Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia



Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia. Kalau cakap pasal kecantikan ni bukan wanita saja yang minat tetapi lelaki pun sama. Tengok lah sekarang ramai dah lelaki yang mementingkan penjagaan diri dan ramai yang kini bergelar jurumakeup. Zaza pun ada kenalan lelaki yang mahir dalam makeup dan hasil solekannya memang tip top.

Diakui yang zaza juga antara ribuan wanita yang gilakan barangan makeup dan kecantikan. Bila ada masa terluang tu zaza suka tengok tutorial makeup sebab adakala mereka juga akan berikan tip untuk menghasilkan solekan yang bagus. Lepas tu mula lah tertarik dengan produk-produk yang mereka gunakan dan seperti biasa hati pun terdetik nak membeli.

Tapi…sebelum nak membeli barangan kecantikan atau makeup kita mestilah nak tahu terlebih dahulu kan info tentang produk tersebut. Contohnya kita nak tahu berapa harga produk itu, cara guna, kandungan bahan dalam produk dan juga review-review dari pengguna yang dah pernah guna.

@COSME Aplikasi Cosmetics Review & Ranking App Popular Di Jepun
Disebabkan itulah, sebuah aplikasi @COSME telah diwujudkan dan diperkenalkan di Malaysia. @COSME merupakan satu aplikasi Cosmetics Review & Ranking App . Asalnya app @cosme ini dari Jepun dan ia sangat popular di sana. Dan kini ia telah menjadi Beauty Community terbesar di Asia.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

Bila zaza membuka app ini, zaza dapati begitu banyak review-review pengguna dari Malaysia. Zaza suka membaca bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri setelah menggunakan produk tersebut. Barulah terasa yakin nak mencuba dan membeli produk yang diinginkan.

Apabila berada di bahagian utama @cosme, anda akan dapati terdapat empat bahagian menu utama iaitu Search, Trending, Review dan Rangking.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia
Paparan utama @Cosme 

  • Bahagian Search : Untuk memudahkan anda mencari maklumat produk seperti Brand, Product Category, Concern/Effect, Price dan Ignore Discontinued.
  • Bahagian Trending : Merupakan bahagian dimana artikel-artikel yang menjadi trending seperti Beauty Tips, Horoscope, Lifestyle, New Launch Product dan Giveaway ( setiap bulan akan ada giveaway )
  • Bahagian Review : Disini terdapat paparan review, pendapat dan pengalaman dari ramai pengguna mengenai produk yang telah dibeli dan digunakan
  • Bahagian Rangking : Bahagian ini zaza dapati belum ada info. Mungkin mereka akan kemasikini kemudian. ( Sebaik sahaja @Cosme mencapai jumlah target review, mereka akan release page ini. Sekiranya anda ingin tahu produk apa produk no.1 di hati pencinta kecantikan Malaysia, tinggalkan review sekarang! Let’s hit the target to release the page.

Kebanyakan aplikasi @cosme ini digunakan oleh wanita yang berusia antara 20an dan 30an. Dalam app ini terdapat banyak review pengguna dan maklumat mengenai produk kecantikan yang terdiri dari produk penjagaan wajah, penjagaan rambut dan tubuh badan, produk kosmetik dan juga wangian.

Antara produk-produk yang boleh didapati di dalam app ini seperti produk KBeauty, Jbeauty , produk tempatan dan juga antarabangsa yang popular seperti Silkygirl, Garnier, Maybelline, L’Oreal Paris, Sephora, dUCk Cosmetics dan pelbagai lagi.

Selain dari review, @cosme turut menyediakan ruangan tip kecantikan. Jadi banyak lah tip yang boleh dibaca disini.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia
Antara tip kecantikan seperti “how to colour correct : colour correcting makeup 101

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

Mereka juga akan mengemaskini artikel baru setiap hari. Jadi tak adalah kita berasa jemu membaca artikel yang sama saja kan.

Bila anda dah beli dan guna produk tersebut, anda juga boleh berkongsi pengalaman dan pendapat dengan meninggalkan review dalam app ini. 


CARA DAFTAR Di @COSME

Bagaimana untuk meninggalkan review dalam app ini? Pertama sekali adalah muat turun @cosme app di Google Play Store atau App Store. Seterusnya adalah ikuti langkah-langkah di bawah ini

1. Pilih Country/Region dan Language dan seterusnya Pilih “Create New Account with Email”

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

2. Masukkan emel dan password. Kemudian klik “ I agree with the terms and conditions above.Register”. Setelah itu anda akan menerima comfirmation emel dan klik link di dalam emel tersebut untuk melengkapkan pendaftaran.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

3. Setelah klik link tersebut, anda akan terus di bawa ke bahagian page Submit Additional Info. Dibahagian ini anda perlu memasukkan info seperti nickname, birthday, skin type dan gender.

4. Kemudian klik Register dan anda akan dibawa ke bahagian Set Profile Picture. Bahagian profile picture ini anda boleh terus menambah gambar atau set kemudian dengan menekan button “skip”

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

5. Anda akan dibawa ke halaman utama Cosme dan seterusnya klik “My Page” untuk mengemasikni profile seperti menukar gambar profile, menukar gambar cover dan basic info.

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

6. Pendaftaran dan kemaskini profile anda telah berjaya.

CARA MENINGGALKAN PENDAPAT DAN REVIEW DI @COSME


Pada anda yang ingin memberikan sebarang pendapat, pengalaman dan review mengenai produk yang digunakan,caranya mudah sahaja.

1. Pergi ke produk yang anda ingin review. Contoh macam zaza nak review produk Silkygirl. Jadi zaza akan search produk Silkygirl dan akan keluarlah paparan senarai produk Silkygirl yang ada.

2. Kemudian pilih jenis produk. Contohnya Silkygirl Shimmer Duo Blusher. Jadi di bahagian tersebut anda akan lihat paparan info produk, Button Like, Share, Post dan Write a Review
Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

3. Klik Button “ Write a Review” dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

4. Di halaman ini, anda boleh memasukkan sendiri gambar ( choose photo ), Memberikan rating pada produk, menulis review dan lain-lain

5. Kemudian Klik Button “Post” 

Cosmetics Review Dan Ranking App @Cosme Kini Di Malaysia

Dengan adanya aplikasi @Cosme ini, ia benar-benar memberikan pengetahuan kepada pengguna dalam membeli sesuatu produk. Pengguna dapat membezakan dan memutuskan sama ada mahu membeli produk tersebut atau pun tidak.

Pengguna juga berpeluang untuk memenangi hadiah dalam aplikasi ini melalui segmen Giveaway. Jadi kepada anda jangan lupa untuk muat turun @Cosme di telefon sekarang!

Oh ya! Jangan lupa juga untuk ikuti zaza ( username zazasophia ) di @Cosme . Dan info-info terkini di Facebook @Cosme (https://www.facebook.com/atcosmeMY) dan Instagram (https://www.instagram.com/at_cosmemy/ )

Untuk Download >> DOWNLOAD @COSME 




Zaza Iman
7 Comments

7 ulasan:

  1. lama tak singgah blog akak cantik ni

    BalasPadam
  2. Senang kan bila ada apps macam nie..

    BalasPadam
  3. memnag senang bila ada app ni..sebelum beli, kita taengok review dulu..nad dah download..banyak sangat review

    BalasPadam
  4. lebih mudah bila ada app cenggini..

    BalasPadam
  5. Baru tahu mengenai apps cosme ni.. Senang lah nak refer pape kt sini kan... Xdelah menyesal kalau main beli je

    BalasPadam
  6. Banyak jenama popular yg ada dalam apps tu. Info dan review pun lengkap. Bgs sangat.

    BalasPadam
  7. Senang je bila ada apps ni kan. Mudah

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)