Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku. Rata-rata dekat Malaysia ni memang ramai yang suka membela haiwan peliharaan seperti kucing. Zaza sendiri pun pernah bela berbelas ekor kucing dahulu dan sekarang hanya tinggal empat saja selepas kematian kucing kesayangan Wafa, akibat batu karang dan Lesh yang baru mati pada 15 Nov 2019 ( Jumaat ) akibat dilanggar. Tapi kena langgar tu zaza pun tak marah sebab faham pemandu pun tak sengaja. Lesh pula masa tu tengah bermain dan mengejar ayam. Zaza pula ada di depan rumah dan tak perasan masa tu..hanya perasan Lesh kejar ayam dan selepas tu dah tak nampak bayangnya..rupa-rupanya..sedih tu memang sedih..tapi tak apalah, sudah masanya. Semoga dapat lagi bertemu Wafa dan Lesh kat sana nanti.
Ok, kalau pasal makanan kucing ni..sekarang memang zaza memilih yang ok dan sesuai dengan bajet zaza. Sebab kes Wafa dulu mati sebab batu karang akibat pemakanan juga. Masa tu zaza beri dia makanan dry food yang jenis berwarna dan masa itu juga zaza belum tahu kesan buruk makanan berwarna ni..
Sejak kes Wafa, memang zaza pilih yang ok atas nasihat rakan-rakan yang tau bab kucing ni dan juga membaca info-info dekat dalam group kucing malaysia.
Jadi ada beberapa pilihan makanan kucing yang memang selalu jadi pilihan zaza. Kebiasaan zaza akan beli yang 8kg jika time tu ada bajet lebih atau beli yang repack 1 kg beberapa bungkus. Antara makanan kucing memang jadi pilihan zaza untuk si bulus kesayangan adalah :
1. Vital Plus Premium Cat Food Chicken Recipe
Jenama yang kucing zaza sangat suka. Ia adalah makanan kucing super premium yang boleh dikatakan murah juga dan bahan-bahan yang digunakan terbaik antaranya :
• Bahan-bahan BEBAS dari babi & lemak babi
• Dibuat dengan ayam asli
• Mengandungi Protein ( 30% ), Minyak & Lemak Mentah ( 15%)
• Taurine ditambah untuk mata yang kuat dan sihat
• Penjagaan alahan - dengan protein ayam terhidrolisis dan Omega 3 & 6 optimum
• Dirumuskan untuk kesihatan saluran kencing yang optimum
• Kawalan Hairball - mengandungi serat yang tinggi untuk membantu menghilangkan hairball
• Minyak salmon segar dan makanan salmon dicampur ke dalam formula untuk memenuhi deria rasa kucing dan menjadikan kulit serta bulunya sihat
• Mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu pencernaan dan mencegah gangguan usus
• Vitamin E dan selenium untuk menguatkan sistem imun.
• Bebas daripada pengawet buatan dan pewarna
• Taurine ditambah untuk mata yang kuat dan sihat
• Penjagaan alahan - dengan protein ayam terhidrolisis dan Omega 3 & 6 optimum
• Dirumuskan untuk kesihatan saluran kencing yang optimum
• Kawalan Hairball - mengandungi serat yang tinggi untuk membantu menghilangkan hairball
• Minyak salmon segar dan makanan salmon dicampur ke dalam formula untuk memenuhi deria rasa kucing dan menjadikan kulit serta bulunya sihat
• Mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu pencernaan dan mencegah gangguan usus
• Vitamin E dan selenium untuk menguatkan sistem imun.
• Bebas daripada pengawet buatan dan pewarna
Vital Plus juga mempunyai perisa Salmon dan kebiasaan zaza akan beli yang chicken repack 1kg punya di DFPETGROCERY sebab servis yang pantas. Recommanded.
2. Misha Cat Food
Jenama Misha cat food ini zaza dapat tahu dari group kucing di facebook. Melihat akan feedback ramai pengguna kerana bahannya pun ok, jadi zaza pun sekali sekala akan tukar ke jenama ini. Alhamdulillah kucing zaza pun suka makan.
Misha sesuai untuk semua jenis baka kucing dan peringkat usia bermula 3 bulan keatas. Antara bahannya adalah :
Boleh dapatkan makanan Misha ini di MISHA OFFICIAL STORE
3. Smartheart
Jenama ini pun zaza kenal tahun lepas. Harganya agak murah juga. Mempunyai Protein mentah
( 30% ) dan Lemak minyak ( 9% ). Jenama ini pun menjadi pilihan untuk bulus-bulus kesayangan.
• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan otak dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan kecerdasan kucing
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan berkhasiat
( 30% ) dan Lemak minyak ( 9% ). Jenama ini pun menjadi pilihan untuk bulus-bulus kesayangan.
• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan otak dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan kecerdasan kucing
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan berkhasiat
• Vitamin E, Biotin, Zin, Omega 3 & 6 untuk kulit yang sihat
• Mempunyai Kalsium dan Fosforus untuk tulang dan gigi yang kuat
Boleh mendapatkan di SMARTHEART
4. Love Cat
Adakala zaza akan tukar kepada jenama lain juga seperti Love Cat sebab murah. Walaupun murah, jenama ini memenuhi standard oleh Persatuan Pegawai Kawalan Feed Amerika (AAFCO) & Piawaian Nutrisi untuk Kucing yang ditetapkan oleh NRC (Majlis Penyelidikan Kebangsaan Akademi Sains Kebangsaan AS).
• Daging & hidangan tulang, protein haiwan yang dicerna
• Suplement vitamin penting (Vitamin A, D3, E, K3, B1, B2, B6, B12, asid nikotinik, asid pantothenik, asid folik & biotin)
• Essential trace minerals supplement (tembaga, besi, mangan, zink, yodium, selenium), makanan ikan, garam
• Jus bonito, choline chloride, agen pewarna (putih, merah, hijau dan oren)
• Serat yang boleh dimakan, taurin, minyak tuna dan vitamin C & E
Boleh dapatkan di LOVE CAT
Untuk jenama Love Cat dan Smartheart tu zaza jarang beli..kebiasaan zaza beli Vital Plus dan Misha. Kadangkala je zaza akan beli Love Cat dan Smartheart tu. Apa pun keempat-empat jenama ni antara yang kucing zaza suka. Dan kalau untuk wet food pula zaza selalu belikan untuk mereka Snappy Tom Pouch Wet 85g.
Akk tak ada kucing skrg, sb anak pun dh ramai hehehe. Pun tak terhandle. Dulu masa single ada kucing, kwn bg. Bg Royal canin je.. Sb dia suka hat tu
BalasPadamMemang banyak makanan kucing sekrg.. Pilih man yang sesuainutk kucing
BalasPadamSekarang ada banyak dah pilihan makanan kucing kan. Senang dah untuk pencinta kucing..
BalasPadamDulu fiza kenal whiskas je, skrg dah ada mcm2 makanan kucing yang halal..
BalasPadamKat rumah shad ada dua ekor kucing. Tiap bulan beli whiskas, ada nmpk 1,2 brand yg Zaza beli utk kucing Zaza ni, nanti boleh try.
BalasPadamBaru2 ni balik kampung mak akak cerita semua kucing tak boleh makan makanan bewarna tu. Lepas makan semua ķucing muntah2. Mak akak beli banyak tau. Membazir je.. dia beli pertama kali tu sebab nak cuba je. Rupanya semua tak boleh makan. Nasib baik tak mati ke sawan ke apa.
BalasPadamAkak nak suruh mak akak try smartheart tu la.nampak ramai yang bagi brand ni
Akak pun baru tahu makanan kucing jneis dry dan berwarna warni tu tak elok untuk kucing. Macam akak tak bela kecing. Mak akak bela. Dia bg makan whiskas hat yang basah tuh
BalasPadamMakanan lain xpernah try dan xnampak lg kt sini. Smartheart smpi skrg guna
BalasPadambanyak jenama makanan kucing sekarang, ada yang pernah guna juga dalam list diatas tu...
BalasPadamBanyak pilihan kan. tapi memang kena tengok pada kesesuaian dan bajet. mcm jenama lain tu kan, nak beli kat mana ehh zaza.. Mak kita sllu beli jenama Tesco aje.
BalasPadamada saya baca kat blog mana tah, dia kata smart heart ni tak disarankan bagi kat kucing
BalasPadamSy skrg bgi kucing belakang rumah je makan sebelum ni bg smartheart skrg nak tukar missha pulak sbb dga nyaa makanan berwarna ni tinggi kandungan garam. Betul ke?
BalasPadammakanan warna mmg tak ok..serik dh beli sbb dulu pnh bg meow dan kena batu karang..
PadamLahh yekee, alahai kesiannyaa kucing2 belakang rumah tu harap dorg takde apa2 lah. Skrg sy dah tukar ke missha tgk dorg makan habis harap sesuai lah dgn dorg. Wetfood pulak sy bg prodiet punyaa. Takpe ke makanan kibbles lain wetfood lain sis?
PadamSaya dah terbeli smartheart hmmm sedihnya
BalasPadamok la, tak de la mahal sangat makanan kucing ni
BalasPadam