Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15


Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15. Sebenarnya zaza memang dah kurang tengok drama cinta-cinta melayu ni cuma adalah baru-baru ini zaza ternampak beberapa scene pendek drama Beri Sedikit Waktu lakonan Zara Zya dan Akasha dekat facebook. Terus macam tertarik nak tonton online.

Tapi zaza start tengok dari episod 12 hingga 15 je..macam ni la zaza..tak suka nak tengok mula episod..terus lompat ke episod nak last-last tu..First time tengok pun dah rasa best nak-nak lakonan Zara Zya dan Akasha. Antara pelakon yang berkualiti dan berbakat besar di Malaysia.

Drama Beri Sedikit Waktu ini ditayangkan pada setiap Isnin - Khamis, jam 10malam di TV3.

Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15

Drama Beri Sedikit Waktu mengisahkan Hananiah ( Lakonan Zara Zya ) yang merupakan isteri kepada Farhan ( Lakonan Shah Jazle ) telah diceraikan dengan talak satu. Alasan yang diberikan oleh Farhan kerana dia tidak sanggup lagi untuk bersama dengan Hananiah atau dipanggil Niya.

Mereka telah dikuarniakan seorang anak lelaki bernama Luqman yang berusia 5 tahun. Sele[as bercerai, Farhan ke rumah ibunya, Puan Faridah. Disana, Farhan telah menceritakan  pelbagai kisah buruk tentang Niya dan Puan Faridah mula membenci Niya.

Dalam diam rupanya Farhan telah berkahwin dengan Haryani ( lakonan Atikah Suhaime ). Niya pula hilang segalanya. Rumah tempatnya tinggal juga dilelong dan kerap dikejar penghutang akibat dari sikap Farhan yang suka berhutang. Hal ini menyebabkan Niya merasa tertekan dengan kehidupannya.

Niya cuba berusaha mencari pekerjaan sehinggalah Niya dipertemukan dengan Sofia ( lakonan Farisya Irwayu ) yang merupakan kakak kepada Imran ( lakonan Aqasha ).

Akhirnya Niya diberi peluang oleh Sofia untuk bekerja sebagai pembantu rumah kepada Imran. Semasa menjadi pembantu rumah, Imran melayan Niya dengan endah tak endah dan sering cepat berasa marah kerana Imran menghidap penyakit OCPD ( Obsessive Compulsive Personality Disorder ) tanpa diketahui oleh Niya.

Niya dan Luqman pula sebenarnya menetap di bilik stor belakang rumah Imran tanpa pengetahuan Imran.

Imran pula pantang rumah bersepah atau barang tidak tersusun pasti akan marah Niya. Adakala Imran jadi panik mujurlah ada seorang sahabatnya yang selalu ada dengannya.

Semakin lama, Niya menjadi seorang yang tabah. Imran pula telah mula menyukai Niya tapi sering diganggu oleh Myra yang mencintai Imran.

Imran juga berusaha mendapatkan rawatan dengan doctor untuk memulihkan keadaanya demi cintanya pada Niya kerana sedar penyakitnya itu boleh menghalang hubungan mereka.

Farhan pula telah terkantoi dengan Haryani kerana telah menipunya. Haryani menuntut cerai.

Suatu hari Farhan datang ke rumah Niya dan memujuk untuk merujuk semula demi Lukman. Siapakah yang akan Bersama Niya? Siapakah yang Lukman akan pilih untuk menjadi ayahnya?

Korang kena tonton sebab ada juga scene-scene kelakar yang membuatkan korang happy nak layan cerita ni.

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini seperti Laila Nasir, Puteri Lofea, Adik Rayyan Nur Iman, Man Raja Lawak, Shyrim, Ummar Dzarif, Ayrana Amani dan Ain Sufia.




















Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)