Isnin, Januari 27, 2020

Dokumentari Kisah 13 Pejuang Sejarah Boleh di Tonton Di Hari Cuti Ini




Dokumentari Kisah 13 Pejuang Sejarah Boleh di Tonton Di Hari Cuti Ini . Siapa minat sejarah? Boleh dikatakan semasa zaman zaza bergelar pelajar sekolah memang sejarah adalah antara subjek yang zaza minati. Tapi bila dah habis belajar dan menyambung pengajian ke bidang lain tu..perkara-perkara yang berkaitan sejarah ni dah banyak sangat lupa.

Tapi baru-baru ini zaza terbaca perkongsian dari seorang penerbit bernama Raiha Bahaudin yang telah berjaya menerbitkan sebuah dokumentari tokoh-tokok sejarah.

Walau bagaimanapun zaza belum berpeluang untuk tengok lagi sebab tv kat rumah rosak. Jadinya Insyaallah zaza akan tengok melalui phone nanti sebab sekarang dah ada apps-apps untuk tengok tv dekat phone kan..

Menurut penerbit Raiha Bahaudin, dokumentari ini mengambil masa tiga tahun untuk dibuat termasuklah travelog, wawancara dan juga melakonkan semula.

Dokumentari ini mempunyai sebanyak 13 episod dan setiap episode menampilkan kisah tokoh atau pejuang sejarah yang berbeza-beza berlainan latar belakang.

Episod 1 : Pak Sako (Kuala Lumpur)

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Episod 2 : Dato Maharajalela Pandak Lam (Perak)

Dato' Maharaja Lela ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.

Episod 3 : Tok Janggut (Kelantan)

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Episod 4: Abdul Rahman Limbong (Terengganu)

Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1868 - 1929), merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu.

Episod 5: Mat Kilau (Pahang)

Mat Kilau lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam; 1847 – 16 Ogos 1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Episod 6: Dato Bahaman (Pahang)

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Episod 7: Dato Dol Said (Naning)

Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 – Ogos 1849)[1], ialah Penghulu Naning yang kesembilan.[2] Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Episod 8: Dato Bentara Luar Johor Salleh Perang (Johor)

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 – 2 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau ialah merancang pembangunan negeri Johor.

Episod 9: Leftenan Adnan (Singapura)

Adnan bin Saidi (lahir 1915 – meninggal 14 Februari 1942) atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV)

Episod 10: Kanang Anak Langkau (Sarawak)


PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK (Bersara) (2 Mac 1945 - 3 Januari 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Episod 11: Rosli Dhoby (Sarawak)

Rosli Dhobi (18 Mac 1932–2 Mac 1950) merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.[1] Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah bapanya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau.

Episod 12: Rentap (Sarawak)

Rentap (lahir Libau anak Ningkan, atau Libau Rentap; meninggal 1870) merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih James Brooke.

Episod 13: Mat Salleh (Sabah)

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah

Dokumentari ini ditayangkan oleh RTM di saluran Berita (boleh ditonton streaming di myklik.gov.my) pukul 2 petang, setiap Sabtu. Sumber - Raiha Bahaudin dan Wikipedia




Zaza Iman
4 Comments

4 ulasan:

  1. Kak jenis visual. Kalau baca ayat memang failed. Tapi kalau dokumentari bergambar, memang suka 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la kak nanti tonton setiap sabtu 😊

      Padam
  2. time sekolah subjek sejarah paling mengantuk but as I learn more afterwards and beginning to understand what history is all about, I actually began to appreciate it and found history to be very enjoyable and interesting. last week ray pergi melaka and tengok theatre kt Encore Melaka. It was beautiful and very meaningful. Serious tak puas. Kak zaza pergi la nnti kalau tak pergi lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan lepas ada pergi melaka tapi memang terlupa terus pasal encore melaka tu..insyaallah akan datang jika ke sana lagi boleh la singgah

      Padam