Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut


Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Lesh bersama adik tersayang..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut. Pastinya setiap orang mempunyai haiwan belaan kesayangan. Ada orang suka bela ular, suka bela hamster, burung dan lain-lain. Seperti zaza, zaza agak obses untuk memelihara kucing.

Sejak dari zaza kecil lagi hidup zaza dikelilingi oleh kucing. zaza hanya membela kucing kampung sama ada ia datang sendiri ke rumah atau zaza kutip dimana-mana yang zaza jumpa.

Kalau dahulu zaza tak pernah dengar pun penyakit-penyakit bahaya yang boleh melanda kucing. Biasa zaman dulu kalau kucing luka-luka akibat bergaduh, cukup dengan sapu minyak gamat. Selepas itu sembuh.

Tetapi tidak pada zaman sekarang ini apabila banyak info yang zaza tahu selepas kematian kucing kesayangan zaza bernama Wafa akibat kencing berdarah ( batu karang ) dan untuk pengetahuan minyak gamat sangat tidak sesuai untuk luka kucing.

Terdapat beberapa penyakit kucing yang bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Antara penyakit tersebut adalah Feline Leukimia, Feline Immunodefiency Virus ( FIV ), Kegagalan Buah Pinggang
( Renal Failure ), Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) dan Feline Rabies.

Feline Leukimia 

Ia bahaya dan boleh membawa kematian. Penyakit ini tidak sama seperti leukimia pada manusia. Ia boleh tersebar melalui air liur, air kencing, tahi kucing dan melalui darah. Ibu kucing yang mempunyai penyakit ini juga boleh diwarisi oleh si anak. Penyakit ini masih belum ada penawarnya.

Feline Immunodefiency Virus ( FIV )

Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat dikesan. Tanda dan simptomnya pula memerlukan jangka masa yang lama untuk dikesan. Penyakit ini berlaku di dalam sistem dalamannya. Tidak mempunyai penawar dan ia membawa maut kepada kucing.

Antara tanda yang boleh dikenalpasti adalah seperti turun berat badan yang mendadak, kucing kurang selera hendak makan,cirit birit, keguguran bulu yang banyak, perubahan tingkahlaku, kulit kemerah-merahan dan kencing yang tidak henti-henti.

Kegagalan Buah Pinggang ( Renal Failure )

Biasa ia terjadi pada kucing dewasa. Penyakit ini terjadi apabila kucing menghadapi masalah untuk membuang air kecil secara normal. Punca-punca terjadinya kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh pemakanan, keturunan, faktor umur dan persekitaran. Kegagalan buah pinggang ada 2 jenis iaitu acute dan chronic.

Acute terjadi apabila buah pinggang berhenti secara tiba-tiba. Antara tanda kehausan, kencing yang berlebihan, muntah, kucing cepat penat, cirit birit berterusan, berat badan menurun secara mendadak dan kurang selera makan.

Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) 

Merupakan penyakit yang sangat bahaya dan biasa berlaku pada anak kucing. Kebanyakan anak kucing yang menghadapi penyakit ini tidak mampu untuk meneruskan hidup. Penyakit ini tidak mempunyai penawar dan terjadi melalui tahi kucing, penyebaran kutu kucing dan cecair badan.

Antara tanda-tandanya seperti muntah, cirit-birit, kekurangan zat makanan, anemia. kurang selera makan dan selalu mengigit ekornya.

Feline Rabies

Ia sejenis penyakit yang boleh menjangkiti manusia juga. Penyakit ini disebarkan melalui gigitan dari haiwan yang membawa penyakit ini. Ia mempengaruhi sistem saraf kucing dan tempoh masa antara dua ke lima minggu. Antara tandanya adalah kelakuan yang sangat agresif, kadar koordinasi yang tidak stabil, demam dan despress yang keterlaluan. Penyakit ini boleh membawa maut kepada kucing dan juga manusia.

Apa pun jika kucing you all ada masalah yang teruk dan lambat sembuh eloklah jika terus membawanya berjumpa doktor haiwan dengan segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber dari Majalah Haimeow Edisi 52. Boleh baca kisah kucing zaza bernama Wafa yang telah pun mati akibat batu karang -->  Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang.


Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Bersama ibu yang dicintai..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut



4 Ulasan

  1. Singgah (^^,) Nice sharing. I'm a cat lover too ♥
    Jemput join : SNM Bloglist Batch 1

    Love, SNM

    BalasPadam
  2. Comelnya Lesh!
    Mrs. A pun pernah ada pengalaman jaga kucing kena sporo

    BalasPadam
  3. abe kie bagi makan kat kucing2 yg dtg ke rumah aje. x bagi mrka naik ke atas rumah.

    BalasPadam
  4. setuju, kita kena ambil berat juga kesan bela kucing ni. yg penting kena berjaga-jaga selalu la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama