya sebab berlatar belakangkan suasana keindahan kampung. Mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak dulu kala.

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Sinopsis Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Cerita dimulakan dengan Tok Dalang yang meminta Upin dan Ipin membantu mengemas stor miliknya. Semasa hendak mengemas stor, Tok Dalang ada berpesan tentang satu keris pelik yang disimpannya. Datang pula rakan-rakan Upin Ipin untuk membantu sehinggalah mereka terjumpa keris tersebut. Mereka membaca mantera yang terdapat pada hulu keris dan secara tiba-tiba kawasan stor bergegar dan satu lubang terbentuk ( Batu Belah Batu Bertangkup ) sehingga menyebabkan Upin Ipin dan rakannya disedut sehingga membawa mereka ke alam lain. Alam tersebut adalah dunia Inderaloka. Semasa disedut Upin dan Ipin telah terpisah.

Inderaloka diperintah oleh Raja Inderaloka namun telah dibunuh oleh Raja Bersiong. Semasa di Inderaloka, Upin telah bertemu dengan Belalang semasa cuba menyelamatkan diri oleh serangga jadian Raja Bersiong. Pak Belalang pula dipanggil menghadap Raja Bersiong kerana Pak Belalang terkenal sebagai tukang tilik. Raja Bersiong mengarahkan Pak Belalang mencari Keris Siamang Tunggal.

Pak Belalang berlari ke rumah dan mengajak Belalang melarikan diri tetapi terkejut apabila melihat Upin dan rakan lain berada disitu. Secara tak sengaja hulu Keris Siamang Tunggal terjatuh dan apabila Pak Belalang melihat, Pak Belalang segera membawa Belalang, Upin dan rakannya melarikan diri melalui terowong rahsia dan mencari Nakhoda Ragam. Sebelum berpisah, Pak Belalang berpesan pada Belalang supaya jangan percaya dengan manusia yang mempunyai kesan terbakar pada tepi muka.

Ipin pula bersama sebahagian rakan lain telah terjatuh dan berjumpa dengan Mat Jenin. Mat Jenin telah mengambil sarung Keris Siamang Tunggal yang jatuh bersama Ipin. Mereka kemudian singgah makan pisang salai di kedai Ibu Tanggang. Beberapa kejadian berlaku dan secara tiba-tiba kawasan tersebut telah di serang oleh ikan todak.

Ipin dan rakannya melarikan diri sehinggalah sampai ke Pelabuhan Megah. Disitulah Ipin bertemu semula dengan Upin yang sedang menari ketika mendengar nyanyian lagu Keris Siamang. Rupanya yang menyanyikan lagu tersebut adalah Nakhoda Ragam. Siapakah Nakhoda Ragam sebenarnya? Dari mana pula asal usul Mat Jenin?

Dalam pengembaraan mereka bertemu pula dengan Bawang Merah. Disini bawang Merah telah menceritakan apa yang berlaku pada dirinya.

Banyak kejadian telah terjadi dan akhirnya berlakulah pertarungan Upin Ipin dan Mat Jenin dengan Raja Bersiong. Pada mulanya disangkakan Raja Bersiong telah tewas rupanya..

Kalau nak tahu kesudahannya kena la tengok. Memang ralit sangat dan pada zaza Upin Ipin Keris Siamang Tunggal memang antara animasi terbaik penuh aksi.

Berdasarkan watak boleh dilihat Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini menyelitkan kisah rakyat seperti Belalang dan Pak Belalang, Raja Bersiong,  Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu, Kisah Singapura di langgar Ikan Todak dan beberapa lagi. Betul-betul mengimbas cerita zaman kanak-kanak dulu.





Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Komen

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)