Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung Aroma. Budak-budak memang suka sangat bila dapat makan ayam goreng..hari tu zaza goreng ayam spicy pun bertambah mereka makan. Tapi untuk budak yang masih kecil lagi tentunya tak boleh nak makan yang pedas sikit kan..
Selain dari Tepung Goreng Ayam ( Spicy ), AROMA juga turut mengeluarkan Tepung Ayam Goreng ( Original )
Bolehlah ibu bapa masak untuk anak bawa bekal ke sekolah. Biasa ayam koreng salut kunyit je, jadi sekali sekala buatlah pula ayam ala-ala kfc ni..sure anak-anak pun bertambah bila makan.
Jom tengok cara mudah goreng ayam guna Tepung Aroma :
BAHAN-BAHAN :
-Tepung Aroma Kentucky ( Original )
-Sedikit air
-Ayam ( 2 ketul)
CARA MASAK :
- Masukkan sedikit tepung aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan sedikit air
- Kacau sebati
- Masukkan ayam dan gaul
- Perap selama 30 minit
- Kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung aroma yang kering
- Goreng ayam sehingga masak kekuningan dalam minyak yang panas ( anggaran masa 11 minit )
Tepung Aroma ini tak perlu nak salut dengan telur lagi. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Tepung Goreng Ayam Aroma ini adalah seperti Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasoning ) dan Serbuk Baking.
Sesuai untuk : Nasi Ayam Goreng, Ayam Goreng Nasi Lemak, Burger Ayam Goreng dan Chicken Chop Chop.
AROMA adalah salah satu jenama tepung goreng serbaguna yang telah pun berada di dalam pasaran Malaysia. Produk ini telah diasaskan oleh Mr.Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.
Mr.Tan Poh Kong
Tepung Aroma di pasaran
Tepung Aroma sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Setiap produk yang dihasil dan dikeluarkan akan dipastikan kualitinya sebelum di pasarkan.
Semestinya kesemua produk AROMA mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM dan SIJIL MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/
Sedapnya za....kecuq air liur ni ha. Nak kena cari juga la buat ayam goreng ni
BalasPadamThis looks so yummy and crispy
BalasPadamKalau dah rangup macam ayam kfc, baik beli tepung ni je kan. Masak sendiri puas hati
BalasPadamSukanyaaaa.. lepas ni masak sendiri je ayam goreng ala kepci kan zaza
BalasPadamSenang sangat ni.. Nak kene cari la.. Tengok zaza buat tu nampak rangup dan sedap
BalasPadamyang ni pon nampak sedap jugak + nampak mudah nak buat.. nanti sis try buat
BalasPadam