Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur - Zaza Iman



Khamis, September 12, 2019

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur


Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur. Assalamualaikum dan hi semua. Apa khabar? Semoga you all ceria-ceria selalu.

Hari itu zaza bercuti di KL selama seminggu. Cuti tu sebenarnya adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang ada masa free. Jadi sempatlah zaza berjumpa dengan seorang rakan blogger di Sunway Piramid. Untuk kesana pula, inilah pertama kali zaza menggunakan servis grab car. Pada mulanya risau juga..tapi nasib ada anak buah menemani.

Dan kebetulan pula, ada satu bengkel kecantikan, Bengkel Butterfly Health & Wellness diadakan dekat Hotel Hilton. Tanpa dirancang dan ada satu slot yang kosong, terus tengahari itu zaza bersiap untuk hadir kerana bengkel tu yang bermula jam 2.00 petang.

Bengkel Butterfly Health & Wellness ini dianjurkan oleh The Butterfly Project bertempat di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur


Dihadiri oleh kenalan blogger dan influencer. Bengkel ini berlangsung sekitar 4jam lebih jugalah..pada mulanya zaza nak pulang awal tapi ralit-ralit dan seronok pula buat aktiviti, terus zaza stay sampai habis bengkel tu.

Mana tidaknya, zaza seronok dapat berjumpa kawan-kawan dan dapat mempelajari sesuatu yang baru tentang kecantikan dan penjagaan diri.

Bengkel Butterfly Health & Wellness mempunyai 3 sesi iaitu :

1. Vegan Beauty Mask Workshop oleh Bavani Gopala Krisnan Naturally Handmade
2. Aromatheraphy Oil-Blending Workshop oleh Dashindra Siva Plant Origins
3. Self-Care Session oleh Minnie Chang Minc.Care

Sebelum sesi bermula, semua peserta yang hadir dikehendaki membuat sesi senaman ringkas dahulu. Diberi penerangan ringkas tentang program oleh Tammy Lim, founder The Butterfly Project dan juga diberi peluang untuk melawat sekitar kawasan Spa & Gym Hilton KL.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Vegan Beauty Mask Workshop oleh Bavani Gopala Krisnan Naturally Handmade

Sesi pertama adalah bersama Bavani Gopala Krisnan. Dalam sesi ini, zaza belajar bagaimana untuk menghasilkan topeng wajah sendiri ( DIY Clay Mask ) menggunakan tanah liat dan beberapa serbuk "super-food" di mana ia sesuai untuk vegetarian dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya serta tidak berasaskan haiwan.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Bersama Bavani Gopala Krisnan

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Dalam membuat topeng muka sendiri, Bavani menerangkan terdapat 5 jenis topeng muka ( mask ) iaitu green clay, red clay, pink clay, bentonite dan rshassaoul clay. Setiap mask mempunyai keistimewaan dan fungsi masing-masing.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Tanah liat

Penggunaan tanah liat memang bagus untuk kulit terutama tanah liat yang berwarna merah yang mana ia dapat membantu melicinkan kulit dan mengurangkan jerawat serta menyingkirkan bintik-bintik hitam di wajah.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Super-Food tambahan

Dengan gabungan Super Food ( bahan tambahan ) membuatkan mask lebih efektif. Ada 7 jenis super food iaitu Mango, Lavender, Mint, Aloe Vera, Calendula, Tangerine dan Pomegranate. Setiap bau, warna dan tekstur nya berbeza-beza.

Untuk bancuhan dalam membuat mask ini, ada sukatannya. Contohnya tanah liat merah 1 sudu besar dan dicampur dengan 1 sudu kecil super food. Boleh campur satu jenis atau lebih. Selepas itu gaul rata dan bolehlah dipakai dengan letakkan seidikit ke dalam bekas dan campurkannya bersama sedikit air. Gaul rata kemudian barulah pakai pada seluruh wajah. Biarkan kering dalam 20 minit dan barulah di basuh. Mask ini boleh dipakai dalam seminggu tu 2 kali.

You all juga boleh ikuti website www.naturallyhm.com atau ingin mengetahui update terkini di instagram @naturallyhm

Aromatheraphy Oil-Blending Workshop oleh Dashindra Siva Plant Origins

Sesi kedua pula bersama Dashindra Siva Plant Origins. Dalam sesi ini zaza berkenalan dengan beberapa jenis minyak aroma terapi dan khasiatnya.

Minyak aroma terapi ini bagus untuk memberikan rasa ketenangan dan menghilangkan stress. Antara bauan minyak aroma terapi yang ada ialah Lavender, Lemon, Peppermint, Vetiver, Rose Geranium, Sweet Orange, Tea tree oil, Mosquito & Bug Repellent, Bergamot, Ylang-Ylang, Jasmine, Rosemari dan Grapefuit.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Dashindra Siva - Plant Origins

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Minyak aroma terapi ini boleh dicampur mengikut bauan yang disukai tapi macam zaza jenis suka satu dua bauan sahaja sebab zaza ni ada alah sikit pada bauan aroma. Mean.. ada yang boleh buatkan zaza pening kepala.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bagi you all yang nak mendapatkan juga minyak aroma terapi ini bolehlah dapatkan dekat Dignature Market. Layari https://www.signaturemarket.co dan untuk update terkini di instagram mereka @signaturemarket.

Self-Care Session oleh Minnie Chang Minc.Care

Sesi terakhir adalah bersama Minnie Chang dari Minc.Care. Dalam sesi ini zaza dapat mendengar luahan dan perkongsian perasaan beberapa peserta macam mana mereka "struggle" dalam menyelesaikan dan menghadapi sesuatu perkara atau permasalahan. So dalam sesi ini mereka dapat mencari ketenangan dan cara untuk mengatasinya.

Dalam sesi ini zaza tak banyak cakap sebenanrnya..sebab zaza malu-malu kucing lagi..maklumlah setelah bertahun-tahun zaza tak rasa pengalaman berjumpa dan join sesi sebegini..itu yang malu dan diam saja sambil mendengar mereka meluah dan bercakap.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Sebelum sesi bermula, kena buat dulu sesi tarik nafas dan hembus perlahan-lahan.
Kredit foto ini dari www.fishmeatdie.com

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Bersama Minnie Chang

Apa pun ini adalah pengalaman baru dan seronok dapat mengenali Minnie Chang. Thank you. Boleh ikuti instagram Minnie Chang di @Minc.care

Sedikit gambar di sekitar Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur. 

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur

Terima kasih pada Tammy Lim sebab bagi zaza peluang kali ini untuk sertai bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur. Terima kasih juga buat Hotel Hilton kerana menaja tempat dan sesi ini. Mereka yang terlibat juga diberi peluang untuk menikmati servis yang ditawarkan seperti gym, jacuzzi dan sauna.

Bengkel Butterfly Health & Wellness Di Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
Sesi bergambar selepas sesi tamat


Info lanjut you all boleh klik link di bawah :

Kredit info dari blog http://www.syafierayamin.com



10 ulasan:

  1. Nasib baik Tammy is super okay beri peluang pada kita untuk ikuti bengkel ni kan.. best kan dapat belajar banyak benda dalam ni 😍😍😍 best dapat buat masker

    BalasPadam
  2. Seronok sangat dapat join workshop nie kan Zaza..

    BalasPadam
  3. Bestnya berpeluang join workshop macam ni. Banyak ilmu dapat dipelajari..

    BalasPadam
  4. Menarik sangat nampaknya aktiviti2 yang dijalanakn tu zaza. Kalau ada lagi kak ana nak join juga lah.

    BalasPadam
  5. Hari tu macam nak join tapi jauh pula. Nampk best event ni

    BalasPadam
  6. menarik sangat dapat ilmu ni semua..dapat buat mask sendiri, aroma sendiri..lagi best sharing session tu..

    BalasPadam
  7. Seronok dapat join bengkel macam ni. Dapat tambah ilmu dan kenal kawan baru

    BalasPadam