Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my



Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Orang perempuan ni bab shopping memang no 1. Ada setengah tu suka shopping kasut, ada yang lebih tertarik dengan beg tapi zaza lebih gemar membeli tudung dan juga baju.

Bab harga semestinya zaza suka beli yang murah-murah je..asalkan selesa untuk dipakai.Jadi untuk kali ini zaza telah mendapatkan satu tshirt untuk kegunaan jalan-jalan dan bersukan di Boxy.my

Zaza pilih jenis Boxy Microfiber Classic Short Sleeve Polo Shirt berwarna merah dan mempunyai kolar. Biasa tshirt berkolar ni kan untuk orang lelaki..tapi perempuan nak pakai pun tak ada masalah.

Cantik dipakai dengan seluar ataupun skirt. Seperti zaza mengenakan tshirt ini dengan skirt berwarna hitam.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Memandangkan zaza mendapatkannya secara online, jadinya zaza tak tahu kualitinya itu bagaimana. Jadi bila baju tshirt ni dah sampai tu barulah zaza dapat pegang sendiri dan rasa bagaimana dengan kualiti kainnya.

Bagi zaza kainnya lembut dan kualitinya ok saja. Selesa dan tak panas bila dipakai. Jahitannya pun kemas. Jadi memang sesuai la juga untuk dipakai semasa buat apa jua aktiviti.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Menggunakan fabrik microfiber yang berkualiti dan amat sesuai sekali dipakai dengan badan orang Malaysia. Macam zaza ambil saiz s. So memang ngam-ngam la dengan zaza. Pakai pun terletak je dengan badan.

Ada pelbagai saiz yang ditawarkan bermula dari XS sehingga ke saiz 3XL. Dan terdapat beberapa pilihan warna yang boleh dipilih.

Harga pun murah juga tau. Tengah ada sales ni hanya RM15.90 je sehelai. Penghantaran yang dibuat juga cepat.

Selain dari jenis microfiber polo tshirt terdapat juga jenis lain seperti cotton polo tshirt, premium cotton casual tee, microfiber long sleeve, pro series microfiber dan microfiber youth series.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Boxy.my

Boxy.my merupakan sebuah kedai dalam talian menawarkan kepada anda kameja- T berkualiti dengan harga yang murah dan mampu milik.Boxy.my telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan terus berkembang setiap hari.

Kenapa Memilih Boxy.my
1. Kawalan kualiti
Boxy.my akan sentiasa memastikan bahawa tumpuan utama mereka adalah dalam kualiti produk. Mereka akan memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sebagai V.I.P.


2. Khidmat Pelanggan yang Mesra
Di Boxy.my, mereka tidak akan berkhidmat kepada pelanggan dengan sikap "because-this-is-my-job". Mereka juga akan memastikan pelanggan akan berasa selesa sepanjang membeli-belah. Jika mereka ( pelanggan ) memerlukan bantuan semasa membeli-belah, Boxy.my akan memberikan mereka sokongan terbaik yang dapat mereka temui dalam talian.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Bagaimana untuk membuat pembelian Boxy.my

Sekiranya you all ingin membuat pembelian boleh terus order di https://www.boxy.my/ dan jika ada sebarang keraguan, cadangan, komen mengenai produk mereka boleh lah menghubungi mereka melalui  emel ( sales2.vtapparel@gmail.com ) atau hubungi mereka di talian +60127829012.




Zaza Iman
4 Comments

4 ulasan:

  1. Nampak macam selesa untuk dipakai, warna pun bright.. microfiber lagi mesti serap peluh kan selalunya lelaki suka pakai baju berkolar sebab kasual nampak kemas dan tak perlu digosok, rekomended untuk mereka yang suka keluar tapi nampak kemas

    BalasPadam
  2. Betul Za..akak pun ada cuba beli sehelai kat boxy ni. memang material dia best. selesa pakai, jahitan kemas dan cantik.

    BalasPadam
  3. material yang selesa dipakai memang jadi pilihan ramai kan

    BalasPadam
  4. kak zaza pakai ape pun comel hhehe

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)