Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Rabu, Januari 08, 2020


Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati. Alhamdulillah selepas je bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson, seterusnya zaza dan family kakak ke Melaka pula. Memang dah lama zaza teringin jalan Melaka ni sebab last dulu pergi pun bertahun lalu masa zaman belajar.

Sampai je Melaka kami terus ke Pantai Klebang untuk makan tengahari. Tapi zaza tengok Pantai Klebang dah macam kurang meriahnya..

Selepas tu barulah kami bergerak menuju ke hotel yang telah ditempah. Kami memilih hotel OYO yang baru dibuka.

Besar dan luas juga hotel OYO terbaru ni. Harga satu malam zaza tak pasti sebab abang ipar yang bayarkan. Maklumlah percutian ditaja sepenuhnya darinya mehmeh..

Selepas siap solat, kami berehat sekejap dan selepas itu barulah keluar berjalan-jalan di Bandaraya Melaka. Tapi tak lama pun sebab cuaca hujan renyai-renyai so kami pulang semula ke hotel.

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Keesokannya barulah kami berjalan semula. Alhamdulillah cuaca pun baik..jadi kami hanya jalan-jalan di Bandar Hilir saja memandangkan petang itu dalam pukul 3 petang adalah masa untuk check out dari hotel dan nak pulang semula ke KL.

Melihat keindahan Kota A Famosa yang cukup terkenal di negeri Melaka ini. Kota A Famosa adalah tinggalan sejarah semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Tanah Melayu.

Pada tahun 1511, Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menawan Melaka. Portugis telah menggunakan buruh paksa bagi membina kubu sementara untuk menghalang serangan dari orang Melayu manakala mereka membina kubu utama yang disebut A Famosa.

Kota A Famosa bermaksud "Yang Termasyur" dalam bahasa Portugis. Pembinaan Kota A Famosa ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dan ramai yang mati akibat dari cuaca yang panas terik dan kekurangan makanan.

Pembinaan Kota A Famosa ini adalah dari arahan Alfonso de Albuquerque dan antara kubu yang kuat ketika itu.

Selepas berjalan dekat Kota A Famosa zaza seterusnya melawati kawasan sekitar Gereja St Paul. Penat juga nak naik tangga ke Gereja St Paul ini..memang lengguh kaki maklumlah zaza pun dah lama tak berjalan naik tangga yang banyak gila tu..

Tapi sorry tau..zaza tak banyak ambil gambar keindahan bangunan tu sebab leka sangat ambil gambar sendiri dan kakak dan melihat-lihat keindahan alam. Rasa menyesal pula..

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya
Sekitar Gereja St Paul dengan pemandangan menara Taming Sari serta laut di belakang

Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya
Salah satu pintu Gereja St Paul

Gereja St Paul telah dibina pada tahun 1521 oleh seorang Kapten Portugis, Duarto Coelho. Pembinaan gereja ini merupakan tanda terima kasih mereka kerana terselamat dari serangan musuh.

Asalnya ia bernama Nora Senhora tetapi setelah Belanda berjaya menawan Melaka pada 1641, ia ditukarkan kepada Gereja St Paul.

Gereja St Paul. Kredit Foto Wikipedia

Kalau perasan ada patung lelaki putih tu..ia adalah tugu St Francis Xavier. Di dalam gereja itu pula boleh dilihat sktruktur bangunan lama dan juga papan konkrit yang mempunyai tulisan serta ukiran dimana ia dahulunya adalah penutup perkuburan pembesar Portugis.

Sebenarnya banyak sangat tempat yang boleh dilawati kat Melaka ni tapi tak sempat nak berjalan kat semua tempat. Kononnya nak naik Melaka River Cruise dan Zoo tapi bila tengok harga tiket boleh tahan juga ya harga sekarang ni..

Antara senarai-senarai tempat yang boleh di lawati dekat Melaka :

Muzium Setem Melaka | Nyonya Memoirs |  Casa Baba Gallery |  Perigi Hang Tuah | Mahkota Parade | Jonker Walk | Villa Sentosa |  The Shore Sky Tower | The Pirate Adventure – Melaka Alive | Melaka Tropical Fruit Farm | Padang Kemunting Turtle Management Centre | Freeport A’famosa Outlet Village | The Orang Utan House | Encore Melaka | Rumah Terbalik Melaka | Masjid Kampung Hulu | Baba Nyonya Heritage Muzium |  Kampung Umbai |  Malaysia Prison Museum | Mamee Jonker House | The Shore Oceanarium | Muzium Cheng Ho | Masjid Kampung Kling | Melaka Wonderland Theme Park | Menara Taming Sari | Taman Rama–Rama Melaka | Taman Buaya | Muzium Kapal Selam | Muzium Kesultanan Melayu Melaka | Kolam Air Panas Jasin | Taman Burung Melaka | Melaka Skytrex | Bayoo Lagoon Park | Maritime Muzium | Zoo Melaka | Muzium Al-Quran Melaka |  Hutan Rekreasi Sungai Udang | Muzium Kastam Melaka | Muzium Islam Melaka | Mini Malaysia & Asean Cultural Park | Makam Hang Jebat | Galeri Cheng Ho | Hang Tuah Centre | Muzium Adat Istiadat | Muzium Sastera | Pantai Tanjung Bidara | Muzium Senibina Malaysia | Muzium Adat Istiadat

Untuk mengetahui tentang tempat-tempat ni bolehlah you all search mengikut nama-nama tu di google. Kalau nak ceritakan setiap tempat memang panjang la jawabnya mehmeh..




12 ulasan

  1. Melawat Melala boleh disamaertikan melawat Malaysia. Nanti kalau datang Port Dickson atau Melaka, bagitau lah ye. Sebab LeYa dan Otomen Taro asal sini dan stay PD

    BalasPadam
  2. last pergi melaka tahun 2014..tak ingat dah hahaha..syok kalau bercuti kat melaka..sebab banyak tempat sejarah dan bangunan yang unik..syok bergambar

    BalasPadam
  3. Melaka salah satu tempat yang Kak Sue dan keluarga suka nak datang walau berkali-kali pun.. rasa best ja kalau bercuti atau berjalan-jalan kat Melaka. Cantik Zaza.. macam model pun ya..

    BalasPadam
  4. Lama juga tak oergi melaka ni.. Memng banyak tempat sejarah.. Mungkin bulan 2 ni akan pergi... Heehe..

    BalasPadam
  5. Rindunya nak pergi hala ke sini. Kalau g melaka sllu g pantai klebang je, tu pun da xbest da. Xnaik beca ke zaza

    BalasPadam
  6. Rindu nak pergi Melaka, cuti sekolah yang lepas tak sempat pergi... tapi setahun berapa kali boleh dikira pergi Melaka agak kerap juga, sebab suka jjcm kat sana he he he

    BalasPadam
  7. Wawa kalau ke melaka mesti xsempat snap gambar. Sebab tangan tu busy pergi benda lain. Haha..

    BalasPadam
  8. Melaka memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati kan Zaza..

    BalasPadam
  9. Dah lama jugak tak ke Melaka, last ke Melaka sebab nak singgah makan asam pedas..:D. Kalau tengok tempat bersejarah tu rasanya masa sekolah je kot. Ingat nak ke sana lagi lah..nak tgok balik tempat bersejah dan tempat baru kat sana

    BalasPadam
  10. Kita kan zaza wlpun suami org melaka, time balik melaka pun tak pergi mana mana. Rugi kan.. Lagi 1 blur nak g mana. Haha

    BalasPadam
  11. Banyak tempat best best and makanan kat Melaka, i like the satay celup

    BalasPadam
  12. i just got back from Melaka and it was super hot over there that we drank more than 10 bottles of water while we were there. Caught a fever but thank god it was just because of the weather. all in all we had fun.

    BalasPadam