Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai

Isnin, Januari 27, 2020


Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai. Assalamualaikum dan hi..macam mana korang hari ini sihat ke? Cuti-cuti hujung tahun lepas tu korang semua merayap ke mana? Zaza dan family sempatlah juga beberapa hari bercuti di PD dan Melaka..tapi kan…zaza bukannya nak cerita pasal dua tempat ni..sebenarnya zaza nak story pasal Lombok.

Zaza memang tak pernah pergi pun tapi sebab zaza ada tengok-tengok rakan kat laman social share percutian diorang kat Lombok tu..so buat zaza rasa..kalau ada rezeki nanti boleh la berjalan ke sana pula.

Seronok pula tengok gambar-gambar yang diorang share. Zaza pula gila bergambar. So memang sesuai lah dijadikan port untuk photoshoot kan..hehe.

Kebanyakan zaza tengok mereka yang rajin berjalan ke luar ni selalu guna Traveloka kalau nak beli tiket penerbangan sebab lebih murah dan menguntungkan.

So macam korang kalau ada rancang nak pergi jalan-jalan macam nak ke Singapore ke boleh la guna Singapore Airlines dekat Traveloka tu..atau korang nak tiket tambang murah dalam Malaysia ni boleh la guna fireflyz air tickets juga ada kat Traveloka. Mungkin korang akan dapat harga yang lebih murah kan..

Oklah nak story pasal Lombok pula. Walaupun tak pernah pergi tapi tak apalah kan kalau zaza nak share sikit. Sekurangnya boleh jadi rujukan untuk zaza nanti di masa akan datang.

Apa yang bestnya Lombok ni?...

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai

Penginapan di Lombok

Banyak tempat penginapan ada kat sini tapi yang agak menarik satu kat Tanah Besar dan satu lagi dekat Gili Trawangan ( Pulau ). Zaza kalau pulau-pulau ni memang teruja sebab suka sangat tengok laut.

Dua tempat ini antara pulau kecil yang boleh dikatakan popular juga bagi pelancong-pelancong yang datang ke Lombok.

Macam kat Tanah Besar Lombok tu..tempat paling meriah sekali ada dekat Senggigi. Jadi boleh la korang pertimbangkan untuk stay kat Senggigi ni atau lepak-lepak kat pulau-pulau yang berhampiran di Lombok ni.

Untuk perbandingan harga,boleh la korang cek dekat apps Traveloka, Booking.com atau Agoda. Mungkin korang nampak kat Traveloka lebih murah ke..haaa cepat-cepatlah booking kalau tak nanti bilik cepat penuh.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Gili Trawangan 

Kedai Makan di Lombok

Lombok ni memang antara tempat yang cantik dan salah satu pusat peranginan yang sangat popular. Memang kat sini tak pernah kurang dari sumber makanan sebabnya terdapat banyak kedai makan kat sini. Berderet-deret yang ada. So korang tak akan lapar la sebab sebab asyik nak makan je nanti..hahaha..

Dari segi harga makanan pula dengarnya murah juga. Sama seperti harga macam kat gerai-gerai tepi jalan kat Malaysia. So korang boleh la singgah kedai-kedai kecil yang ada sekitar situ. Tapi kalau korang nak makan ala-ala restoran tu boleh la cuba masuk rumahmakan tapi agak mahal sikitlah.

Makanan kat Lombok ni korang kena prepair la untuk makanan yang tak berkuah. Sebabnya makanan tradisi diorang memang tak ada kuah. Paling basic pun nasi putih dengan sambal kering. Katanya cukup pedas dan padu tauuu..

Kalau dah sampai Lombok, cuba try makan Nasi Goreng Taliwang. Pun dikatakan pedas ya amat. Kalau jenis yang tak pedas tu eloklah stanby siap-siap air kat sebelah.. fuhh dapat zaza bayangkan tahap kepedasannya tu.. kalau zaza lah memang sebotol besar kot air sebab zaza memang jenis tak tahan pedas.

Korang pun boleh try masakan Ayam Bakar Khas Taliwang kat situ.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Ayam Bakar Khas Taliwang.Foto : Midori 
  
Senarai Tempat-tempat Best di Lombok 

Sebenarnya Lombok ni merupakan sebuah pulau jugak. Tapi disebabkan saiz dia yang besar, tak rupa pulau dah. Disebabkan itu jugak, Lombok ni mempunyai macam-macam tempat best yang korang boleh jengah. Daripada sumber alam semulajadi sampai lah ke seni warisan dan budaya diorang.

Kat sini zaza senaraikan beberapa pantai yang ada. Antaranya :

Pantai-Pantai di Lombok :
  • Pantai Senggigi 
  • Pantai Mawun 
  • Pantai Kuta 
  • Pantai Bangko-bangko 
  • Pantai Selong Belanak 

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai


Air Terjun di Lombok :
  • Air Terjun Benang Kelambu
  • Air Terjun
  • Tiu Sekeper
  • Air Terjun
  • Tiu Kelep
  • Sendang Gile Waterfall

Pulau-Pulau di Lombok :
  • Gili Air
  • Gili Trawangan – Cantik juga pulau ni. Banyak resort dengan chalet yang korang boleh booking online je. Kat pulau ni ada sediakan tempat tukar duit dan bank andai kata korang dah kehabisan wang.
  • Gili Menor

Warisan dan Budaya di Lombok

  • Sasak Village – Sasak Village ni merupakan kampung bagi suku kaum SADE yang hidup dari zaman nenek moyang kita lagi. Suku kaum Sade ni sangat unik sebab dia mengamalkan konsep bawak lari anak dara sebagai tanda dia suka kat seseorang tu. Ni kalau kat Malaysia ni kena pancung dengan bapak dah. Haaha
  • Seni tenunan – Kat Lombok ni juga ada seni batiknya yang tersendiri. Kalau korang sampai kat situ, siap ada orang buat tenun kain lagi kat depan kedai dia. Korang boleh pilih untuk tengok sahaja atau nak cuba belajar tenun sekali. Syok jugak.

Rancang Bercuti ke Tanah Besar Lombok? Ini Port Best Untuk Bersantai
Lombok Sade Village 

Ok ini je la yang zaza tau sikit pasal Lombok hasil dari baca-baca yang orang share. So korang rasa nak pergi tak? Tapi kena ingatlah tak semua tempat korang boleh pergi serentak tau sebab lokasinya pun jauh jugak. Makan masa dalam 2-3 jam lah macam tu..so sebelum nak pergi tu..elok lah check dulu lokasi yang korang nak pergi..takut kang kalau tak check membazir masa la pulak.

Oklah selamat bercuti korang…!


16 ulasan

  1. Kalau ada duit memang aku abe kie melawat tempat2 yg menarik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..moga murah rezeki abam kie selepas ini..nanti bolehlah dtg jalan lombok

      Padam
  2. Cantiknya lombok.. Teringin juga nak pergi..

    BalasPadam
  3. Seronok gak pg lombok.... Tempat cantik

    BalasPadam
  4. wah.. kalau dapat ke lombok syok jugak nii

    BalasPadam
  5. Gili trawangan tu mmg wishlist reen nk pergi.lombok mmg byk tmpt cntik kan.

    BalasPadam
  6. Sis tak pernah lagi ke Lombok, ramai yg cakap tempat di cantik, teringin gak nak ke sana. InsaAllah satu hari nanti kalau ada rezeki..sis nak kesana jugak. Nanti nak survey Traveloka...:D

    BalasPadam
  7. Bestnya bercuti je Lombok. Kat Lombok banyak tempat menarik dan cantik2 kan Zaza

    BalasPadam
  8. I have been to Lombok once, memang best tempat itu.

    BalasPadam
  9. Dulu dengar lombok2 ni teringat kes org kne bwk lari ke lombok hihi. Tapi menarik juga tempat2 dia kan kalau nk travel

    BalasPadam
  10. what i love most is the view !

    BalasPadam