Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Isnin, November 18, 2019



Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning. Assalamualaikum. Zaza ni kan kalau masakan kampung tu memang laju betul makan. Dan macam biasalah masakan mak-mak kita semestinya yang tersedap kan.


Sekarang ni pula tengah musim nangka. Jadi banyaklah buahnya dekat pokok. Buah nangka kat rumah ni sebenarnya memang selalu je berbuah. Setiap kali berbuah je mesti buat nangka masak lemak cili padi atau kadang tu sebut nangka gulai lemak kuning.

Makan pula match kan dengan ikan masin memang bertambah-tambah nasi. Zaza sendiri pun kalau mak buat nangka masak lemak cili padi memang boleh tambah nasi sampai 3 kali tau! Sebab bagi zaza masakan lemak cili padi atau gulai lemak kuning mak buat ni memang sedap sangat.

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning

Jadi jom la tengok zaza nak share Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning.

Antara bahan-bahan yang diperlukan  :

1 biji nangka muda ( dipotong, dibersihkan dan rebus )
1 biji kelapa tua ( yang diparut dan diambil santannya )
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
3 ulas bawang putih*
2 batang serai *
1 inci kunyit hidup *
1 keping asam keping
5 biji cili padi *
Sedikit isi ikan kembung goreng*
Daun kari
Garam secukup rasa

Bahan yang perlu di kisar *:

Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Cili padi
Isi ikan kembung goreng

Cara Penyediaan :

1. Rebus nangka dalam air mendidih, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan pula bahan-bahan yang telah kisar
3. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam keping dan sedikit garam
4. Masukkan sedikit daun kari dan biarkan mendidih
5. Rasakan. Kalau dah ok bolehlah tutup api dan dihidangkan

Ada setengah orang mungkin serai tu just diketuk-ketuk saja, ada orang tambah daun kunyit yang dicarik-carik. So mana-mana cara masakan pun tak kisah sebab semuanya sedap.

Lepas ni kalau rasa dah pening nak masak apa, boleh la cuba pula Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning ni okayyy!

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Padi atau Gulai Lemak Kuning


12 ulasan

  1. Kita pun suka makan lemak nagka.. Sedapp..

    BalasPadam
  2. Sedapnya lah.. terus rasa teringin nak makan lemak nangka. Nak buat lah nanti..

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. nak kene cari nangka la nie.. selalu masak lemak nenas..

    BalasPadam
  4. Tudiaaa, sedapnya Zaza. Terliur dah shad. Betul, skrg musim nangka. Best kalau pokok nangka buah dia duk bawah gini, senang nak pi ambik.

    BalasPadam
  5. Ni bila makan siap bertambah nasik.akak bila makan nangka masa lemak ni memang kerjanya kentut je la.. hahha.. peduli apa. Benda sedap mana boleh elak.. hahah..

    Anak2 akak pun suka kuah ni.

    BalasPadam
  6. Sedapnya nangka masak lemak cili padi. Pekat kuah tu. Makan nasi time panas memang terangkat habis.

    BalasPadam
  7. Wowww lama xmakan nangka masak lemak sbb xtanam nangka.. Huhu.. Nnti nk buatlah

    BalasPadam
  8. Fav kite gulai nangka nih, sedap kalau ratah nangka dia he he he

    BalasPadam
  9. The look favorably fantastic. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo.

    BalasPadam
  10. Alahai zaza.. Sedapnya menu ni.
    kita terbayangkan lemak kuning ikan masin talang dengan nenas pulak. Hahaa

    BalasPadam
  11. sedap ni, memang all time feveret kami ^_^

    BalasPadam