Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Rabu, Oktober 16, 2019


Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff. Assalamualaikum dan hi semua. Diharap semuanya sihat dan ceria sentiasa. Kali ini zaza nak cerita sikit tentang serangga perosak. Memang agak stress kan jika kerap saja serangga perosak berkeliaran di dalam rumah. Kebiasaannya serangga perosak seperti lipas dan tikus suka berada di bahagian dapur.

Serangga perosak ini sebenarnya boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Begitu banyak produk yang dapat menghalang serangga perosak ini tapi kebanyakan produk-produk tersebut mengandungi bahan toksik dan pastikan ia tidak selamat untuk kita gunakan.

Afy Haniff Perkenal Produk Halau Serangga Organik

Sedar akan perkara ini, maka AFY Haniff Group ( M ) Sdn Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 telah menyediakan dan mengeluarkan satu produk detergen herba organic dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. Produk AFY haniff ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan ia terkenal dengan formula organic yang dapat menakutkan serangga.

Sehingga hari ini, Produk AFY haniff telah berkembang maju dan berjaya berada di lebih daripada 2000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka juga telah berjaya membawa dan memasarkan produk penghalau serangga ini di luar negara seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Disebabkan produk ini telah mendapat tempat di hati ramai pengguna, jadi baru-baru ini, Pihak AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Aktiviti yang dijalankan ini merupakan hasil kerjasama yang pertama di antara pihak AFY Haniff dan team McDonald’s dan ia telah dibantu oleh Bite Media Consultants yang bertindak sebagai pembantu di belakang takbir bagi menjayakan majlis gotong-royong ini.

Aktiviti membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah bertujuan sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan juga waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Dengan kehadiran AFY haniff ini dapatlah membantu dalam meringankan sedikit bebanan adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff


Aktiviti ini telah dijalankan pada 24 September yang lalu dimana sesi bermula dengan kesemua yang terlibat berkumpul untuk sesi perkenalan dan mereka diberi taklimat ringkas mengenai aturcara program tersebut. Setelah selesai sesi perkenalan dan taklimat, mereka semua dibawa melawat sekitar Rumah Ronald McDonald selama satu jam. Seterusnya mereka meneruskan aktiviti membeli barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald. Antara barangan yang dibeli untuk kegunaan Rumah terbabit adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan beberapa jenis makanan basah. Sesi membeli barang keperluan ini berlangsung selama 2 jam.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Pada waktu tengahari pula, mereka beramai-ramai bekerjasama memasak untuk makan bersama dengan kesemua penghuni Rumah Ronald McDonald ini.

Setelah selesai makan dan solat, pada jam 2 petang, barulah mereka menjalankan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini sepenuhnya dengan menggunakan produk AFY haniff. Team AFY haniff masing-masing diberi tugas seperti menyapu sampah dan mop lantai dengan menggunakan pencuci lantai AFY haniff, . Untuk fabric pula, mereka menggunakan pewangi fabric AFY haniff manakala mencuci pinggan juga turut menggunakan produk pencuci pinggan AFY haniff.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Setelah selesainya kesemua aktiviti tersebut, pihak AFY haniff telah memberikan sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY haniff kepada semua para penghuni yang ada di Rumah Ronald McDonald itu.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Tidak dilupakan juga, Pihak AFY haniff juga turut memberikan wang secara “kilat” kepada salah seorang waris pesakit pediatric di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang ini telah diberikan secara “on the spot” kerana atas rasa sedih dan mengenangkan nasib keluarga ini. Dimaklumkan bahawa anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat telah di langgar oleh sebuah kereta dan usia anaknya baru saja 5 tahun. Kecederaan yang dialami oleh anaknya itu juga agak serius.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Apapun didoakan semoga anak pakcik ini segera sembuh dan ceria kembali. Insyaallah. Sama-samalah kita semua mendoakan kesihatannya. 

AFY Haniff, Produk Berkualiti dan Selamat Digunakan


Sebenarnya zaza baru saja mengenali produk jenama ini sebab zaza sangat jarang ke pasaraya. Jadi tak banyak produk yang zaza tahu sangat kewujudannya. Jadi selepas tahu dan megenali tentang produk ini, bolehlah zaza suggest kan pada ayah zaza untuk guna memandangkan di rumah zaza kerap juga ada tikus masuk walaupun dah banyak kali tangkap dan buang. Produk pun berkualiti, bahan yang digunakan pun organik dan selamat untuk dipakai.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Produk-produk AFY hanif terdiri daripada :

1. Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff – Semburan untuk mewangikan baju-baju
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff - Membersihkan minyak serta kotoran degil dan menghapuskan bau busuk pada pinggan mangkuk
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff - Serai Wangi Insect Repellent ni membantu anda membersih & menghalau serangga secara semulajadi

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Untuk yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut tentang produk AFY haniff ini, bolehlah melayari :

Website : www.afyhaniff.com



8 ulasan

  1. Bagusla buat aktiviti macm ni..nad tak pernah pakai lagi produk afy haniff ni..nanti nak cari la..

    BalasPadam
  2. Lama dah rupanya produk afy haniff ni ada dekat pasaran. Dan Tahniah buat team AH atas aktiviti amal yg dijalankan.

    BalasPadam
  3. Banyak juga produknya... Tak pernah beli okey tak produk ni?

    BalasPadam
  4. Bagus ada aktiviti macam nie.. nanti Kak Sue pun nak cuba juga lah produk AFY Haniff nie, macam best ja..

    BalasPadam
  5. Bagus! this initiatif is awesome to help & contribute to the home on their daily products.

    BalasPadam
  6. Bagus ada program dn aktiviti mcm ni, sekurang membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  7. seronoknya...aktiviti mcm ni...
    teringin nak join jugak klu ade aktiviti mcm ni dkt sini...

    BalasPadam
  8. Tahniah team AFY haniff! Meriah betul nampak program. Moga ianya berterusan setiap tahun

    BalasPadam