Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik. Hi all..siapa suka dan rajin pakai masker muka? dulu rajin juga pakai. Tapi bila dah habis stok tak terbeli-beli. Biasa zaza pakai yang jenis topeng tu je..tapi kali ni zaza cuba pula pakai masker jernih serbuk dan pertama kali zaza guna yang berasaskan kunyit.

Memang dah tahu lama akan kebaikan masker kunyit ni tapi yela tak rajin nak membuat sendiri..nak tumbuk la..nanti tepek kat muka takut kuning pula..

Tapi sekarang ni dah lebih mudah tau bila ada masker kunyit yang dijual dalam bentuk serbuk dan hanya perlu campur air je..Masker tu adalah Honey Turmeric Mask dari brand Aura New You. Satu jenama yang baru zaza kenali.

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik
Set kotak Honey Turmeric Mask

Honey Turmeric Mask Aura New You

Honey Turmeric Mask Aura New You ini didatangkan dalam sebuah kotak yang cukup cantik designnya. Dalam set ini juga disediakan beauty tool seperti bekas bancuhan mask, sudu mask, botol spray saiz kecil dan juga berus untuk sapuan. Nice sangat sebab beauty tool ni warna pink lembut.

Pada yang risau nak tuang air terus ke dalam bekas bancuhan yang berisi mask, takut terlebih, boleh guna botol spray kecil yang disediakan. Just letak air atau toner dalam tu dan spray je sehingga mendapat bancuhan yang korang mahukan.

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik
Beauty tool yang disediakan

Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Honey Turmeric Mask Ini?

Dalam memakai apa jua produk kecantikan, tentulah perkara utama kita nak tahu adalah tentang bahan yang digunakan. Adakalah elok untuk kulit?

Dalam Honey Turmeric Mask ini, ia menggunakan bahan herba utama seperti Turmeric ( kunyit ), Temulawak, Cekur, Sandalwood, Bunga Ros, Akar Wangi, Kunyit Putih, dan Licorice.

Turmeric ( kunyit ) - bertindak sebagai agen anti oksidan dan anti inflammatory yang baik untuk mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut sebab jerawat dan membantu mencerahkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

Temulawak - berfungsi sebagai anti jerawat, anti bakterial dan membantu memberikan kecerahan kepada kulit.

Cekur - Mengandungi 98 peratus Ethyl p-methoxycinnamic acid yang baik untuk melindungi kulit muka dari rosak

Sandalwood - Membantu menghilangkan kesan sunburn akibat sinaran matahari. Turut berfungsi sebagai anti inflammatory.

Bunga Ros - Berfungsi sebagai anti imflammatory. Ia juga membantu mengatasi masalah kemerahan pada kulit, dermatitis dan juga masalah jerawat.

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Kebaikan Honey Turmeric Mask

Antara kebaikannya adalah :
  • Membantu dalam mencerah dan mencantikkan kulit
  • Membantu menghilangkan parut jerawat
  • Menghapuskan kulit mati
  • Mengurangkan kemerahan pada kulit muka
  • Membantu membuang blackhead dan whitehead
  • Membantu kulit wajah menjadi lebih lembut

Cara Penggunaan Honey Turmeric Mask

Rasanya rata-rata kita dah tahu kan cara nak pakai. Tapi zaza share la juga..macam zaza hanya bancuh dengan air je. Tuang sesudu dua masker dalam bekas dan letak sedikit air. Dah bancuh sebati barulah sapu merata pada seluruh wajah guna berus yang disediakan. Elakkan dari terkena mata.

Selain menggunakan air, boleh juga gunakan susu segar, madu asli atau yogurt. Ikut pada yang korang suka nak guna.

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Selepas pakai, biarkan ia kering antara 15-20 minit. Selepas itu bolehlah cuci muka dengan air. Boleh gunakan span muka yang disediakan.

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Honey Turmeric Mask Dari Brand Aura New You Buat Kulit Muka Jadi Cantik

Selepas cuci memang kulit terasa segar, lembut dan seolah ringan..macam terasa bersih. Untuk kesan lain seperti jerawat dan parut kebiasaan ia mengambil masa untuk elok. So kena rajin pakai sentiasa untuk mendapatkan kesannya.

Kulit Jadi Kuning Tak Bila Pakai Mask Ini?

Oh ya, penggunaan masker ini tak membuatkan kulit jadi kuning. So memang ok sangat untuk korang cuba.

Telah mendapat kelulusan dari KKM ( NOT 200803366K ) dan lulus ujian makmal.

Harga dan Pembelian

Bagi yang berminat, Honey Turmeric Mask di jual dengan harga :

RM79.00 ( Harga Normal )
RM65.00 ( Harga Promosi ) - percuma set beauty tool

Penghantaran adalah Percuma. Korang boleh membuat pembelian terus di Instagram @AuraNewYou atau whatsapp 0182949349






6 Ulasan

  1. Sejak daripada dahulu lagi kita tahu yang kunyit itu bersifat penyembuh, dan telah digunakan sebagai salah satu bahan dalam penjagaan muka zaman nenek moyang kita!

    BalasPadam
  2. Kak Sue pun pakai mask nie.. memang best. Kulit rasa bersih dan segar ja..

    BalasPadam
  3. Macam best jerk mask ni.. rs nk cuba jugak.. 🤭

    BalasPadam
  4. Memang best pakai masker ni. Walau bau agak kuat tp kesan dia tu best sgt.

    BalasPadam
  5. Honey & Tumeric are great for out healthy and skin also. I m keen to try this mask also, will check out their site.

    BalasPadam
  6. Best tau pakai tumeric mask ni . Lepas apply skin jadi lembab toink2 .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama