Resepi Ayam Goreng Ala KFC ( Spicy ) Guna Tepung AROMA. Assalamualaikum dan hi..pejam celik dah tak lama dah nak habis bulan ramadan dan bakal tibanya hari raya. Masing-masing dah buat persediaan ke? Mestilah sudah kan..zaza pun persiapan sederhana je seperti tahun-tahun yang lalu..
Bila hari raya kan..sekali sekala jamu rakan-rakan yang datang ke rumah dengan ayam goreng ala kfc pun okay jugak kan..
Untuk resepi ini zaza gunakan tepung AROMA Kentucky ( Spicy ) sebab nak rasa pedas-pedas sikit.
Tepung Aroma
Tepung yang sudah dibancuh bersama air
Ayam yang telah di gaul dan perlu diperap selama 30 minit
Ayam yang siap digoreng
-Tepung Aroma Kentucky ( Spicy )
-Sedikit air
-Ayam ( 2 ketul)
CARA MASAK :
- Masukkan sedikit tepung aroma ke dalam mangkuk
- Masukkan sedikit air
- Kacau sebati
- Masukkan ayam dan gaul
- Perap selama 30 minit
- Kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung aroma yang kering
- Selepas itu boleh lah menggoreng ayam sehingga masak kekuningan
Siap..sangat mudah kan..boleh juga buat untuk anak-anak. Memang sedap dan ranggup. Korang boleh tengok video yang zaza share ini juga..
AROMA - TEPUNG GORENG RANGGUP SERBAGUNA
AROMA merupakan antara jenama tepung goreng ranggup serbaguna dan ia merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Industri Makanan Jati. Pengasasnya adalah Mr. Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek.
Tepung Aroma sudah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2001 dan kini ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Setiap produk AROMA di hasilkan dengan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Tidak perlu bimbang kerana produk AROMA mempunyai sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Malah bagi pengguna Islam tak perlu ragu-ragu kerana tepung AROMA mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh JAKIM
Selain dari Tepung Goreng Ranggup Serbaguna Kentucky Spicy, AROMA juga turut mengeluarkan Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Ranggup Serbaguna Kentucky Original dan Tepung Goreng Tempura dengaan pelbagai variasi saiz pek yang berbeza.
Produk-produk AROMA boleh didapati di pasaraya di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di http://www.tepungaroma.com/ dan laman facebook https://www.facebook.com/Tepungaroma/
BACA JUGA << RESEPI SOTONG GORENG TEMPURA AROMA >>
sedapnyaaaaa. nice gila gmbr kak zaza
BalasPadamMujur baru lepas sahur hehe. First time dengar jenama Aroma ni. Boleh dipertimbangkan nanti
BalasPadamyummy, i really love fried chicken. simply irresistible
BalasPadamTak pernah gunaaa lgi brand ni tpi mng sukaa bt ayam goreng tepung hee, boleh try nt.
BalasPadamNyumnyum..makan masih hangat syok ni. Zaza, tepung tu ada jual ke kat pasaraya biasa?
BalasPadamNak cari juga lah tepung aroma ni. Boleh goreng byk2 ayam ala ala kfc nanti.
BalasPadamSedapppnya ala2 ayam kfc. My fav ni ayam kfc
BalasPadamsedap ayam goreng dengan tepung nih. anak-anak suka yang spicy punya, siap ada kawan-kawan mintak beli bila dia bawa bekal ke sekolah.
BalasPadamCatat Ulasan