Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA - Zaza Iman



Selasa, Jun 11, 2019

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA


Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung Aroma. Budak-budak memang suka sangat bila dapat makan ayam goreng..hari tu zaza goreng ayam spicy pun bertambah mereka makan. Tapi untuk budak yang masih kecil lagi tentunya tak boleh nak makan yang pedas sikit kan..

Selain dari Tepung Goreng Ayam ( Spicy ), AROMA juga turut mengeluarkan Tepung Ayam Goreng ( Original )

Bolehlah ibu bapa masak untuk anak bawa bekal ke sekolah. Biasa ayam koreng salut kunyit je, jadi sekali sekala buatlah pula ayam ala-ala kfc ni..sure anak-anak pun bertambah bila makan.

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

Jom tengok cara mudah goreng ayam guna Tepung Aroma :

BAHAN-BAHAN :

-Tepung Aroma Kentucky ( Original )
-Sedikit air
-Ayam  ( 2 ketul)

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

CARA MASAK :

- Masukkan sedikit tepung aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan sedikit air
- Kacau sebati
- Masukkan ayam dan gaul

- Perap selama 30 minit
- Kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung aroma yang kering

- Goreng ayam sehingga masak kekuningan dalam minyak yang panas ( anggaran masa 11 minit )

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

Tepung Aroma ini tak perlu nak salut dengan telur lagi. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Tepung Goreng Ayam Aroma ini adalah seperti Tepung Gandum, Kanji, Garam, Rempah, Bumbu ( Seasoning ) dan Serbuk Baking.

Sesuai untuk : Nasi Ayam Goreng, Ayam Goreng Nasi Lemak, Burger Ayam Goreng dan Chicken Chop Chop.

Cadangan : 1kg Tepung Ayam Goreng Aroma ini boleh dimakan 4 ayam bersaiz sederhana

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA


Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA

AROMA - TEPUNG GORENG RANGGUP SERBAGUNA

AROMA adalah salah satu jenama tepung goreng serbaguna yang telah pun berada di dalam pasaran Malaysia. Produk ini telah diasaskan oleh Mr.Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA
Mr.Tan Poh Kong

Resepi Ayam Goreng Kentucky ( Original ) Tepung AROMA
Tepung Aroma di pasaran

Syarikatnya iaitu Syarikat Industri Makanan Jati berpengkalan di Shah Alam, Selangor.

Tepung Aroma sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Setiap produk yang dihasil dan dikeluarkan akan dipastikan kualitinya sebelum di pasarkan.

Semestinya kesemua produk AROMA mempunyai SIJIL HALAL dari JAKIM dan SIJIL MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/

BACA JUGA : << RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY SPICY AROMA >>
DAN << PISANG GORENG RANGGUP TEPUNG AROMA >> 


6 ulasan:

  1. Sedapnya za....kecuq air liur ni ha. Nak kena cari juga la buat ayam goreng ni

    BalasPadam
  2. This looks so yummy and crispy

    BalasPadam
  3. Kalau dah rangup macam ayam kfc, baik beli tepung ni je kan. Masak sendiri puas hati

    BalasPadam
  4. Sukanyaaaa.. lepas ni masak sendiri je ayam goreng ala kepci kan zaza

    BalasPadam
  5. Senang sangat ni.. Nak kene cari la.. Tengok zaza buat tu nampak rangup dan sedap

    BalasPadam
  6. yang ni pon nampak sedap jugak + nampak mudah nak buat.. nanti sis try buat

    BalasPadam