Panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen E-mel yang berjaya pada tahun 2021



Panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen E-mel yang berjaya pada tahun 2021. Apakah itu pemasaran e-mel? Pemasaran e-mel merupakan satu bentuk kemudahan emel dalam versi digital. Jika dahulu apabila kita hendak mengirim surat, kita menulisnya di kertas tetapi apabila wujudnya emel, ia memudahkan kita menghantar surat secara digital.

Namun adakah penggunaan emel sudah semakin dilupakan? Tidak. Kerana pada era kini, Pemasaran emel masih lagi kukuh dan penggunaannya semakin meningkat.

Menurut Neil Patel, usahawan digital marketing, pada tahun 2018 terdapat data menunjukkan pemasaran emel antara saluran pemasaran yang paling berkesan mengalahkan social media lain dan masih evergreen walaupun ada platform seperti Google Ads dan Facebook Ads.

Panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen E-mel yang berjaya pada tahun 2021

Kebanyakan orang menggunakan emel untuk menghantar dokumen berbanding dengan platform lain. Begitu juga buat usahawan dimana mereka boleh menggunakan pemasaran emel untuk mempromosikan produk mereka. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan kempen pemasaran dengan betul dan baik.

Berikut beberapa panduan Langkah demi Langkah untuk Kempen Pemasaran E-mel yang Berjaya.

1. Guna Sistem Pemasaran Emel

Perkara pertama adalah anda memerlukan sistem pemasaran emel yang disebut sebagai autoresponder contohnya getresponse, aweber, sendinblue dan sebagainya. Sistem pemasaran ini berfungsi untuk mendapatkan senarai emel pengguna dimana ia mempunyai personalised mesej dengan cara meletakkan nama penerima di dalam emel yang akan dihantar. Selepas itu anda perlu membuat satu borang untuk pengguna memasukkan info mereka seperti nama dan alamat emel. Kemudian sistem ini akan automatic menghantar emel kepada pengguna mengikut apa yang telah di set kan.

2. Follow up dengan buat kandungan menarik

Anda perlu membuat kandungan yang menarik pelanggan dan sentiasa mengemaskini kandungan kepada pelanggan. Contohnya anda menetapkan untuk menghantar emel pada pelanggan satu kali pada setiap minggu, jadi anda perlu hantar mengikut waktu yang ditetapkan. Jika anda hantar setiap hari kemungkinan pelanggan tidak menyukainya.

Oleh itu, pentingnya anda membuat emel susulan pertama untuk membantu pemasaran emel anda. Emel susulan pertama ini adalah langkah bagi anda memperkenalkan diri dan perincian mengenai kandungan anda ke alamat emel pelanggan yang baru.

3. Buat Analisis dan segmentasi

Setelah anda memahami cara untuk menghasilkan pemasaran emel, anda perlu membuat Analisa dan segmentasi. Bagaimana caranya?

Biasanya penyedia sistem pemasaran telah menyediakan analisis secara percuma. Dan perkara penting yang anda perlu fahami adalah 3 perkara iaitu jumlah orang membuka emel anda, kesan sejauh mana hubungan anda dengan pembaca, contohnya sejauh mana pembaca teruja membaca emel dan membukanya dengan cepat.Kemudian berapa banyak pelanggan yang unsubscribe emel anda.

Bagi segmentasi pula ia adalah amalan dimana ada perlu membahagikan senarai emel ke dalam kumpulan sasaran. Sebagai contoh,

  • Senarai Pelanggan
  • Pelanggan newsletter
  • Senarai emel harian ( perbandingan mingguan dan bulanan dan lain-lain )
Jadi apabila anda mempunyai senarai pembahagian ini, ia memudahkan untuk anda menghantar emel kepada sasaran yang tepat.

Inilah beberapa langkah dan ringkasan yang boleh anda lakukan bagi memulakan pemasaran emel anda. Anda boleh membuat carian mengenai sistem pemasaran yang sesuai dan berbaloi.

Sekiranya anda kurang jelas dengan penerangan di atas, anda boleh menggunakan perkhidmatan dari Web Mechanic. Web Mechanic ini berfungsi untuk membantu anda sebagai peniaga berniaga secara online. Ia merupakan sebuah syarikat yang menawarkan servis digital marketing malaysia menggunakan SEO, Facebook Ads dan marketing lain yang bagus untuk anda membuat promosi sesebuah bisnes dengan cara terkini yang superb!





Zaza Iman
11 Comments

11 ulasan:

  1. zaman sekarang pelbagai socmedia tapi sis masih suka guna emel..rasa emel paling senang nak berkomunikasi dan hantar dokumen bagai..tp bab nak buat marketing tru emel kena belajar kut

    BalasPadam
  2. Emel masih relavan dalam strategi pemasaran.. nice sharing Zaza

    BalasPadam
  3. Selalu jugak dapat e-mel iklan baru perasan itulah kaedah pemasaran e-mel hiks!

    BalasPadam
  4. Good sharing Zaza.. macam kita as blogger nie pun hari-hari guna email kan..

    BalasPadam
  5. Memangpun byk job kita guna emel utk bg maklumat penting and detail

    BalasPadam
  6. Walaupun socmed lain ade, tp emel masih relevan skrg.. Senang nk guna lg2 hntr doc ke apa2 yg penting kt sini kan..

    BalasPadam
  7. Email memang selalu tengok lagi-lagi newsletter. Info yang bermanfaat

    BalasPadam
  8. emel masih lagi releven sehingga hari ni.. rsnye sepjg jd blogger ni, byk berkomunikasi guna emel..

    BalasPadam
  9. Emel memg senang nak berhubung.. Senang nak menghantar, senang nak berurusan.. Semua org guna email utk semua kerja

    BalasPadam
  10. Cx suka guna emel. Rasa lebih selamat. Betullah zaza cakap, email masih relevan masa sekarang ni

    BalasPadam
  11. wow thanks for the tips, i hope i can learn more and be better next year.

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)