Denaihati Blog Penuh Informasi Dekat Dihati - Zaza Iman



Selasa, September 10, 2019

Denaihati Blog Penuh Informasi Dekat Dihati


Denaihati Blog Penuh Informasi Dekat Dihati. Assalamualaikum dan hi. Apa khabar semua petang ini? Diharap anda semua sihat dan ceria selalu.

Sebut tentang blog, zaza bermula pada tahun 2012. Pada masa itu zaza hanya mengenali beberapa blog sahaja sehinggalah zaza banyak bergaul dan mengenali rakan blogger lain termasuklah satu blog yang zaza selalu ikuti iaitu denaihati.com 


Denaihati.com diasaskan oleh Tuan Haji Amir atau zaza selalu panggil dengan sebutan A.DH iaitu Abang Denaihati.

A.Dh ini bagi zaza seorang yang begitu ramah dan baik dengan semua orang. Pertama kali zaza jumpa A.Dh ketika Majlis Sepetang Bersama Blogger beberapa tahun yang lalu. Sempat juga merakam gambar bersama.

Denaihati.com adalah blog kegemaran zaza sekian lama. Jika dulu zaza rajin meninggalkan jejak komen tapi kini zaza banyak menjadi silent rider saja. Jangan marah haaa A.dh..ketahuilah ada masa zaza akan membaca artikel di blog A.dh ini kerana penulisan dan artikelnya yang menarik, kupasan isu-isu yang segar, tip dan itulah yang membuatkan ia dekat dihati zaza untuk terus mengikutinya.



Blog denaihati.com telah wujud sejak 13 Julai 2008 lagi. Tahun dimana zaza belum kenal pun pasal dunia blogging.

Dahulu, Denaihati.com sering mengadakan contest untuk rakan pembacanya. Zaza juga tidak ketinggalan untuk menyertai dan pernah juga menang. Memang seronok sangat dan disebabkan contest yang sering diadakan juga zaza banyak kenal dengan ramai rakan blogger yang lain.

Denaihati juga antara blog yang pernah menjadi top 10 blog Malaysia dan pernah menerima beberapa anugerah atas kejayaan dan pencapaianya dalammemberikan informasi berguna kepada pembacanya.

Selain dari focus kepada penulisan di blog, Denaihati juga telah pun mempunyai laman beli belahnya sendiri iaitu denaisell.com


Terdapat beberapa barangan yang dijual di denaisell.com antaranya adalah Suplement kesihatan seperti Black G oleh Mardi, Buku keusahawanan dan beberapa buku lain serta untuk anda yang ingin membuat aqiqah dan korban, juga turut disediakan di laman web denaisell.com ini.

Jadi kepada rakan blogger baru, jom ikuti blog denaihati.com ini kerana banyak info yang bermanfaat untuk kita. Tak lupa, zaza doakan semoga blog denaihati.com juga akan terus suksess selalu di masa hadapan dan selalu menjadi rujukan terbaik untuk semua orang.

oh ya, jangan lupa ikuti juga facebook Tuan Haji Amir di https://web.facebook.com/amir.denaihati okay!


16 ulasan:

  1. Kita kenal blog denaihati pun melalui contest. Sebab pernah join juga kot contest yang dianjurkan. Sekarang ni pun ada masa singgah baca. Kadang tak sempat.

    BalasPadam
  2. Kak ana pun suka singgah denaihati.com ni. Banyak info dan kupasan menarik yg kita boleh dpt.

    BalasPadam
  3. Suka baca info2 menarik dari denaihati

    BalasPadam
  4. Kak Sue pun suka juga singgah blog Denaihati nie tapi silent reader juga.. hehehe..

    BalasPadam
  5. suka baca blog denaihati slient reader kdg2 jer bagi komen

    BalasPadam
  6. selalu gak singgah kat blog denai ni.. mmg byk sgt info berguna.

    BalasPadam
  7. Sis pun mmg ikuti perkembangan denaihati ni. Memang salute dengan pengasas dia..dah maju jaya dgn apa yg dia buat. Harap blog sis pun leh jd cam blog dia

    BalasPadam
  8. Sally pun tau Denaihati daripada SBB je...pastu baru silently follow :)

    BalasPadam
  9. Memang ikut blog Denaihati.. pernah juga menang contest beliau di fb :)

    BalasPadam
  10. Saya memang selalu meninggalkan jejak kasih di blog DH hehehe

    BalasPadam
  11. Memang bagus selain baca info diFB sy pon kalau free akan singgah dekat laman web denaihati.

    BalasPadam
  12. Dulu blog DH ni memang tempat blogger join contest la.Hadiah lumayan tu yang best. Antara blog yang akak kenal masa awal2 mula tulis blog tahun 2010

    BalasPadam
  13. Nanti nak terjah balik la blog Denaihati ni. Dah lama tak singgah..

    BalasPadam
  14. Akak pun suka baca blog denaihati ni...cuma silent reader

    BalasPadam
  15. denaihati selalu kongsian informasi yang bermanfaat

    BalasPadam