Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Selasa, Julai 16, 2019


Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Moment With My Cat In Haimeow Magazine . Dari dulu lagi, zaza lebih suka dan banyak share tentang kucing zaza. Bila rasa bosan kat rumah je zaza akan buat hobi kesukaan iaitu bermain dengan kucing dan mengambil gambar  mereka. Rasanya dalam laptop zaza pun sangat penuh dengan gambar-gambar kucing yang pernah zaza bela.

Antaranya Wafa, seekor kucing jantan yang baik sangat perangainya. Tapi wafa dah tinggalkan zaza diawal bulan dec, tahun lalu akibat batu karang.

Walaupun wafa dah tak ada lagi, wafa dah tinggalkan adik-adiknya iaitu Lesh dan Sophia. Mereka lahir pada waktu yang berbeza tapi wafa sempatlah bermain dengan adiknya ini. Sekarang dua ekor adiknya ini sudah pun membesar dengan sihat.

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Disebabkan zaza memang obses dengan kucing dan kebetulan zaza ada rakan sekolah yang bekerja dengan majalah HaiMeow, jadinya zaza pun diberi peluang untuk muncul dalam salah satu ruangan dalam majalah ini. Terima kasih EpulEjam!

Paling syok sebab cover hadapan majalah HaiMeow ini adalah pelakon yang tengah hot dalam drama Nur iaitu Ustaz Madi atau Azhan Rani. Pelakon favorite zaza tu dari zaman dulu lagi. Cuma baru sekarang Azhan Rani lebih menyerlahkan. Seorang pelakon yang sangat berbakat besar.

Dalam story ni zaza just perkenalkan diri zaza dan bercerita mengenai pengalaman cemas yang pernah berlaku pada kucing kesayangan zaza. Tentang wafa. Sebelum ni pada entri dulu zaza pernah share kisah wafa yang menghidap batu karang dan sporo. 

Pejam celik dah 7 bulan wafa tinggalkan zaza. Wafa ni macam special sikit sebab perangai dia tak sama dengan kucing-kucing yang pernah zaza bela dulu kala. Wafa ni kira kucing yang sangat baik. Now sikap baik tu tertumpah pada Lesh dan Sophia pula.

Zaza kurang tonjolkan ibu mereka. Ibu mereka zaza namakan sebagai Indi. Ibu jenis baik juga tapi susah untuk diajak bergambar. Selalu je lari bila zaza nak snap gambar ibu.. sebab itu hanya ada dua tiga keping je gambar ibu.

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Edisi HaiMeow gambar cover Azhan Rani ni sebenarnya sudah edisi yang ke 52. Bermakna majalah ni pun dah berada lama dalam pasaran.

Tapi maybe tak ramai yang tahukan. Majalah ni pun banyak share tip penjagaan kucing dan rawatan sekiranya mereka tidak sihat. Bagus untuk semua pencinta kucing yang mahukan pelbagai info tentang kucing kesayangan.

Majalah ni boleh dapatkan dimana-mana kedai yang menjual atau lebih mudah terus beli dekat HaiMeow Official dalam Shopee. Harga hanya RM8.90 je.


16 ulasan

  1. Glamor la Lesh & Sophia siap dapat masuk magazine lagi

    BalasPadam
  2. Such adorable kittens! I love cats

    BalasPadam
  3. Famous Lesh Sophia dapat masuk majalah.
    Tuannya pun sama, makin femes la. Hehe

    BalasPadam
  4. Bestnya zaza dapat peluang masuk majalah. Rezeki. Dapat juga bg ilmu dan cerita pada pembaca diluar sana kan.

    BalasPadam
  5. Wahhh x sangka wawa n the cats masuk majalah..n k.el baru tau psl majalah ni

    BalasPadam
  6. Wah tahniah Zaza.. baru tau ada majalah khas untuk kucing..

    BalasPadam
  7. Tahniah zaza. Akak baru tahu ada majalah untuk peminat kucing.hihi

    BalasPadam
  8. Wah congrats Zaza & kucing Zaza pun masuk majalah.

    BalasPadam
  9. Tahniah Zaza, ms bujang dulu akk ada bela kucing. BIla kahwen asben tak bagi bela

    BalasPadam
  10. Wah comelnye.. Seronoklah si bulus dapat masuk majalah..

    BalasPadam
  11. I like cats also. This be a good magazine to read! ^_^

    BalasPadam
  12. tahniahhhh zaza... proud of u =D

    BalasPadam
  13. wah kucing dan tuan masuk majalah lah. tahniah zaza

    BalasPadam