Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin - Zaza Iman



Jumaat, Jun 28, 2019

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin


Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin. Assalamualaikum. Pernah dengar amalan bertapel? Amalan bertapel memang selalu dilakukan masa zaman mak-mak kita dahulu kala kan.

Bertapel adalah salah satu cara wanita bagi mengempiskan perut dan mendapatkan kulit yang mulus. Dulu-dulu nak kena masuk ke hutan kalau nak mencari herba atau pun ada yang tanam herba dikeliling rumah. tapi leceh bila nak proses jadikan tapel. Hmm sebenarnya rasa rindu pula nak masuk hutan tengok pelbagai spesis pokok dan pokok herba yang ada.

Apa pun itu zaman dahulu..kini bila zaman sudah moden, segalanya telah menjadi mudah bila adanya Losyen Dara Bonda dari jenama Ning Salmah.

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin

Losyen Dara Bonda Ning Salmah

Bertapel bukan sahaja untuk ibu-ibu yang baru bersalin saja tetapi juga boleh juga untuk anak dara. So sebab itulah zaza pun mencuba juga Losyen Dara Bonda ini. Fungsinya sama seperti tapel tapi losyen ini lebih mudah untuk digunakan.

Tapel merupakan sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang digunakan dalam tapel adalah tepung beras,kapur sirih, air limau nipis, kencur dan kayu manis. Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. kelebihan tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit di perut dan memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / strecth mark. Ia juga membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut. Ia juga membantu dalam menghangatkan perut, membuang angin serta darah kotor yang berada di dalamnya. Juga menegangkan perut yang menggeleber.

Zaza betul-betul jatuh hati dengan bauan herbanya. Bauan yang menenangkan dan begitu wangi sekali. Bauan yang sangat lembut. Losyen Dara Bonda Ning Salmah ini dihasilkan dengan beberapa gabungan herba yang terpilih dan berkualiti.

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin

Bahan Yang Digunakan

Terdapat beberapa bahan dan herba yang digunakan dalam penghasillan Losyen Dara Bonda ini iaitu untuk :

Pelansingan - Rumpai Laut ( Bladderwrack ), Daun Ivy ( English Ivy ), Meadowsweet ( Meadowsweet ) dan Ekstrak Biji Kopi Hijau ( Green Coffee Extract )
 Melembapkan Kulit - Minyak Zaitun ( Olive Oil ) dan Lidah Buaya ( Aloe Vera )
 Penghadaman - Buah Pala ( Nutmeg ) dan Halia( Ginger )
 Wangian Semuljadi dan Pati Minyak - Bunga Kenanga ( Ylang Ylang ) dan Limau Purut ( Kaffir Lime ) 

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin

Keistimewaan Losyen Dara Bonda

Zaza sapu Losyen Dara Bonda ini di bahagian perut, lengan dan peha selepas mandi atau sebelum nak masuk tidur. Rasanya sangat selesa dan berangin panas sejuk gitu. Lepas tu boleh la pakai bengkung atau korset.

Losyen ini sangat elok digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan memberikan bentuk badan yang ideal , melembapkan kulit serta dapat membantu menghilangkan strecth mark.

Losyen berasaskan bahan semulajadi dan pati minyak asli
⥁ Losyen berasa sejuk dan mempunyai wangian yang menyegarkan
⥁ Formula yang khusus untuk pelangsingan badan dan kelebapan kulit
⥁ Harga mampu milik dan sangat ekonomi
⥁ Boleh digunakan oleh ibu-ibu berpantang dan anak dara

Harga dan Pembelian 

Losyen Dara Bonda Ning Salmah dijual pada harga hanya RM49.00 sahaja. Didatangkan dalam saiz dan berat 100gram.

Bagi yang ingin mencuba dan mendapatkan Losyen Dara Bonda ini boleh membuat pembelian terus  di :
Call/whatsapp : 012-6992604
Alamat :  Legasi Ning Salmah Sdn. Bhd.
22A Level 3, Jalan 17/54, Seksyen 17,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Losyen Dara Bonda Ning Salmah Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin

Kisah Rahsia 5 Generasi Legasi Ning Salmah

Sharifah Ning Salmah dilahirkan pada tahun 1890an. Bapanya berasal dari Mekah dan ibunya merupakan kerabat diRaja Kedah. Sejak dari umur yang muda, beliau sudah diturunkan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan diri yang diamalkan di dalam istana.

Cucundanya, Datin Sharifah Anisah Barakbah, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang sama dan telah menerajui industri herba negara dengan memperkenalkan produk Nona Roguy. Setelah 50 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Beliau terkenal dengan pengongsian ilmu kesihatan dan kecantikan wanita dalam setiap ceramah yang telah diberi, baik di dalam atau luar negara.

Sejak dari umurnya 5 tahun lagi, Sharifah Aliyah Barakbah, telah mengikuti Tok Mama (Datin Sharifah Anisah) ke sesi ceramah dan sedikit sebanyak mempelajari ilmu warisan ini. Setelah bergelar ibu, dia mempunyai keinginan untuk berkongsi tentang rahsia warisan kesihatan yang telah banyak menolong keluarganya ini.

Maka lahirlah Legasi Ning Salmah dengan produk-produk yang belum pernah lagi dikongsi luar dari keluarga mereka


12 ulasan:

  1. TB pun suka pakai ni.. rasa berangin je bila sapu.. bau pun best.. rasa macam nak hidu lama-lama.. hehehe

    BalasPadam
  2. I need this because my stomach is always bloated

    BalasPadam
  3. ni yang akk suka ni hahaha, bab kurus2 ni

    BalasPadam
  4. perut cik en selalu kembung dan buncit.. sesuai la guna ini

    BalasPadam
  5. lea guna jugak krim ni.. bagus bangat..

    BalasPadam
  6. orang perempuan memng memerlukan benda ni..nak lagi bila period, best juga boleh sapu..eh tapi dia panas tak..hehe..ni pun prut buncit..

    BalasPadam
  7. Oh bagus juga, kita pun tengak cari produk untuk kurus kan badan.

    BalasPadam
  8. Bau dia wawa kurang kenan skit..tp bila pakai sedap gile rasa badan

    BalasPadam
  9. Akak memnag selalu kena angin nanti boleh beli satu. Senang bila ada stok kat rumah.

    BalasPadam
  10. macam menarik jah boleh try nanti ni

    BalasPadam
  11. Kita suka krim sapuan mcm ni zaza. Kalau pun sapuan tu perut muncit tak kempis kempis, tapi kita suka sebab perut rasa selesa je.

    BalasPadam
  12. pernah jugak dengar Losyen Dara Bonda Ning Salmah, tapi sis tak cuba lagi.. nanti kita try

    BalasPadam