Assalamualaikum dan hi semua..Apa khabar. Diharap semuanya sihat dan ceria selalu. Zaza memang suka membeli handbag cuma kebanyakan koleksi beg zaza jenis kecil saiznya, jadi boleh muat beberapa barang je. Pernah sekali tu zaza beli satu handbag ni secara online..zaza ingat besar rupanya kecil..muat-muat masuk wallet je..itu lah silap tak tengok saiz..terpengaruh tengok gambar macam besar kan..hehe
Memang sebelum ni zaza ada servey nak beli handbag lain yang besar yang boleh muatkan dslr zaza dengan beberapa barangan lain tapi bila servey tak banyak yang berkenan dan kebanyakan kualiti macam tak sama dengan gambar. Sebab sebelum beli zaza memang suka baca review-review sesuatu barang tu dari pembeli lain.
Tapi kan..jujur zaza cakap yang zaza berpuas hati sangat dengan handbag dari jenama Neufa ni..Sebelum ni Neufa telah memperkenalkan koleksi handbag The Orked, dan untuk koleksi tahun 2020 ni, Neufa melancarkan handbag baru Edisi Neufa Serena.
NEUFA
Neufa merupakan sebuah jenama handbag di Malaysia dan menjual koleksi handbagnya secara atas talian. Neufa menyediakan handbag buat wanita dengan kualiti yang bermutu tinggi dan harga jualan yang mampu untuk dimiliki.
Buat masa ini hanya ada dua edisi yang terdapat di website iaitu The Orked dan Serena.
EDISI NEUFA SERENA
Bagi tahun 2020 ini, Neufa memperkenalkan handbag edisi Neufa Serena dengan tiga pilhan warna iaitu Serena Garnet, Serena Pine Green dan Serena Black.
Warna Serena Pine Green menjadi kesukaan zaza kerana zaza memang gemarkan warna hijau. Apa yang membuatkan zaza suka sangat handbag edisi ini kerana material dan saiznya yang besar.
MATERIAL BERKUALITI DAN TEBAL
Serena adalah handbag dari versi The Orked yang diperbaharui. Handbeg Serena menggunakan material kulit yang lebih baik dan tebal. Ia diperbuat dari Nylon berkualiti tinggi. Handle atau pemegang beg tu pula diperbuat dari 100% genuine cow leather ( kulit lembu )
SAIZ YANG BESAR DAN LUAS
Apa yang zaza suka adalah saiznya yang luas dan besar. Jadi banyak barang yang zaza boleh letak dalam handbag ni. Tak perlu lagi zaza nak bawa dua tiga beg untuk letak barang lain. Biasanya kalau berjalan jauh mesti kita akan bawa sekurangnya dua beg untuk letak kain telekung kan..so handbag ni muat untuk letak telekung, wallet dan beberapa barangan kecil lain.
HANDBAG DENGAN TAG NAMA SENDIRI
Apa yang eksklusif dan istimewanya handbag Serena ini adalah kerana didatangkan dengan tag nama sendiri. Kiranya kita boleh letak nama kita pada handbag ini. Letak nama ni percuma tau..memang tak ada cas tersembunyi.
BOLEH JADIKAN SLING BAG
Handbag Serena juga dilengkapi dengan tali panjang. Boleh la bergaya dengan cara silang. Talinya juga tebal dan lebar. Boleh adjust panjangnya.
KOS PENGHANTARAN PERCUMA
Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh Neufa. Ia adalah PERCUMA, tanpa caj tersembunyi, selagi kita berada di Malaysia.
Handbag ini juga diletakkan di dalam kotak istimewa yang tebal. Jadi ia selamat dari rosak semasa dalam proses penghantaran. Ada warranty 180 hari.
Penghantaran biasanya akan mengambil masa 4-6 hari bekerja untuk pemprosesan. Dalam kebanyakan kes, bungkusan akan diterima kepada pelanggan sebelum 6 hari.
Zaza memang berpuas hati dengan handbag dari Neufa ni..nak beli dan jadikan hadiah untuk tersayang atau teman-teman pun okay juga.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan handbag Edisi Neufa Serena ni, boleh la buat tempahan segera. Harganya cuma RM229 sahaja.
Pembelian terus melalui :
Website : https://neufa.my/
Instagram : https://www.instagram.com/neufa.my/
Facebook : https://www.facebook.com/neufa.my/
#neufa #neufamy #neufaserena
Cantik beg nie.. warna pun memang warna feveret Kak Sue nie Zaza. Berkenan lah pulak.. hehehe..
BalasPadamCantik sangat.. Suka tengok.. Simple.. Besar.. Boleh muat bnyak barag
BalasPadamCantik handbag ni, boleh muat laptop juga kan
BalasPadamCantik beg
BalasPadamLawa 3 warna beg tu. Kak ana suka beg yg luas ni. Senang sebab boleh masuk semua brg.
BalasPadamCantik. Berkenan juga handbag macam. Kalau time raya, suka bawak bag besar2 gini. Sebab nak sumbat macam macam barang anak sekali.
BalasPadamMemang canyik handbag zaza pakai ni. Nanti nak beli jugaklah untuk bag raya.
BalasPadamCantik n besar, boleh sumbat macam2 barang ni..maklum org perempuan mcm2 nak bawak..hehehe
BalasPadamNampak cantiklah handbad ni.. Wawa suka guna beg besar cmni kalau byk benda nk bawak. Rasa selesa sgt ..
BalasPadamCantiknyaaa handbag tuuuuu!!!!
BalasPadamyang kaler maroon tu cantik jugak..
BalasPadambesar senang nak sumbat macam2 hahaha girls kan.. =P
cantikkk bag
BalasPadamCatat Ulasan