Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Khamis, Disember 12, 2019


Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas. Assalamualaikum dan hi…sudah seminggu zaza berada di KL. Zaza dekat sini ada beberapa urusan sikit. So akan stay dalam beberapa hari lagi sebelum zaza pulang ke kampung halaman zaza.

Memandangkan zaza ada di KL ni dan memang dah lama sangat nak try buat rawatan wajah..jadi baru-baru ini zaza sempat singgah buat rawatan wajah dekat Cleo Clinic yang terletak di Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas


Zaza booking sesi rawatan tu pada hari ahad. Tapi ada satu kejadian yang menimpa..yang mana bila zaza dah sampai dan keluar dari kereta grab, time itu jugalah selipar zaza terputus. Sudahnya berkaki ayam la zaza ke Cleo Clinic tu..

Oklah, tak nak cerita tentang tu…sebaliknya zaza nak cerita pengalaman zaza buat rawatan wajah dekat Cleo Clinic ni.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Sebaik melangkah masuk, zaza disambut oleh staf Cik Fadhilah yang sangat ramah dan zaza pun memperkenalkan diri. Kemudian zaza perlu mengisi borang pendaftaran yang diberi. Selepas tu bermulalah sesi perbincangan mengenai kondisi kulit zaza ni.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
Bersama staf Cik Fadhilah

Kalau dulu kulit zaza dah okay sebenarnya..tapi mungkin sebab zaza stress dan stop pengambilan produk dalaman..mean tak konsisten jaga sebelum ni, so masalah kulit kusam tu berlaku lagi..dan kulit zaza ni memang banyak sangat parut bekas jerawat sebab suka sangat picit jerawat. Jerawat pun berbatu-batu naik jadinya zaza mempunyai kulit kategori sangat sensitif.

Selepas sesi perbincangan tu, zaza perlu tunggu seketika sebelum dipanggil untuk sesi rawatan. Sementara menunggu tu, zaza dihidangkan dengan minuman dan snack.

Pada mulanya Cleo Clinic nak buat rawatan MicroDermaBrasion tapi disebabkan kulit zaza agak sensitive jadi dibimbangi ada effect lain, oleh itu zaza di cadangkan untuk membuat Cleo Glow Peel Treatment.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
Antara rawatan yang ditawarkan di Cleo Clinic

Cleo Glow Peel Treatment

Dalam treatment jenis ini, ada beberapa fungsi iaitu ia membantu dalam :

  • Memberikan kelembutan dan rasa glowing pada wajah
  • Mengurangkan garis halus dibawah mata dan disekeliling mulut
  • Meningkatkan penampilan dari parut jerawat
  • Mengurangkan age spots, freckles dan melasma.

Apa itu Melasma? Melasma adalah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis ( lapisan atas ), dermis ( lapisan bawah kulit ) atau kedua-duanya. Tidak ada barangan kosmetik yang boleh merawat melasma. Penggunaan krim-krim pelindung matahari juga tidak membantu. Melasma hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit atau doktor estetik ( Sumber Berita Harian )

Dalam Cleo Glow Peel Treatment ini, ada beberapa step iaitu :

1. Step 1 – Facial Cleansing

Step ini adalah membersihkan muka dari sebarang kotoran dan solekan.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

2. Step 2 – Detox Peel

Sapuan Detox Peel untuk membantu mencerahkan kulit, meremajakan kulit, dapat membantu menghilangkan jerawat ,menyamarkan noda hitam pada kulit muka dan mencegah penuaan

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas


3. Glowing Peel

Sapuan ini pula adalah untuk mengatasi masalah kulit berminyak, mengatasi masalah jerawat, menghilangkan kulit kusam, memutihkan kulit wajah, menghaluskan permukaan kulit dan mencegah penuaan.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

4. Step 4 –Spray Glowing Serum

Spray Glowing Serum dapat membantu melembapkan wajah, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, glowing dan sihat

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

5. Step 5 – Put Repair Mask

Melembapkan wajah, mengurangkan garis halus dan kedutan dan menghilangkan kulit kusam

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Selepas Buat Cleo Glow Peel Treatment

Sepanjang sesi rawatan berlangsung, Miss Stephanie yang melalukan sesi rawatan tersebut turut menerangkan apa yang dibuat dan apa yang diletakkan pada muka.

Memang terasa sangat kulit tu bersi, lembut dan ringan je. Dan yang paling zaza perasan kesan selepas je siap rawatan tu, kulit zaza nampak kelihatan glowing dan segar.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Semasa sapuan Detox Peel dan Glowing Peel tu pun memang terasa sejuk gila muka. Selepas sapu Detox Peel tu, ia dibiarkan beberapa ketika sehingga ia meresap ke dalam kulit dan selepas itu barulah pula sapuan Glowing Peel.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
Bersama Miss Stephanie

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
Bersama staf Cik Fadhilah

Bagi zaza yang baru pertama kali buat rawatan wajah ni..Alhamdulillah puas hati dengan servis yang diberikan. Layanan staf Cleo pun begitu mesra. Ada juga zaza bertanyakan Cik Fadhilah mengenai penjagaan muka selepas itu. Nasihatnya gunakan pencuci muka dan skincare yang betul dan banyakkan minum air…zaza akui yang zaza memang kurang minum air.. Insyaallah lepas ni zaza akan cuba merajinkan diri.




Bagi yang berminat untuk buat rawatan di Cleo Clinic bolehlah membuat temujanji melalui :

Phone : 010 252 1883

Waktu Operasi :

Monday – Friday : 10am – 7pm
Saturday : 10am – 6pm
Sunday : 10am – 4pm


Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Cleo Clinic juga menjemput anda semua untuk menghadiri Grand Opening CLEO Aesthetic Clinic pada 14 Desember 2019 ( Sabtu ) dari 11 pagi sehingga 5 petang. Ada banyak promosi, cabutan bertuah yang bernilai RM10,000, goodies bag percuma dan voucher rawatan. Makanan turut disediakan.

Jangan lupa untuk hadir okay!







9 ulasan

  1. Makin glowing kulit lepas zaza buat treatment ni.. dah lama tak manjakan kulit..

    BalasPadam
  2. Wah dah tau dah rahsia kulit Zaza cantik :) Rajin buat facial whenever hv time for it :) Idol~

    BalasPadam
  3. Nampak muka zaza lebih bersih. Berbaloi lah buat treatment dekat cleo ni.

    BalasPadam
  4. Bestnya, lama tak buat treatment.... Ni nak kawin nak buat treatment jugalah. Lagi 3 bulan

    BalasPadam
  5. Bestnya ! Da lama tak buat treatment muka.. boleh cuba ni 😊

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/8-tanda-penipuan-poket-sendiri.html

    BalasPadam
  6. Wah bestnya bila dapat buat rawatan macam nie kan Zaza..

    BalasPadam
  7. waalaikumussalam. bestnya buat treatment. nampak makin berseri ^_^

    BalasPadam
  8. After treatment memang ada kelainan sikit and your face does look glowy and dewy.

    BalasPadam
  9. makin cantik la kak zaza lepas ni

    BalasPadam