Peraduan CMASA.MY Share dan Menang Gold Bar



Assalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar semuanya? Bertemu lagi disini. oklah, zaza nak tanya siapa kat sini yang memang gila shopping online? Kalau ya..sama la macam zaza jugak. Adakala dah malas keluar bandar sebab tempat zaza ni ada dua bandar utama. Yang dekat dalam 20 minit dan yang jauh sikit dalam 30 minit.

Jadi paling mudah bagi zaza beli barangan online je..jimat masa dan tenaga. Kalau tengok online lagi senang cuma ye la kita tak dapatlah nak tengok fizikal barang tu depan mata kan..so kebiasaan zaza akan baca review-review pengguna lain dulu kalau nak beli sesuatu..kalau ok, barulah yakin nak order.

So kali ini zaza nak share satu lagi platform beli belah baru iaitu CMASA.MY dan CMASA sedang menganjurkan peraduan untuk memenangi Gold Bar. Ok kejap lagi zaza share macam mana nak sertai..sebelum tu zaza nak story sikit tentang CMASA.MY ni.

Peraduan CMASA.MY Share dan Menang Gold Bar

CMASA.MY TEMPAT BELI BELAH BARANGAN MUSLIM

CMASA.MY merupakan sebuah marketplace ( tempat beli belah online ) yang telah diperkenalkan oleh YAPEIM ( Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ).Disini terdapat banyak produk-produk muslim dari peniaga tempatan yang boleh didapati.

Kewujudan CMASA ni juga untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM ( CMASA ) untuk berniaga di platform ini.

Peraduan CMASA.MY Share dan Menang Gold Bar
Laman utama website cmasa.my

Terdapat banyak kategori barangan yang dijual seperti Food & Beverages, Baby & Kids, Health & Beauty, Household & Appliances, Keperluan Haji & Umrah, Servis dan lain-lain.

Peraduan CMASA.MY Share dan Menang Gold Bar
Antara barangan yang dijual

Harga barangan yang ditawarkan juga menarik dan murah. Laman web nya pun mesra pengguna dan mudah digunakan.

Oleh itu sempena dengan kewujudan CMASA ini, pihak CMASA telah menganjurkan satu PERADUAN SHARE & MENANG GOLD BAR.

Peraduan CMASA.MY Share dan Menang Gold Bar

PERADUAN SHARE DAN MENANG GOLD BAR CMASA.MY

Bagaimana untuk menyertai dan memenangi Gold Bar ini..? Caranya mudah saja iaitu :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce kami di https://cmasa.my/ . Apa jua produk dibeli layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebut. Kemudian SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Jangan lupa sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan CMASA menemui posting anda secara public.

PEMILIHAN PEMENANG 

Pemilihan pemenang CMASA akan dikira dari LIKE, KOMEN dan SHARE. 6 Orang yang paling tinggi dalam posting akan dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA.

Selain 6 pemenang utama, CMASA juga turut memberikan 10 hadiah saguhati pada yang bertuah.

Pemenang Hadiah Utama x 3
Gold Bar ( 3gram ) bernilai RM840
Percuma Keahlian Privilege YAPEIM

Pemenang Hadiah Kedua x 3
Gold Bar ( 1.5gram bernilai )  RM465
Percuma Keahlian Privilege YAPEIM

Pemenang Hadiah Saguhati x 10
Cenderama Barangan YAPEIM
Percuma Keahlian Privilege YAPEIM

Cepat sertai peraduan ini ok..bermula sekarang sehingga 30 JUN 2020.Maklumat lanjut boleh ke Facebook Page CMASA









Zaza Iman
15 Comments

15 ulasan:

  1. teringin nak memang Gold Bar, kena join ni

    BalasPadam
  2. Firstime dgr pasal website ni. Bgus ni.. Bolehla usha dulu pastu nak join.. Mana tau luck dpt gold bar ni

    BalasPadam
  3. Baru taw sal website ni. Nti leh usha2. Kot2 ade rzki mng hdiah.

    BalasPadam
  4. Nanti nak tgk la website tu. Macam macam website muncul sekarang ni kan..

    BalasPadam
  5. jom join mana taw tersangkut nama nnt..barang-barang pun murah

    BalasPadam
  6. Wah menarik nie Zaza.. sambil shopping boleh menang hadiah lagi..

    BalasPadam
  7. Nampak menarik ni zaza. Sambil shopping sambil berpwluang memenangi hadiah wafer gold.

    BalasPadam
  8. Beli 1 barang pun dh boleh join. Senangnya.

    BalasPadam
  9. First time dgr psl website ni..boleh usyar2 dlu.. Mana tau rzki menang gold bar kan

    BalasPadam
  10. Menarik hadiahnya Gold Bar tu, Kalau dapat boleh simpan buat pelaburan masa hadapan..

    BalasPadam
  11. Ramainya yang share.. menarik betul tawaran dapat emas tu..

    BalasPadam
  12. Beli satu benda je n ada peluang utk menang gold bar. Menariknya

    BalasPadam
  13. Menarik ni kan. Sebab membeli, pastu boleh menang hadiah
    Tengok hadiah tu best. Rugi tak join sama.

    BalasPadam
  14. Wow really can win gold bar, i pun nak cuba. Jom terjah.

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)