Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp


Assalamualaikum,

Apa aktiviti korang buat bila kat rumah? Zaza bila ada masa lapang lebih suka baca buku atau layan kucing kesayangan. Sekali sekala buat aktiviti mengemas bilik bila datang mood rajin. Lately, zaza tengok ramai rakan-rakan zaza habiskan waktu lapang mereka dengan buat deco halaman rumah dengan pokok-pokok bunga yang dibeli dekat nurseri. Cantik je bila tengok halaman dan dalam rumah mereka dihiasi pokok-pokok bunga yang indah.

Btw, hari tu zaza ada ternampak seorang influencer ni share pasal lampu galaxy light. Memang lawa gila lah. Korang google je galaxy light tu apa..sure nanti terpengaruh nak beli mehmeh.. atau korang boleh check out dekat Shopee : Galaxy Light banyak gilaaaa..harga pun tengah offer murah.

Selain dari galaxy light, ni ada satu lagi lampu hiasan untuk bilik tidur iaitu 3D Led Moon Light Lamp.

Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp

3D Led Moon Light Lamp ni kecil comel je. Sesuai letak kat meja dan boleh la feeling-feeling tengok cahaya bulan waktu malam kan? Dulu selalu berangan duduk tepi pantai sambil tengok cahaya bulan yang indah haha..berangan je kan! Haa sekarang boleh lah realisasikan berangan tu walaupun hanya duduk dalam bilik.

3D Led Moon Light Lamp ni datang dengan 3 saiz iaitu 8cm, 12cm dan 18cm. Harga antara RM17.90 ke RM29.50 mengikut saiz. Memang murah je kan..

Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp

Memancarkan 2 pilihan warna iaitu putih dan kuning. Menggunakan bateri yang tertanam di dalamnya. So kalau dah habis guna dan untuk cas makan masa 3 jam untuk penuh.

3D Led Moon Light Lamp ni boleh guna untuk jangka masa antara 5 jam hingga 20 jam mengikut pada kecerahan yang digunakan.

Dalam packaging pembelian ni apa yang korang akan dapat adalah :
  • Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp
  • Wooden Mount Wood Base
  • Usb Power Cable
  • English Manual
Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp

Kalau korang nak dapatkan Lampu Hiasan 3D Led Moon Light Lamp  ni boleh buat pembelian terus dekat seller Shopee GADGETKUSTORE Dalam tu seller juga ada tunjukkan macam mana cara guna..



Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

  1. rabia ada moon light ni. menang contest dekat IG dapat moon light ni

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)