Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian


Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian. Assalamualaikum dan hi..kebiasaan pertengahan tahun masing-masing dah merancang untuk bercuti kan..macam zaza pun selalu bercuti ikut kakak je pada hujung tahun itu pun destinasi dekat-dekat macam melaka, port dickson...so untuk tahun 2020 zaza tak tahu lagi la kakak nak kemana pula dan tak pasti pula dia akan ajak bercuti lagi ke tidak..

Untuk 2020 ni..kemana korang merancang nak bercuti? sebenarnya zaza dah lama mengidam nak ke Pulau Tioman yang terletak kat Pahang. Masih belum ada kesempatan lagi untuk kesana..

Zaza ingatkan Pulau Tioman ni macam ada satu pantai je..rupanya bila zaza search banyak rupanya pantai-pantai kat Pulau Tioman ni..

Pulau Tioman memang selalu menjadi destinasi pengunjung kerana keindahan alam yang kehijauan dan air lautnya yang jernih.

Dan disini terdapat 8 pantai yang boleh dikunjungi antaranya Salang, Paya, Tekek, Juara, Air Batang, Genting, Mukut dan Nipah. So zaza nak share la sedikit info untuk rujukan zaza dan rakan-rakan semua.

Salang

Antara pantai yang terkenal dekat Pulau Tioman. Menjadi destinasi untuk pelancong yang ingin menyelam dan merupakan kawasan kampung yang mempunyai kawasan terumbu karang dan bangkai kapal Tioman. Seronoknya! zaza tak pernah buat aktiviti menyelam tapi memang teringin sangat nak tengok keindahan dalam laut.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Salang : Salang

Paya

Paya merupakan sebuah perkampungan kecil dan pantai yang terletak di pantai barat Pulau Tioman. Disini terdapat pusat peranginan, hotel bajet dan penginapan chalet. Mempunyai keindahan yang cantik dan pasir putih yang halus.

Dinamakan Paya kerana diambil sempena dengan banyaknya paya bakau di kampung tersebut. Disini juga terdapat terumbu karang dan aktiviti snorkeling.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Paya : Paya

Air Batang

Air Batang atau dikenali juga sebagai ABC Village merupakan sebuah desa luar bandar yang di Pantai Barat Pulau Tioman. Mempunyai pasir sepanjang 1.5km dengan dengan perairan yang jernih dan keindahan alam yang subur. Disini juga menjadi tempat untuk para penyelam.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Air Batang : Air Batang

Genting

Genting adalah sebuah perkampungan besar di sepanjang pantai barat Pulau Tioman. Ia terletak diantara Paya dan Kampung Nipah. Mempunyai pantai sepanjang 1.5km dan memiliki kawasan belakang berbukit hutan hujan yang subur. Laut disini agak berbatu dan disini kebanyakan resortnya berasaskan chalet di lereng bukit dan pantai.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Genting : Genting

Tekek

Tekek adalah kampung terbesar di Pulau Tioman. Ia yang terletak di sepanjang pantai sepanjang 3km di barat tengah pulau antara Paya dan Ayer Batang. Disini terdapat kemudahan asas seperti klinik, bank dan kompleks jeti. Mempunyai banyak hotel untuk dipilih termasuklah Resort Berjaya Tioman.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Tekek : Tekek

Juara

Pantai Juara terletak di kawasan teluk terpencil di sepanjang pantai timur Pulau Tioman. Disini terdapat keindahan persekitaran yang menghijau, pantai yang luas dan laut yang mempunyai terumbu karang. Penginapan disini berasaskan chalet tradisional yang terletak di sepanjang pantai.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Juara : Juara

Nipah

Nipah merupakan teluk terpencil di sepanjang pantai barat Pulau Tioman. Ia terletak kira-kira 2.5km dari Selatan Genting atau 6km Utara Mukut. Nama Nipah diambil sempena dengan pokok kelapa sawit. Mempunyai pantai yang bersih dan dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan tenang.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Nipah : Nipah

Mukut

Mukut merupakan sebuah perkampungan nelayan. Ia antara pulau yang sering menjadi tarikan pelancong dengan aktiviti alam. Mempunyai pantai yang berselerak . Disini pelancong dapat meneroka latar belakang gunung granit dan hutan hujan. Terdapat beberapa hotel bajet yang menyediakan penginapan asas. Bagi yang ingin berkayak, memancing dan berkhemah bolehlah datang kesini.

Pantai-Pantai Di Pulau Tioman Jadi Destinasi Idaman Percutian

Sumber gambar dan info penuh mengenai Mukut : Mukut


3 Ulasan

  1. Banyak juga ya zaza rupanya. Cx tak pernah lagi sampai pulau tioman. Bila baca perkongsian zaza. Rasa teruja sbb tempat dia cantik². Ya Allah. Rindunya ketenangan bisikan ombak dan angin pantai

    BalasPadam
  2. cantiknyaaaa. i love the sea !

    BalasPadam
  3. Menariknya.. Kalau tak tahun lepas dah pergi pulau tioman da tp cancel last min sbb musim hujan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama