Earth Home Pengeluar Racun Serangga Perkenal 6 Produk Baru



Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia. Earth Corporation Jepun (EC) yang merupakan peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga baru sahaja memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.




Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.


Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran.

Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR


Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR
Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk. Terdapat dalam 3 varian -Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90 

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia


3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

5. Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia


6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH
Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia


Sertai Contest Earth Home Instatalents

Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia

Caranya :
1. Post video atau gambar diri anda bersama produk Earth Home
2. Hashtag #earthhomemalaysia #earthhomeinstatalent
3. Tag 3 rakan & tag earthhomemalaysia di dalam posting
4. Pastikan akaun Instagram anda di set public

Contest bermula dari 11 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020.

Hadiah :

Hadiah Utama:
AEON Voucher bernilai RM1000 x 3 pemenang

Hadiah Saguhati :
AEON Voucher bernilai RM700 x 7 pemenang


Bagi yang berminat boleh mendapatkan produk ini di pasaraya di Malaysia ( AEON, Jaya Grocer, Ampang Grocers, de Market, HERO Market, Pasaraya Grand Union, Redtick, UrbanFresh, Sogo, Sunshine dan TF Value-Mart. Info lanjut boleh melayari website www.earth-my.com atau hubungi : 

Chan Kar Ming 
Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd 
Emel: chan-karming@earth-my.com 
Telefon: +60123090238




Zaza Iman
6 Comments

6 ulasan:

  1. Finally launch jugak dekat Malaysia eh..nanti boleh cari dah fabric spray tuu... Hehe

    BalasPadam
  2. Nanti nak cari yg perangkap tikus tu. Sbb kt rumah ada tikus tanah naik atas rumah. Huhu

    BalasPadam
  3. Baru nak keluar malaysia erk.. Atut baru tau pasl prpduk ni. Bgus ni.. Nak kene try

    BalasPadam
  4. Wah banyak product dia yang te. An guna ni

    BalasPadam
  5. First time dengar pasal jenama ni. Mmg tak familiar sangat. Tapi nampak convincing jugak la.

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)