Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah


Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah. Di barisi oleh pelakon Michael Ang, Sharifah Sakinah, Mior Darwish dan Pekin Ibrahim yang disiarkan di TV3.

***

Agak jarang juga zaza tonton cerita dekat tv...tapi kalau slot cerita cerekarama memang suka tengok sebab lebih kepada kisah kemasyarakatan yang banyak isi dan pengajaran boleh di ambil.

Baru-baru ini ditayangkan drama Kasih Tau Foo Fah. Dilakonkan oleh pelakon berberbakat seperti Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Adik Mior Darwish dan pertama kali zaza tengok lakonan Michael Ang. Memang best cerita ni. Dari mula sampai habis memang mengalir airmata zaza tau!

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ramlan dan Anis bersama anak mereka Fitri. Suatu hari Ramlan telah meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia terpaksa melarikan diri kerana di kejar oleh Ah Long akibat telah berhutang dengan mereka.

Anis kemudian cuba untuk membawa Fitri pergi tetapi tidak berjaya kerana dihalangi oleh Ah Long yang memberi amaran kepadanya.

Sekali lagi Anis membawa Fitri lari kemudian menyorokkan Fitri di dalam sebuah kotak di tepi bangunan kaki lima. Sebaik sahaja menyorokkan Fitri, datang Ah Long dan menangkap Anis. Anis dan Fitri akhirnya terpisah.

Sehinggalah seorang penjaja Tau Foo Fah bernama Ah Leong menjumpai Fitri dan membawanya tinggal bersama dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Namun sepanjang hari Fitri hanya mendiamkan diri apabila di tanya oleh Ah Leong. Sehinggalah Fitri telah mengundang kemarahan Ah Leong. Disebabkan itulah, akhirnya Fitri bersuara.

Suatu hati Ah Leong bercadang untuk menjadikan Fitri anak angkat dan membawanya ke Pusat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mehon penjagaan Fitri bagaimanapun pendapatan Ah Leong menjual Tau Foo Fah tidak mampu untuk menampung kehidupan Fitri. 

Sehinggalah ada sebuah keluarga telah mengambil Fitri sebagai anak angkat dan berita ini mengejutkan Ah Leong.

Apa yang terjadi pada Fitri selepas itu? Bahagiakah atau derita? Bagaimana dengan Anis, ibunya yang telah terpisah? dan ayahnya Ramlan? Mampukah Fitri bersatu kembali bersama keluarga kandungnya?

Kalau nak tahu cerita penuh sila tonton terus di link di bawah. Pasti korang pun mengalir airmata tengok kisah ni!

Youtube TV3

Tonton Online Cerekarama Kasih Tau Foo Fah



Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Komen

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)