Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara
Kalau pasal balang kuih ni biasanya kakak zaza la memang rajin dia beli. Macam-macam balang atau bekas. Penuh dah belas/balang makanan dalam almari khas yang dia simpan. Kadangkala mak pun rajin juga beli..Biasa kalau mak-mak atau yang dah kahwin ni memang suka mengumpul.. macam zaza kurang sikit bab-bab membeli balang/bekas ni..
Tapi kan nak beli balang untuk letak kuih atau apa jenis makanan ni memang kena cari yang elok, berkualiti bagus dan yang penting tahan lasak dan selamat untuk guna.
So antara salah satu jenama yang zaza nak suggest adalah Luminarc. Mungkin ada dari pembaca blog zaza ni peminat jenama ini?
Rekaan balang yang simple tapi elegan gitu..
Balang Kaca Luminarc
Zaza ni memang suka beli kudap-kudap..bila malam je suka la mengunyah sambil layan lagu atau sesambil baca buku..so memang perlu ada balang untuk simpan kudap-kudap supaya boleh disimpan lama dan tak masuk angin.
Istimewanya Balang Kaca Luminarc ini adalah :
Balang Kaca kedap udara
Permukaan licin dan selamat
Kaca lutsinar yang membolehkan anda dapat melihat kandungan makanan dengan lebih jelas
Ciri - Ciri Balang Kaca Luminarc
Tahan Lasak -
Balang ini tahan lasak, kalau jatuh ke lantai sekali pun tak pecah
Getah Balang Yang Kuat -
Getah pada permukaan penutup balang berkualiti tinggi untuk mengelakkan aliran udara memasuki balang
Permukaan penutup balang yang berkualiti untuk mengelak dari udara masuk
Kaca Berbaja -
Dihasilkan melalui proses pembajaan haba.Kaca dipanaskan 680°c dan disejukkan.
Kaca menjadi 5 kali ganda lebih kuat
Kaca Lutsinar - Kaca yang direka khas untuk melihat isi kandungan dalam balang kaca.Menjadikanya tampak elegen dan moden
Tidak Mempunyai Sudut Yang Tajam -
Sudut yang direka khas bagi semua golongan usia. Permukaan dan sudut balang yang selamat dipegang dan digunakkan semua.
Tiada Logam Yang Berbahaya - Tidak di campurkan logam dan kimia yang berbahaya ke dalam kaca luminarc. Semuanya bebas dan selamat digunakan.
Warna Yang Menarik - Di reka khas dengan 2 pilihan warna yang menarik iaitu pink dan biru
Warna Kaca Tak Pudar - Kaca warna yang tidak akan luntur dan pudar disebabkan hakisan atau basuhan.
Dua pilihan warna yang menarik iaitu biru dan pink
Kenapa Perlu Guna Balang Kaca Luminarc
Balang Kaca Luminarc ni berbeza dari balang yang lain. Kalau tengok rekaan bentuknya memang nampak elegen dan minimalis. Kalau zaza pun suka design yang macam ni..simple dan tak bercorak. So kalau nak tampal sticker macam sticker nama-nama bahan pun lawa kan..
Kualiti makanan yang terjamin. Rekaan balang dan penutup balang ini membantu mengelakkan dari udara masuk. So makanan akan lebih tahan lama.
Balang ini pun boleh guna dalam jangka masa yang lama. Walaupun jatuh atau penggunaan yang kasar, tapi balang ni tetap utuh bertahan.
Balang Kaca Luminarc Sesuai Pada Golongan :
Golongan Ibu-Ibu
Betul la kan..biasa kalau dah kahwin dan bergelar ibu-ibu ni mesti suka dengan barang-barang sebegini. Mungkin ada setengah tu bila masukkan makanan dalam balang tak kedap udara, habis makanan jadi lemau dan tak elok. Bila tak elok, anak-anak yang makan makanan tersebut boleh ditimpa sakit contoh sakit perut. So balang yang bagus dari segala segi pembuatannya amatlah dititik beratkan supaya tak mendatangkan mudarat.
Bakal Pengantin
Balang macam ni pun amat sesuai tau kalau nak jadikan hadiah untuk majlis perkahwinan. Ataupun jadikan ia sebagai doorgift buat tetamu.
Founder Produk
Bagi founder produk yang sukakan kelainan dan ada bajet lebih boleh la gunakan balang ini bagi menaikkan lagi seri produk mereka.
Info Jenama Luminarc
Jenama Luminarc ini merupakan sebuah jenama dibawah syarikat Kumpulan Arc International. Ia adalah sebuah jenama yang popular dan telah wujud sejak tahun 1984. Ia telah berada di pasaran sejak 72 tahun sehingga kini telah semakin ramai penggunanya.
Syarikat ini menghasilkan balang Luminarc dengan menggunakan kaca yang berkualiti tinggi untuk mencapai kekuatan yang diperlukan. Kaca ini dipanaskan pada suhu 680'C dan disejukkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Harga Balang Kaca Luminarc
1 Set ( 6 pcs ) RM99 ( termasuk kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia )
1 Set ( 6 pcs ) RM139 ( termasuk kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak )
Bagi yang ingin membuat pembelian boleh terus menghubungi mereka di :
Hi, I am zaza. I love photography but I have no skills about it. Blogging since 2012 dan masih kekal aktif sehingga sekarang. Suka menulis tentang lifestyle, makanan dan aktiviti harian. Aktif di Instagram @zaza.imn. Bagi yang berminat untuk sebarang review dan kerjasama di blog dan instagram boleh emelkan ke zaza89mn2@gmail.com . Sekiranya saya tidak membalas dengan cepat, sila emel kembali. Terima kasih :)
Luminarc ni mmg sesuai utk kegunaan seharian atau masa raya, balang gini kalau budak-budak pegang pun xde la seriau kan... Haha
BalasPadamCantik balang dia.. Kalau nak seragam guna balang ni.. Memng cun
BalasPadamKak ana pun suka guna balang luminarc ni sebab dia kedap udara dan design dia simple.
BalasPadamSuka tengok design dia.. Menarik
BalasPadamSuka la balang-balang macam ni.. nak beli la, harga not bad untuk 6 balang, janji berbaloiiii dan berkualiti
BalasPadamI m using their glassware kat rumah also, memang tahan lama.
BalasPadamCantik balang kaca tu
BalasPadamIngat biasa2 sahaja. mahal juga dan berkualiti rupanya.
BalasPadamAlamak . Ini entri racun . Heheh . Cantik balang tue . Macam nak terjah website nak beli juga la .
BalasPadam