Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest



Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest. Alhamdulillah bertemu kita lagi ya.. Diharap semuanya sihat dan ceria selalu.

Baru-baru ini selepas pulang dari bercuti dan zaza masih berada di KL..sempat lagi zaza ke CikBVaganzaFoodFest di Stadium Shah Alam.

Sebenarnya pada hari tu kakak zaza masih lagi bercuti..Jadi disebabkan macam tak tahu dah nak kemana..zaza baru teringat ada CikBVaganzaFoodFest. Lagi pun lokasi festa tu pun tak jauh sangat dari rumah. Jadi zaza ajak la kakak dan anak-anaknya berjalan ke sana sambil boleh tengok artis-artis yang terlibat dalam festa ini.

Alhamdulillah cuaca pada mulanya baik. Sampai je ke lokasi jenuh juga mencari parking kereta.

Dari jauh terdengar ada nyanyian..ingatkan nyanyian dari orang-orang biasa yang berkaraoke..rupanya bila dah dekat barulah nampak yang menyanyi tu adalah Zulin Aziz disertai oleh Dato Vida, Azza Elite dan Iqram Dinzly.

Dapatlah juga tengok Dato Vida dari jauh..macam biasalah dengan perangai gila-gila Dato Vida yang cukup menghiburkan penonton yang melihat.. Tapi zaza tak tengok sampai habis pun sebab selepas tu kami terus meronda-ronda kawasan gerai untuk melihat apa makanan dan barangan yang best dijual kat situ..

Biasa kalau pergi festa-festa ni zaza lebih tertarik untuk membeli makanan saja.. Jadi kebetulan masa lalu kat gerai-gerai tu..ternampaklah gerai jualan Iqram Dinzly. Siapa tak kenal kan Iqram ni..seorang pelakon yang dikenali suatu ketika dulu.

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest

Dekat gerai Iqram Dinzly ni ada jual brownies..mulanya kami diberi test dulu untuk rasa. Bila dah rasa tu memang sedap sungguh. Jadi yang tukang belinya adalah kakak zaza hehe..adik dia yang sorang ni tukang tolong makan je..

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest

Sempat lagi zaza shoot gambar Iqram sedang menyiapkan dan pack brownies yang dibeli tu.. 4 ketul brownies ni hanya RM25. Memang berbaloi la beli dan makan. Lembut je browniesnya..Dah sudah beli tu kami pun minta untuk ambil gambar bersama..Terima kasih Iqram Dinzly.

Seterusnya kami pusing-pusing lagi..biasa zaza kalau festa macam ni apa yang dicari adalah makanan kegemaran zaza lah iaitu laksa. Kebetulan dari jauh zaza nampak ada gerai menjual laksa sarang. Harganya RM6 sebekas. Oklah harga dekat KL ni kan.. Kalau kat tempat zaza laksa sarang hanya RM3.50 saja.

Selepas tu pusing-pusing lagi dan kakak zaza adalah juga membeli beberapa makanan lain di beberapa gerai jualan artis seperti Zulin Aziz, Abang Abon, Abang Mubarak Majid, Vicha Barbie dan juga melihat artis-artis lain yang berjualan di sana.

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Gerai Abang Abon yang menjual roti..sedappp..

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Bersama Abang Mubarak Majid

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Bersama Zulin Aziz.. jual nasi sambal petai..sedapp

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Siapa masih kenal artis veteran Kismah Johar ni?

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Syed Ali..sempat lagi buat peace..dulu selalu juga tengok Syed Ali ni berlakon kat tv..cuma sekarang macam dah tak ada..maybe sekarang dia fokus kepada bisnes agaknya..

Dan ramai lagi sebenarnya artis yang ada. Cumanya zaza tak sempat-sempat nak terjah semua gerai memandangkan tiba-tiba hujan mula turun.. So zaza, kakak dan anak-anaknya berlari-lari ke tempat parking untuk pulang.

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest
Nyanyian dari Zulin Aziz dan borak-borak oleh Dato Vida, Iqram Dinzly dan juga Azza Elite

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest

Beli Brownies Sedap Dari Iqram Dinzly di CikBVaganzaFoodFest


Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

  1. setuju..masa nilah nak cari makanan kegemaran..hehehe..sebab kak PC pun gitu juga.hikk

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)