Tempat Makan Menarik Di Kimstone Food Court Kuantan



Tempat Makan Menarik Di Kimstone Food Court Kuantan. Assalamualaikum dan hi..masa ke Kuantan minggu lalu zaza dan rakan menginap dekat Kompo Villa..so belah malam kami keluar untuk makan malam pula. Untuk kali ini destinasi makan malam adalah dekat Kimstone Kuantan. Tempat ni pun rakan zaza juga yang beritahu.. kalau tanya zaza pasal Kuantan memang tak tau sangat sebab sangat jarang datang.

So malam tu lepas je isyak, terus la keluar menuju ke Kimstone. Tak jauh pun dari kami menginap. Sampai je kat sini, alhamdulillah ada parking kereta yang kosong.


First time datang dan tengok..waaa teruja juga sebab memang ramai juga orang makan kat sini.temptnya cantik dipenuhi dengan cahaya lampu yang indah. Macam biasalah terus la snap-snap gambar dulu sebelum makan.



Oh ya masa nak masuk tempat makan ni, akan lalu kedai kek Lakukek. Cantik sangat bangunannya. Tapi kami tak masuk pun sebab bukan nak makan kek. Mungkin next time kalau teringin nak makan kek boleh la singgah lagi.

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan
Bahagian pintu masuk Kimstone

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan
Suasana meriah dengan kehadiran ramai pengunjung

Dekat Kimstone ni ada beberapa gerai foodcourt yang menjual menu-menu western dan beberapa lagi menu lain. Disebabkan tekak kami ni teringin cuba makanan lain selain sate, chicken chop..kami memilih Yee Mee Udang Ayam Cendawan dan Yee Mee Ayam Cendawan . Harga untuk satu pinggan RM8.90.

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan
Menu pilihan kami Yee Mee Udang Ayam Cendawan dan Yee Mee Ayam Cendawan.First time nak makan makanan macam ni..

Untuk minuman pula, sudah pasti kegemaran zaza adalah coconut shake di gerai Kelapa Joget. Zaza ni kalau minuman berasaskan kelapa memang hantu..serius cakap coconut shake ni sedappp.. harga zaza dah lupa untuk cup besar ni..sama ada RM7.90 ke RM8.90..zaza dah lupa harga sebenarnya.

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Kuantan
Coconut shake dia memang umpppp...kena dengan tekak zaza..

Masa tengah lepak datang makluk tuhan yang comel ni bermanja-manja..


Kimstone dengan konsep Food Court & Hall ni dibina dengan konsep Garden Feast. Menjadi tarikan utama pengunjung untuk singgah kerana kecantikan suasananya yang indah dan lampu-lampu di malam hari yang mengasyikkan.

Disini pun ada kemudahan seperti tandas dan surau. Kimstone di buka dari petang sehingga 12.00 malam.Ditutup setiap hari rabu. Terletak di jalan Beserah, Kuantan. Korang waze je mudah kalau nak pergi sini..



Zaza Iman
10 Comments

10 ulasan:

  1. Cantiknya view kedai makan ni..terliur dengan coconut shake dia tuu

    BalasPadam
  2. Menarik dan cantik tempat nie Zaza.. harga makanan pun okay jugak kan..

    BalasPadam
  3. Hari sabtu lepas lalu kat sini.. ramai sangat orang.. baru ingat nk singgah.. sedap2 npk makanan dia..

    BalasPadam
  4. Baru sekali je ke Kuantan, belum pernah la jejak kedai foodcourt gini. Murah jugak RM8.90 utk sizzling tu.

    BalasPadam
  5. Lama xmakan coconut shake. Favourite, everytime pi pasar malam mesti cari. Harga murah jugak ni dekat Kimstone Food court.

    BalasPadam
  6. Comel kucing tu
    Wah rabia selalu je pergi ke kuantan . nanti boleh try pergi makan dekat sini

    BalasPadam
  7. Bestnya zaza..
    Nak pulak tempat makan disinari cahaya lampu macam tu. Memang meriah la kan..
    Nama kedai mereka pun unik unik juga kan..

    BalasPadam
  8. sedapnye menu-menu dia huhh terus rasa lapar baca menu makananya next time pergi bolehlah singgah sini

    BalasPadam
  9. Wow best makan makan kat sini, lighting sangat cantik and makanan pun sedap.

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)