Luang Masa Tonton Filem Busut Bonang di Space U8. Bulan lalu masa zaza ke KL bercuti sebulan, zaza stay di rumah kakak..bila ada waktu dia cuti biasanya memang akan keluar berjalan-jalan. Jadi bila dia cuti, kami pun putuskan untuk pergi tengok wayang bersama anak-anak dan suaminya.
Asalnya nak tengok Ejen Ali tapi masa tu kebetulan zaza nampak ada iklan kat facebook filem melayu baru iaitu Busut Bonang. Jadi bagi tahulah kakak nak tengok cerita Busut Bonang ni sebab ada Ropie.
So selepas decide tu kami pilih untuk tengok movie ni dekat MBO Space U8 sebab dekat sini je ada tayangan cerita Busut Bonang ni.
Sampai-sampai je kami beli tiket dan makanan. Nak tahu tak? Dalam dewan tayangan hanya kami berenam je ada tau! Sebab zaza tengok pun memang tak ramai orang dekat Space U8 ni dan masa beli tiket tu pun, kaunter cakap kami je penonton yang ada untuk tayangan cerita ini.
Time ni memang tak ramai orang..boleh bilang dengan jari je..
Masa dah duduk dalam dewan dan menunggu tayangan, baru la ada sepasang pasangan yang join sekali tengok.
Busut Bonang antara sebuah filem komedi seram terbitan Alfanazra Production Sdn. Bhd dan pengarahnya adalah Khalid Nazri dan idea bersama penulis skrip Siti Jasmina Ibrahim
Dibarisi oleh pelakon seperti Nadzmi Asjwa, Along Eyzendy, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Ropie, Rashidah Jaafar dan Jasper Supayah.
Filem Busut Bonang ni mula ditayangkan pada 19 Disember lalu..kebetulan hari yang zaza dan kakak tengok tu adalah hari pertama ia dikeluarkan di pawagam.
Sinopsis Busut Bonang
Cerita bermula apabila arwah Cikgu Hassan telah ditemui mati berhampiran sebuah busut berpenunggu di Kampung Bonang. Keadaan kematiannya yang mengerikan itu telah menjadi buah mulut masyarakat kampung dan tersebarnya cerita arwah berkeliaran di kampung itu untuk menuntut pewaris baru ( saka ). Ini kerana terdapat penduduk yang melihat kelibat menyerupai arwah Cikgu Hassan
Arwah mempunyai seorang anak perempuan bernama Julia. Julia pula selalu tak sihat dan sering terkena gangguan makhlus halus. Julia berasa tertekan dengan penduduk kampung kerana mereka sering bercerita macam-macam mengenai arwah ayahnya itu.
Julia tidak percaya yang ayahnya ada membela saka. Oleh sebab itulaj Julia telah menghubungi Joey untuk membantunya. Joey pula merupakan seorang pemilik sebuah rancangan televisyen " Merungkai Misteri" telah ditugaskan untuk mencari kebenaran diatas apa yang telah berlaku dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan.
Lutfy merupakan seorang penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan yang baru. Lutfy telah melihat jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat Joey dan dia pun cuba memohon.
Sewaktu Joey bersantai di atas keretanya di tepi jalan, datang Lutfy yang ingin memohon kerja. Semasa sesi temuduga, Lutfy telah diperdaya sehinggalah dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan krunya.
Sebaik bertemu Julia, Joey dan Lutfy telah pergi ke tempat dimana kejadian arwah Cikgu Hassan ditemui mati. Sewaktu berjalan-jalan dalam kawasan tersebut, berlaku perkara misteri sehingga penglihatan mereka ditutup dan menyebabkan mereka sesat.
Dan bermulalah gangguan-gangguan dalam kisah mereka..
Bagi zaza cerita Busut Bonang ni best juga sebab berjaya buat zaza tergelak. Ceritanya agak ringan. Para pelakonnya pun melakonkan watak dengan bersahaja dan semulajadi. Cuma watak Ropie dalam cerita ni tak banyak ditonjolkan.
Dan zaza amat sukakan suasana dekat Kmapung Bonang ni terutama Kedai Runcit Lokman terletak di tepi sungai.
Zaza nak ulas lebih-lebih pun..zaza bukanlah pandai sangat mengulas cerita. Bolehlah ditonton seisi keluarga. Cuma satu je..zaza rasa macam sekejap sangat cerita ni dan macam tergantung sikit.
Setiap cerita pun ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Apa pun semoga Khalid Nazri dapat menghasilkan lagi cerita-cerita melayu sebegini dan membaiki lagi kelemahan-kelemahan dalam cerita ini.
Lokasi macam hantu kak limah, tepi sungai. Best tengok 😁
BalasPadamkalau abg ropie yang berlakon mmg tak serious ..nak tergelak aje haha
BalasPadamMacam best aja cerita nie.. mesti lawak seram nie kan..
BalasPadamCeeita hantu komedi ke.. Hehhee. Sebb ade ropie mmg lawak.. Tunggu keluar tv la baru dpt tgk.. Heheh
BalasPadamAde ropie msti best filem ni. Hehe
BalasPadamJadi citer hantu seram+kelakar..
Eh macam bestjer Busut Bonang nih nak tengok jugalah...sukalah Ropie berlakon kelakar
BalasPadamTak tahu lak ada cerita busut ni.. Sbb kat tempat wawa xde.. Mungkin sesetengah pawagam je kot
BalasPadamKalo cerit seram ni akak tak bernai nak tengok. Memnag spesis penakut. Hahaha
BalasPadamSis lama dah tak ke panggung wayang. Bukan apa..selalu kalau masuk je..tak lama tu wayang tengok sis...hahaha. Kalau cerita sis suka macam seram ke..ok lah terbukak le mata, mcm lawak2 tu kurang sikit
BalasPadamBaca tajuk mcm seram2 je cerita dia. Tapi pikir balik ada ropie tu, sah2 cerita ni kelakar juga kan..
BalasPadamDulu time i tinggal kat shah alam memang i pergi space u8 for movies also
BalasPadamCatat Ulasan