Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Sabtu, September 28, 2019


Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh. Assalamualaikum. Orang perempuan kalau bab penampilan diri memang penting kan. Dari penjagaan muka, badan, rambut hinggalah kaki memang sangat dititikberatkan.

Jadi macam dekat tempat zaza, Paya Pulai Temerloh ni memang tercari jugalah salon yang khas untuk muslimah sahaja. Kebetulan kawan zaza yang pernah pergi ke satu salon muslimah ni share kat zaza tentang salon tersebut. So zaza pun apa lagi lepas buat servey teruslah booking dan ajak rakan zaza tu pergi sekali.

Salon tu namanya Hair & Beauty Saloon. Sebaik sampai kat Anni Hair & Beauty Saloon,kami disambut dengan baik oleh pemiliknya Kak Anni. Sangat ramah orangnya..dan nak tahu tak kak Anni ni umur dia dah 41 tahun..macam tak percaya sebab nampak muda. Zaza fikir umur kak Anni ni dalam 33-35..pandai kak Anni jaga muka kan..awet mudaaaaaa

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Gambar terkini ( 2019 )  Anni Hair & Beauty Saloon

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Servis Rawatan Rambut

Dengan tema salon berwarna pink memang cukup selesa untuk muslimah. Pelbagai rawatan untuk rambut ada di Anni Hair & Beauty Salon ini seperti cuci rambut, gunting, treatment hair, rebonding dan lain-lain.

Macam zaza time ni buat servis cuci rambut je dulu sebab rambut dah macam apa kusutnya. Zaza ni kalau pergi salon boleh tertidur rasanya.

Cara Kak Anni cuci rambut pun best dan suka bersembang. Walaupun baru pertama kali zaza datang tapi seronok banyak potpet.

Turut menawarkan kursus asas gunting rambut. Jadi yang berminat boleh la menyertainya.

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Inilah pemilik Anni Hair & Beauty Salon, Kak Anni di bahagian rawatan rambut

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Servis Facial Muka dan Akupuntur

Selain servis untuk rambut, di Anni Hair & Beauty Salon turut ada buat spa untuk facial muka dan juga akupuntur. Yang ini zaza belum try lagi. Masih belum berkesempatan untuk zaza pergi. Insyaallah akan datang zaza akan singgah lagi.

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Ruang untuk membuat facial muka

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Ruang Akupuntur

Harga yang ditawarkan di Anni Hair & Beauty Salon pun sangat berpatutan dengan servis. Selain tu turut dijual beberapa produk penjagaan rambut.. 

Macam rambut zaza ni ada masalah kelemumur dan kadangkala gugur.. so memang perlukan sangat produk untuk rawat kulit kepala ni..

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Pelbagai jenis produk penjagaan rambut ada disini

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Produk sabun handmade pun ada

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Minyak herba dan minyak angin juga ada di sini

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Gambar bersama Kak Anni..

Servis Jahitan Dan Kelas Menjahit

Selain berkaitan dengan salon, disini juga turut ada servis jahitan pakaian dan kelas menjahit untuk mereka yang nak belajar.

Tempat menjahit tu terletak disebelah je dengan bahagian salon. Sempat juga zaza tinjau-tinjau keadaan tempat menjahit ni.

Bagi yang nak belajar menjahit atau nak hantar anak-anak belajar kat Bengkel Anni Tailor ni. Kak Anni pun dah berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini.

Disini juga turut menjual pelbagai produk lain seperti tudung, telekung, baju dan juga beberapa barangan jahitan. Haaa..mana yang area-area Paya Pulai tu tak perlu pergi jauh-jauh. Kat sini pun ada.

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Macam Janna Nick pula zaza tengok Kak Anni ni..heheh

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Nak hantar pakaian untuk dijahit pun boleh

Oh ya, untuk pengetahuan juga, di Bengkel Jahitan ini juga ambil pelatih dan kursus jahitan belajar percuma ( untuk terpilih sahaja ya ), Kak Anni juga ada menjual kain kapan, peralatan Jenazah ready made, peralatan untuk kursus Jenazah dan juga memberi perkhidmatan urus Jenazah di kawasan sekitar. 

Kak Anni juga turut memberikan kursus di sekolah, masjid dan sering dijemput oleh NGO dan NGI  ( Non Goverment Individual )


Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Selesai servis cuci rambut..tiba-tiba kak Anni ajak kami pergi makan dekat kedai makanan berhampiran..kebetulan perut memang tengah lapar sebab dah masuk tengahari. Zaza pun masa tu memang tak jamah apa-apa makanan lagi..

So kami pun pergi makan sekejap..tak sangka pula kak Anni yang belanja makan..hehe.. dah la ramah..siap belanja pula tu..alhamdulillah..moga murah rezeki Kak Anni sekeluarga.

Bagi yang berdekatan boleh la datang singgah. Tapi sebelum tu seeloknya booking terlebih dahulu. Bagi yang berminat untuk rawatan salon, spa dan kelas jahitan boleh menghubungi kak Anni di :

Alamat :
Anni Hair & Beauty Salon
No K8 ( Kedai PKNP )
Batu 4, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang
( berhadapan dekat jejantas dan sekolah paya pulai )
Telefon :  019 920 1218
Whatsapp : 017 952 1318

Artikel ini telah dikemaskini pada 28 September 2019


10 ulasan

  1. Alhamdulillah.. Makin banyak salon untuk muslimah..

    BalasPadam
  2. Sonok klu kedai cmni.. dorg lebih ramah.. rs terjamin aurat kt

    BalasPadam
  3. Wahhh best bila ada salon muslimah ni, aurat kita terjamin. sesiapa yang dok area situ memang senang la. Iday dekat area rumah ni belum ada lagi, nanti nak cari. Mana taw rezeki kak anni boleh buka cawangan di KL hehe

    BalasPadam
  4. amboi.. macam2 kak anni usahakan yea.. ada salon .. ada kedsi belajar jahit.. bagus sangat untuk dijadikan sumber inspirasi mereka yang nak berjaya macam kak anni.. mungkin sebab keramahan kak anni tu yang buat orang suka ke salon dia ye zaza

    BalasPadam
  5. Bagusnya..siap adakelas menjahit..memg bagus ada saloon utk wanita je

    BalasPadam
  6. Bestnya cuci rambut. Dah lama tak buat..

    BalasPadam
  7. Nampak kemas teratur je salon nya. Memang selesa la kalau berurusan disitu. Bestnya kalau sesekali dapat ke salon

    BalasPadam
  8. legaa kan bila org cucikan rambut kita? semoga bisness kak anni kekal maju aminn

    BalasPadam
  9. Terbaik bagus ada Saloon muslimah ini, ramai-ramai kena sokong saloon macam ni

    BalasPadam
  10. Lepas ni senanglah nak gi hair treatment sbb ade utk muslimah kan

    BalasPadam