Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Rabu, Januari 08, 2020


Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson. Assalamualaikum dan hi.. apa khabar semuanya. Diharap semuanya ceria dan sihat selalu.

Macam mana dengan hujung tahun korang? Bawa family jalan-jalan kemana? zaza pula sepanjang sebulan anak-anak buah bercuti jadinya zaza ke KL untuk jaga mereka memandangkan pengasuh mereka tiada. Jadi alang-alang zaza pun berada kat KL, kakak pun ajak zaza pergi bercuti sekali.

Alhamdulillah percutian kali ini ke Grand Lexis Port Dickson dan juga Melaka. Dan semestinya percutian zaza di sponsor oleh abang ipar..just bawa badan je dan duit poket untuk berbelanja.

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson


Sebelum menuju ke destinasi, zaza dan family kakak ke Pantai Teluk Kemang untuk menikmati makan tengahari. Dan dalam 2.15 petang baru bergerak menuju ke Grand Lexis Port Dickson.

Sampai je macam biasalah check in pukul 3 petang. Kakak zaza memilih bilik yang jenis Premium Pool Villa sebab dalam bilik jenis ni ada kolam renang.

Satu malam bagi Premium Pool Villa ni berharga RM700 ++. Jika dikutkan harga sebenar adalah dalam RM1,368.00.

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Gambar dari web Grand Lexis

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Gambar dari web Grand Lexis

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Setiap Premium Pool Villa memiliki 1,040 kaki persegi yang dilengkapi dengan 2 katil king. Mempunyai ruang tamu yang sangat luas dan indah sekali. Juga mempunyai kolam renang private dan terdapat beberapa hiasan pokok di penjuru dinding.

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Sebelum mandi kolam...

Antara kemudahan yang terdapat di dalam bilik Premium Pool Villa ini adalah :
  • Panel kaca di lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah
  • Kolam renang peribadi
  • Bilik mandi yang luas dengan pancuran mandian yang berasingan
  • Pancuran hujan luar
  • Kemudahan mandi melekap
  • Pengering rambut
  • Penyaman udara
  • Kipas siling
  • Dapur kecil kering
  • Cerek elektrik
  • Bar Mini
  • Kopi & teh percuma
  • Katil berlapik dengan peralatan tempat tidur mewah
  • Jubah mandi & selipar
  • Servis bilik
  • Internet wayarles percuma
  • TV skrin rata dengan saluran kabel dan satelit
  • Telefon IDD
  • Besi dan papan seterika
  • Peti simpanan keselamatan

Bilik Premium Pool Villa Grand Lexis ( Sorry..gambar ni dari web Grand Lexis sebab zaza terlupa nak shoot gambar penuh bilik masa sampai.. )

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson


Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Sudut tempat untuk membersihkan diri

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Gambar dari web Grand Lexis 

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson
Masa zaza sampai keadaan air masih surut..

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port DicksonGambar dari web Grand Lexis

Disebabkan masa datang sini, kami tak explore betul-betul tempat-tempat yang ada dekat Grand Lexis ni jadinya kami hanya berjalan disekitar kawasan tempat penginapan je dan selebihnya kami lepak di bilik dan mandi manda dalam kolam renang.

Untuk makan pula, kami makan di luar memandangkan makan disediakan untuk 2 orang sahaja. Waktu malam sempat juga melihat lampu lip lap pada bangunan Grand Lexis Port Dickson ini.

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Oh ya..masa dekat sini juga zaza dan kakak sempat juga menyambut Hari Jadi sebab tarikh lahir kami sama. Hanya sambut dengan makan kek je. Rasanyanya ini kali ke 3 zaza sambut birthday sendiri. Alhamdulillah dah 30 tahun usia. Tahun 2020 masuk 31.. haihhh rasa macam tua dah hehe..

Menginap Dan Sambut Hari Jadi Di Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, 71000 
Port Dickson, Negeri Sembilan
Malaysia.

Tel : +606-653 2000
Email : reservations@grandlexispd.com



7 ulasan

  1. Bestnya zaza. Selalu jugak tengok org pilih hotel ni tuk bercuti. Best rupanya. Cuma harganya je la. Hihihi

    BalasPadam
  2. Kak ana sambut birthday dekat sini 2 tahun lps. Memang best sgt. Bilik dia luas kan. Puas hati.

    BalasPadam
  3. Lama teringin nak bercuti dekat lexis ni.. Tapi blum adevrezeki lagi

    BalasPadam
  4. Happy Birthday! Wah best nyer tempat ni, suite dia siap attach with a swimming pool pulak.

    BalasPadam
  5. Happg birthday Zaza. Bestnya celebrate birthday di Grand Lexis. Semalam berapa rm ni Za?

    BalasPadam
  6. Happy Birthday Zaza, Lama tak ke Lexis PD.. nnt nak plan pergi dengan family lagilah

    BalasPadam
  7. bestnye !!! cantik sgt the place. I hope someday i can go there too.

    BalasPadam