Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh


Assalamualaikum,

Walaupun zaza duduk area berdekatan Temerloh tapi zaza memang kurang tahu sangat area sini. Kalau keluar dan ikut waze pun kadang tu still tak jumpa tempat yang nak dituju. Macam tu juga dengan tempat makan. Dah sampai bandar Temerloh tu barulah terhegeh nak google tempat makan best kat Temerloh..hahaaa..

Banyak rupanya tempat makan yang baru dan best ada dekat Temerloh ni dan antara salah satu yang zaza singgah adalah dekat Cucuk-Cucuk Pantai Lido.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Zaza pergi dengan kawan zaza, blogger cik renex Macam biasa dia je la pemandu yang bawa zaza kemana-mana..terima kasih cik renex sebab sudi bawa zaza makan kat sini. Jarak rumah kami bukan dekat tau..sejam juga nak sampai semata-mata nak ambil zaza..

Cucuk-Cucuk Pantai Lido ni dibuka pada jam 5 petang hingga 11 malam. So zaza sampai kat sini dalam jam 5.30 petang.

Kat area sekitar sini pun ada port lawa tau nak ootd. Sebelum singgah makan sini, macam biasalah sempat lagi zaza ootd hahaaa..

Oklah, sampai je kat sini, ada beberapa menu makanan yang zaza cuba antaranya Cucuk-Cucuk, Tauhu Bakar, Set Talam Menyandor, Laicikang Telur Puyuh dan ABC.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Apa tu Cucuk-Cucuk?

Ala Cucuk-Cucuk tu makanan macam bebola ikan, hotdog, tauhu, isi ketam dan banyak lagi yang dicucuk dengan lidi tu.

Harga Cucuk-Cucuk ni berbeza mengikut warna batang lidi.

  • RM 1.00 ( Batang tiada warna )
  • RM 2.00 ( Batang warna merah )
  • RM 5.00 ( Batang warna hijau )

Cucuk-Cucuk ni boleh dimakan begitu saja atau lebih enak dimakan bersama kuah. Kuah pula ada tiga jenis iaitu,

Kuah:

  • Kuah Sup + Sos Istimewa
  • Kuah Rojak
  • Kuah Yong Taufu
So zaza cuba kesemua kuahnya. Zaza suka kuah yong tau foo tu.. lagi pun agak lama dah zaza tak makan yong tau foo sejak pasar malam kat tempat zaza dah berubah ni, susah dah nak cari sebab banyak peniaga lama dah tak ada kat situ. Jadi bila dapat makan Cucuk-Cucuk ni dengan kuah yong tau foo dapat lah feeling-feeling nikmati yong tau foo.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Yang ini pula Cucuk-Cucuk dengan kuah sup. Kalau budak-budak kecil memang suka makan ber sup ni kan. Ditambah dengan sos istimewa. Campurkan je sos istimewa dan kacau.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Tauhu Bakar

Hidangan kedua zaza cuba adalah Tauhu Bakar. Harganya cuma RM6.00 je. Zaza sebenarnya tak berapa makan tauhu tapi zaza cuba juga. Ranggup dan kuah rojak pun sedap.

Bagi pengemar Tauhu boleh la cuba menu ini.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Set Talam Menyandor

Hidangan ke tiga yang zaza cuba adalah Set Talam Menyandor. Kenapa nama menyandor? agaknya sebab bila makan set ni memang buat perut betul-betul kenyang dan terus rasa nak menyandor kat kerusi kot. Macam bersandar kat kerusi lah. Tu tekaan zaza lah. Mungkin ada maksud lain kan..tapi...ini adalah set yang paling zaza suka.

Kenapa suka sangat? Sebab ada petai hehe..zaza ni hantu petai tau. So keje zaza mengutip petai je sampai licin.

Set Talam Menyandor ni harganya RM18.90 sahaja. Dalam ini ada Nasi, Ikan Bakar Petai
( Siakap/Talapia ), Air Asam Jawa, Ikan Masin Bulu Ayam, Ulam, Tembikai, Air Sirap atau Teh O Ais.

Ikan Bakar dia memang sedapppp..tambah cicah dengan air asam jawa dan ada ikan masin. Memang puas lah makan. Bagi zaza Set Talam Menyandor ni boleh berkongsi 2-3 orang ( dewasa sorang dengan budak-budak).  

Next time kalau singgah lagi boleh la ajak family pula makan set ni.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Laicikang Telur Puyuh & ABC

Untuk menghilangkan rasa dahaga, zaza cuba Laicikang Telur Puyuh dan ABC. Ini adalah pertama kali zaza jumpa Laicikang bubuh Telur Puyuh tau. Laicikang ni sedap. Puas juga minum sebab mangkuknya pun besar.

Selain Telur Puyuh, ada banyak campuran bahan lain macam kacang, cincau, buah longan, biji selasih dan beberapa lagi.

Harga Laicikang Telur Puyuh ni cuma RM5.00 je.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Selepas rasa Laicikang, zaza cuba ABC dia pula. Harga pun sama juga RM5.00 je semangkuk. Zaza memang suka ABC. Kalau keluar makan makan-mana kedai makan, memang selalu pesan ABC je..

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

So pada korang yang berdekatan atau ada yang nak singgah Temerloh, boleh la cuba port makan baru ni. Suasana pun meriah dan seronok nak melepak. Harga semua makanan pun berbaloi juga.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

LOKASI :

CUCUK-CUCUK PANTAI LIDO
DYNATON BUKIT ANGIN
( Sebaris Cozyshack cafe, Belakang Rotarium Steamboat )

Waktu Operasi : 5.00 petang hingga 11.00 malam. Dibuka setiap hari.

Tel : 012 -961 6350

Instagram : @ccpl_temerloh




Zaza Iman
8 Comments

8 ulasan:

  1. Teringat2 set menyandor dia tu..
    Eh ada gambar kita terselit. Hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya lah.. kalau jenjalan kat Temerloh boleh lah singgah sini nanti..

    BalasPadam
  3. Nampak sedap semua cucuk cucuk kat Pantai Lido ni Za. Boleh cuba jika ada rezeki sampai sini

    BalasPadam
  4. Kalau ke Pantai Lido nanti bolehlah singgah sini, fav makan mcm ni waktu petang2

    BalasPadam
  5. Sedap semua cucuk2 tu.. Lama tal makan cuvuk.. Selalu beli kat pasar je

    BalasPadam
  6. Wah semua pun nampak sedap i nak try their cucuk and also Set Talam Menyandor kalau i go there.

    BalasPadam
  7. Cucuk cucuk kuah yong tau fu tu mesti sedap kan. Boleh singgah kalau ke temerloh nanti.

    BalasPadam
  8. fuh boleh cubain ni.. dekat je temerloh.. tq za rekemen..

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)