Lirik Lagu Rakyat - Lemak Manis Dari Roslan Madun



Sedapnya Dengar Lagu Rakyat Lemak Manis Roslan Madun. Zaza memang suka dengar radio. Bila kat dapur tu sekali sekala memang akan pasang radio sambil memasak..tapi tak boleh tukar channel sebab radio tu mak punya..so channel kesukaan memang mak dah tetapkan..tak boleh ubah-ubah..

Dan adalah beberapa kali tu zaza terdengar lagu-lagu lama..memang sedap sampai terikut-ikut menyanyi..

Jiwa zaza ni lebih kepada lagu-lagu lama era 90an kebawah..so kalau belah malam tu memang zaza selalu buka channel Suria Fm dengan Gegar Pantai Timur sebab selalu putarkan lagu-lagu lama..

Lirik Lagu Rakyat - Lemak Manis Dari Roslan Madun

Dan yang buat zaza tertarik nak dengar berulang kali adalah lagu rakyat Lemak Manis yang dinyanyian oleh Roslan Madun. Begitu juga dengan satu lagi lagu beliau iaitu Menghilir Ke Sungai Pahang.

Tengok liriknya pun betapa indahnya lagu dulu-dulu kan..

Sopan-santun, Anak melayu
Senyum terukir, senyum terukir bila disapa

Dalam pantun, Ku kirim rindu
Rindu mengalir, Rindu mengalir di dalam kata.

Lemak manis, Alah amboi-amboi
Santan kelapa, Alah amboi-amboi
Ku pandanglah manis, Alah amboi-amboi
Anak siapa?

Pohon sena, Pohon meranti
Di tengah-tengah, Di tengah-tengah buluh perindu

Adik di sana, Abang di sini
Di tengah-tengah, Di tengah-tengah rindu menderu

Hujan di hulu, Tak reda-reda
Ributlah turun, Ributlah turun bertalu- talu

Abang di hulu, Adik di kuala
Ku hanyut rindu, Ku hanyut rindu dalam perahu.


Kalau siapa ada yang tengok drama Mak Nak Peluk Boleh..ada part masa kat kampung si budak Nelly dan Nasha Aziz nyanyi lagu Lemak Manis ni tapi lirik mula-mula je la.
Zaza ada juga cari dekat youtube tapi tak ada video official..yang ada editing dari orang lain..tapi tak apalah..janji boleh dengar kan..

Roslan Madun antara penyanyi lagu rakyat Pahang. Selain Malaysia, beliau juga dikenali di Brunei dan Indonesia. Beliau berasal dari Kampung Durian Tawar dan kini berusia 68 tahun.


Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)