Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia

Jumaat, Oktober 11, 2019


Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia

Komik? zaza teringat masa zaza masih lagi di bangku sekolah menengah..zaman tu memang popular dengan komik-komik anak tempatan seperti ujang dan Apo. Memang zaza juga hantu komik. Macam abang zaza. Kebiasaannya abang zaza la yang beli komik-komik tersebut. Sehinggalah zaman berlalu..beberapa tahun lalu juga zaza banyak ikuti dan baca komik dakwah dari website langitilahi.com tapi sekarang komik dakwah tu dah tak ada.

Bermula dari minat membaca komik dakwah lah, zaza kenal pelukis komik Abeben Studio dan selalu follow page Abeben kerana disitu Abeben selalu buat posting komik-komik dakwahnya.

Sekarang Abeben sudah pun keluarkan komiknya GODCENTRIC 2 ( selaku penulis ) dengan kerjasama pelukis untuk komik ini iaitu Nazr Syaff. Sebelum ini telah terbit Godcentric 1 - Utopia Yang Cacat. Karya ini diterbitkan oleh Buku Puris.

Komik ini adalah komik dakwah bergenre Science Fiction. Komik ini amat sesuai sekali dibaca oleh pelajar dan semua yang meminati komik. Bagus juga dijadikan buku bacaan untuk anak-anak.

Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia
Kredit foto - ppki.usim.edu.my

Sinopsis Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Lari Dari Langit

Seperti yang dijangka, perang nuklear tercetus. Kutub Utara dan Selatan mencair. Gunung-gunung berapi meledak. Dunia semakin menuju kemusnahan dek tangan-tangan manusia sendiri. Selepas bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya saintis berjaya mencipta bahtera terapung untuk menyelamatkan manusia. Namun, ruang tidak cukup untuk semua.

Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia

Maka, 3 peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara.

Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya.

Dan 1,000 tahun pun berlalu ... .

Bagi aku, hanya orang soleh sahaja yang akan dikurniakan karamah daripada Allah. Dan orang soleh itu pastinya bersifat rendah diri dan murah hati ... bukannya mengambil kesempatan menjual air jampi dengan harga yang tinggi.

TETAPI

Aku dapati, masyarakat semakin kurang kebergantungan kepada Allah. Mereka lebih mempercayai air Yasin, tangkal dan azimat ... berbanding berdoa kepada Allah dan berusaha
Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia
Sedutan dari GodCentric 2 ( mukasurat 20 yang diwarnakan )

Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." -Surah Al-Luqman, ayat 29.

Jalan cerita yang sungguh menarik sekali. Apa yang terjadi selepas itu? Nak tahu kena la dapatkannya di kedai buku MPH atau terus membuat pembelian di instagram @buku_puris

Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia

Oh ya, Godcentric #3 juga akan dikeluarkan tapi bila tu belum pasti lagi..oklah, sekarang zaza nak story sedikit tentang penulis dan pelukis komik ini.

Penulis - Abeben

Merupakan siswazah dalam bidang mechanical Engineering with Adcanced Design and Innovation dari Universiti di United Kingdom. Berasal dari Kelantan dan merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah pun menghasilkan beberapa komik seperti Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah Sentap 2, Lukisan Tarbiah Sentap 3, Air Mata Terakhir dan beberapa lagi.


Pelukis - Nazr Syaff

Merupakan lulusan dalam bidang Mechanical Engineering dan kerjaya sebagai pelukis komik fleelance. Komik Godcentric 2 ini adalah hasil kerjasamanya dengan Abeben. Juga merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan aktif dalam aktiviti yang berkaitan. Pernah bekerjasama dengan penerbit indie De'Gwet dan menerbitkan komik kompilasi HERO #2 Komik M. Sekarang turut menjadi pelukis untuk komik #SignOn dalam majalah ASUH 


Jangan lupa untuk mendapatkan Komik Dakwah GODCENTRIC ini okayyyy!!!



6 ulasan

  1. Anak-anak bujang Kak Sue minat lah komik macam nie. Nanti boleh tunjuk kat depa..

    BalasPadam
  2. Bagus ada komik2 unsur dakwah ni. Nk jadikan hadiah pada anak2 remaja pun sesuai sgt.

    BalasPadam
  3. Lama juga tak baca komik2 ni... Hehehe.. Best je tengok.. Nanti boleh cari

    BalasPadam
  4. Sekarang ni makin banyak pilihan komik yang macam nie untuk bacaan anak2..

    BalasPadam
  5. sesuai utk bacaan semua umur ni kan. berdakwah dalam bentuk komik kartun macam ni lagi menarik.dan kena dgn jiwa utk bdk2..

    BalasPadam
  6. Sis komik2 ni kurang sikit membaca tapi anak2 sis mmg suka. Nanti sis tunjukkan dgn anak..sure dia suka ni

    BalasPadam