Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah



Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah. Assalamualaikum..siapa kat sini gila dengan tudung? Kalau korang pun sama memang satu geng la kita kan hehe..dekat rak pakaian zaza pun banyak tudung-tudung yang dibeli pastu ada yang tersimpan je tak pakai..sebabnya...kalau nak keluar tu mesti asyik pakai tudung yang sama je..

Sebenarnya zaza suka pakai tudung jenis tudung bawal dan shawl. Cuma kalau shawl tu kadangkala zaza rasa macam bulat sangat muka bila pakai..So muncul lah trend sekarang Bawal Shawl yang labuh dan mudah dibentuk.

Bila tengok model-model pakai tu terus zaza jatuh hati..dalam hati kata lawanyaaaa...so zaza pun buat keputusan nak cuba Bawal Shawl Lyeen Roslee.

Lyeen pun kenalan rakan juga..so selepas zaza cuba tu kan...memang zaza puas hati sangat dengan kualitinya. Disebabkan tu lah zaza pun jadi agent Bawal Shawl LR ni


Ada lebih 50 warna yang menarik, dari color pastel, terang dan gelap-gelap yang boleh dipilih.

Keistimewaan Bawal Shawl LR :

Awning menggunakan Bawal Premium Kanggaro
Saiz Shawl 1.8m x 0.75
Boleh adjust kelabuhan ( bidang 45' ke 60' )
Material Shawl dari Heavy Chiffon

HARGA : RM23 SEHELAI

Contoh gambar zaza pakai Bawal Shawl LR


Ramai yang suka dengan Bawal Shawl ni..so kalau ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan dengan zaza okay..

Zaza dah sediakan katalog so boleh la korang tengok terus warna apa yang memikat hati.. Untuk lihat katalog boleh klik link di bawah :


Kat situ juga zaza ada tulis sekali waktu penghantaran dan kos poslaju untuk setiap helaian yang korang nak beli. Mudah sikit kan korang nak rujuk..dan juga cara nak buat belian.

Lepas dah tengok-tengok dan berkenan jangan lupa wasap okay! Insyaallah zaza akan membalas secepat mungkin. Jika ada kelewatan mungkin waktu tu line internet tiada atau ada urusan.. 

Terima kasih..!


Zaza Iman
7 Comments

7 ulasan:

  1. Cantik shawlnya.. suka tengok zaza gayakan shawl2 ni.. nanti kalau teman pun nak try order satu.. tapi zaza buat pa tutorial.. senang teman nak belajar gaya zaza pakai shawl nanti.. heee

    BalasPadam
  2. cantik bawal shawl. reen lama da tak pakai awning bawal. rasa lain lak nti
    setuju dengn TB. Mohon zaza buat tutorial video

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah, tengok pada kerajinan nanti hehe

      Padam
  3. Patutlah selalu tgk tudung zaza terletak elok kemas je. Okay, dah boleh terjah. Heheh

    BalasPadam
  4. Sesuai zaza gayakan bawal shawl ni...lawa sangat

    BalasPadam
  5. Suka tengok orang pakai mcm ni. Zaza pakai pun kemas je..
    Tapi kita tak reti. Jnis cepat rimas pulak..

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)