Hi Assalamualaikum..apa khabar semua? Harap ceria dan sihat selalu. Kalau ke KL, biasanya di hujung-hujung tahun baru zaza akan pergi..itu pun sebab kena tolong kakak zaza jaga anak-anaknya yang cuti sekolah.
So masa kat sana hari tu..zaza ada lah install aplikasi FoodPanda untuk order makanan. Maklumlah rumah kakak aparment tingkat 7, so kat situ pun tak ada kedai-kedai terdekat yang boleh jalan kaki..nak kena drive atau keluar jauh sikit baru ada..so kadang tu memang malas je nak keluar membeli.. jalan terbaik order je kat Food Panda kan..
Rumah kakak zaza memang kat Petaling Jaya..so zaza nak share la sikit 10 menu makanan yang boleh dicuba jika korang berada kat Petaling Jaya. Boleh la order kat FoodPanda delivery Malaysia
1. Sate | D'Warong Sate@ Seri Buluh
Sesekali bawa keluarga pergi makan sate pun syok juga kan..tapi kalau rasa malasnya nak keluar dan nak makan kat rumah je, boleh la order sate dekat D'Warong Sate @ Seri Buluh.
Waktu Operasi : Isnin hingga ahad | 6.00 petang - 11.30 malam | HALAL
2.Korean Crispy Chicken Burger | Mr Burger
Bagi yang mengidam nak makan burger dan roti john, Mr Burger adalah pilihan yang best. Rotinya sangat lembut dan harganya juga berpatutan.
Baca review dari pembeli pun rata-rata berpuas hati dengan servis yang diberikan.
Waktu Operasi ( delivery) : 1 petang-8 malam
Facebook : https://web.facebook.com/mr.burgerofficial01/ | +60 17203 3757 | HALAL
3. Malaysian Food | Minang Haji Azhar
Foto : google
Bagi yang meminati masakan kampung seperti daging goreng dendeng, daging dan ayam rendang,ikan pari asam pedas, gulai lemak nangka dan lain-lain, boleh cuba menikmati hidangan disini.
Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin - Ahad | 10:00 pagi- 5:00 Petang
016-610 6323 | HALAL
4. Laksa Power | Selera Utara Food Court
Siapa peminat laksa kat sini? Kalau anda, nampaknya kita satu geng lah..selalu kalau keluar mana-mana mesti zaza akan cari laksa. Jadi kalau teringin nak makan laksa boleh try order dekat Selera Utara Food Court ni.
Selain laksa, ada juga menu seperti rojak buah, maggi sup ayam, bakso dan pelbagai nasi dan lauk pauk.
Waktu Operasi ( delivery) : Isnin hingga ahad | 10:30 pagi - 8.30 malam | HALAL
Lokasi : Tesco Extra Damansara
5. Pisang Goreng | Goreng Pisang Sedap Kota Dame
Petang hari adakala memang teringin nak makan pisang gorengkan. Apa kata order je dekat Goreng Pisang Sedap Kota Dame. Selain goreng pisang ada juga keropok lekor cheese dan cucur udang
Waktu Operasi ( delivery) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 6.00 petang | HALAL
6. Mee Bandung Muo | Real Tomyam @ Mee Bandung Muo
Kat Johor memang terkenal dengan Mee Bandung Muo. Jadi kepada yang teringin menikmati tapi nak ke Johor agak jauh, boleh cuba dekat Real Tomyam @ Mee Bandung Muo.Harganya pun agak berpatutan untuk satu pinggan.
Selain itu ada juga menu lain seperti laksa johor, mee kari bonda, maggi char dan char kuey teow
Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 11.00 malam | HALAL
Lokasi : Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya
7. Tauhu Bergedil | Lidah Goyang Kota Damansara
Sekarang ni memang viral juga manu tauhu bergedil kan..rmai kata sedap tapi zaza belum cuba lagi memandangkan zaza tak gemar makan tauhu. Tapi kalau anda tercari-cari tauhu bergedil boleh cuba makan di Lidah Goyang Kota Damansara.
Ada dua pilihan iaitu Tauhu bergedil daging dan Tauhu bergedil mix.
Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 8.00 pagi - 6.30 petang | HALAL
Lokasi : Jalan Cecawi, Kota Damansara
8. Donut | Donut Cun NSK Kota Damansara
Biasa anak-anak suka betul makan donut yang topping nya ada pelbagai perisa seperi coklat. Jadi apa kata sesekali belanja anak-anak makan donut dekat Donut Cun di NSK Kota Damansara. Boleh juga ditambah dengan minuman yang ada seperti slurpee markisa, slurpee kiwi, mango baverage dan orange baverage.
Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 9.30pagi- 6.3 malam | HALAL
9. Masakan Tomyam Panas | Ani Tom Yam Corner
Sedapnyaaa tomyam..dah lama tak makan..kadang tu nak masak sendiri macam malas kan..jadi cara paling senang order je kat Ani Tom Yam Corner.
Selain tomyam, ada juga banyak menu lain yang best-best untuk dipilih. Antaranya masakan mee/bihun/kuey tiow, nasi goreng. Pekena pula dengan minuman seperti ais milo, barli juice, fresh orange..fuhh memang kenyanggg..
Waktu operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 11.59 malam | HALAL
Lokasi:Pangsapuri Taman Medan Cahaya
10. Lauk Asam Pedas | Asam Pedas Claypot YB
Bagi yang sukakan masakan lauk asam pedas boleh cuba hidangan ini dekat Asam Pedas Claypot YB. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.Bolehlah bawa keluarga atau teman-teman makan disini. Antara pilihan ikan untuk lauk asam pedas ini seperti ikan kembung, ikan merah, ikan merah kepala, ikan tenggiri, ikan jenahak, ikan pari dan ikan mayong.
Waktu operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 11.00 pagi hingga 5.00 petang | HALAL
Lokasi : Selera Sri Manja, Gerai No 5
Sedapnya semua.. Nak usha foodpanda la.. Penat dh nak masak sendiri. Hehee
BalasPadamala nampak makanan malam-malam buta ni sedih la..laparr
BalasPadamgambar firssst nampak sateee je terus rasa tingin. time2 gini memang kena sabar sat laa takleh nak pi cari sate lagi..
BalasPadamHidangan semuanya nampak sedap. Cuma rasa yg No.3 tu Daging Goreng Dengang tu apo? Sebab kalau minang, Daging Goreng Dendeng.. Ni memang menu org minang.. LeYa kan org minang niamilan..hehe..
BalasPadamThe Laksa kat Tesco Extra Mutiara Damansara tu memang best! Kalau i pergi sana mesti i makan, tapi time MCO the medan selara is closed.
BalasPadamUit semua menu ni sedap sedap. Habis PKP ni boleh terjah. Kalau nak guna khidmat FoodPanda jauh plak
BalasPadamTerliur tgok menu2 semua ni. Mudahnya ada food panda ni kan. Tp area rumah reen xde. Kena ke bandar2 skit.kalau ade sng nk order.lg2 time pkp ni
BalasPadamSemuanya sedap belaka.. kalau letih masak atau jemu boleh lah order guna Food Panda kan..
BalasPadamterliur tgk di musim PKP ni
BalasPadamAaaaa zazaaa laparnya tengok semua nii, pisang goreng punn nmpk sedapp!area rumah kita takda foodpanda :(
BalasPadamMenu yang sedap sekali..namun keadaan sekarang membataskan pergerakan semua kita. harus berhati-hati
BalasPadamAdudududu zaza..
BalasPadamTerliur betul tengok makanan tu semua tau. Haha
Nak nak satey tu haaa.. Sedapnya..
Terbayang bayang je dimata ni ha..
Sedap-sedap menunya, nanti habis PKP dah puasa nampaknya tunggu lepas raya baru boleh pi JJCM dekat PJ
BalasPadamTerliur tengok semua... Dah la baru habis pantang ni.. Nyum2
BalasPadamCatat Ulasan