Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf

Selasa, April 25, 2023

Walaupun Kegelapan Menyelubungi Dunia, Cahaya Ilahi Akan Tetap Terus Menyala. Assalamualaikum dan hi..apa khabar. Semoga semuanya sihat-sihat selalu. Memang dari zaman remaja lagi zaza suka baca buku dan kali ini zaza memilih buku dari Hilal Asyraf.

Sebelum ni zaza banyak follow Hilal Asyraf dekat facebook beliau dan website Langitilahi. Ingat dulu zaman-zaman sekitar 2012 boleh dikatakan setiap hari zaza akan lawat website langitilahi untuk baca perkongsian cerita darinya dan penulis lain. Gaya penulisan beliau tu yang best. Tentang kehidupan, tentang Islam..

Zaza tahu beliau ada keluarkan buku tapi masa tu belum tergerak hati nak beli..sehinggalah suatu hari tu beliau ada open untuk baca karyanya secara percuma..dan time tu la tertarik nak baca karya bertajuk Takdir. Tapi masa tu dapat baca sekerat je bila beliau close balik karya percuma tu gara-gara ada orang salah guna.

So disebabkan macam excited gila bila baca Takdir tu..terus la zaza cari..tapiiiiii...yang zaza dapatkan adalah Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam versi lama..versi baru lain sikit..tapi tak apalah..lama pun lama lah..tetap jalan cerita yang sangat best.

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf



Sinopsis 


Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf ni tentang kisah seorang pemuda bernama Angkasa Sakti yang dihantar oleh bapanya untuk memulakan kembara. Tujuannya adalah untuk memerangi kegelapan bawaan Sang Asura yang mengaku dirinya sebagai Tuhan yang patut disembah.

Dunia diselimuti kegelapan.Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Begitu juga dengan Kota "Hijau Chinmayi".

Manusia yang percaya kepadaNYA dibadai derita. Ada yang percaya DIA telah meninggalkan mereka. Ada juga yang menyatakan  Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di Tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.

Sang Asura bersama lima jeneralnya menubuhkan kerajaan Utophia dan Apabila Kesatuan Lima Wilayah yang membawa panji-panji Islam telah tewas di tangan Sang Asura, dunia memasuki era kegelapan yang dasyat. Ramai telah mula hilang kepercayaan terhadap Islam malah keyakinan dan sangka baik mereka pada Allah juga hilang. Mereka akhirnya sujud kepada Sang Asura.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" berpegang teguh dan percaya dan tetap meneruskan perjuangan mereka dalam menegakkan AgamaNYA.

Angkasa Sakti mengembara untuk ke Tanah Haram. Bagaimanapun pemgembarannya bukanlah mudah seperti yang disangka. Angkasa Sakti perlu melalui banyak halangan dan perlu bergerak ke arah timur hingga melepasi tembok Duarte sehingga ke Tanah Lapang. Perjalanan ke sana agak bahaya.

Sepanjang perjalanan, Angkasa Sakti banyak bertemu dengan manusia. Antaranya Pendekar Berdosa yang tersiksa atas dosanya yang lalu.

Juga watak-watak lain seperti Kiai Hutan, Raja Nuo, Kiai Langit, Mughirah Syu'bah,Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Maisarah,Khalid Al Walid dan banyak lagi watak lain yang punya peranan masing-masing.

Bagi Kerajaan Tanah Haram dan Kota "Hijau Chinmayi" pula mereka tidak pernah berputus asa dan percaya pertolongan Allah itu sangat dekat.

Dalam buku Takdir 1 ni juga banyak ayat-ayat dari kalam Allah diselitkan. Seperti :

" Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia ( timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat )


Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf  merupakan sebuah novel pertama daripada Trilogi Takdir. Novel ini adalah percubaan Hilal Asyraf untuk beralih kepada karya komtenporari yang menjadi identitinya selama ini.

Takdir 1 adalah cerita pejuangan buat mereka yang percaya kepadaNYA.

Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf
Takdir 1 Versi Baru 2020 ( tulis semula)

Biodata Penulis :

Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.

Nanti kan :

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir 3 : Janji-NYA Yang Tidak Termungkir







12 ulasan

  1. Rajin Zaza baca buku.. Keepnit up. Hobi yang bagus ni. Walau bagus, akk masih tak sempt baca buku. Jgn ikut akk ye hehe. Mungkin kekangan masa, kerja, dan keluarga. Insyaallah anak bsr nnt nk tmnkan balik minat membaca

    BalasPadam
  2. Sally ada follow jugak Hilal tapi zaman membaca ni dah xde dah... Hahaha... Ikut mood jugak baca, tapi lepas baca sinopsis mcm terdetik nak baca jugak

    BalasPadam
  3. Wah menarik pulak ya buku cerita nie bila baca sinopsis dia..

    BalasPadam
  4. sinopsis yang cukuo manrik...


    boleh mengundang minat untuk membaca dengan lebih lanjut

    BalasPadam
  5. jalan cerita dia mmg lain dari yg lain

    BalasPadam
  6. lamanya tak baca novel & jenjalan masuk kedai buku..

    BalasPadam
  7. ok fine!! Menarik.. saje kan soh beli.. haha..

    BalasPadam
  8. Bagus zaza suka baca buki macam ni.. Nad ni takda masa nak membaca.. Tgk macam best juga

    BalasPadam
  9. Menarik isi dalam dia bila bc sinopsis tu..jeles tgok zaza suka membaca..kak mmg dah x rajin mmbaca..skrg baca balik buku2 sekolah haha..sbb anak2 tya mcm2 so kena studi balik

    BalasPadam
  10. Menarik isi dalam bila baca sinopsis dia..kagum zaza rajin membaca..kak el dah lama x baca buku2 ni..buku sekolah jer rajin baca sbb anak2 duk tya homework emeke

    BalasPadam


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!