Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah Pekerjaan Segera di Singapura! Institu CECE Buka Pemgambilan Pelajar. Selaras dengan perkembangan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak yang pesat mutakhir ini, semakin ramai ibu bapa kini lebih mengutamakan konsep pembelajaran yang lebih profesional dan holistik pada peringkat pendidikan awal anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah berperanan penting dalam keseluruhan sistem pendidikan kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak pada usia awal semakin dititikberatkan. Oleh demikian, permintaan untuk tenaga pengajar yang berkualiti serta profesional pada tahap perkembangan awal kanak-kanak adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan zaman sebelum ini.
Peringkat awal
kanak-kanak merupakan fasa perkembangan intelektual dan asas perkembangan
keperibadian seseorang insan. Pendidikan pada tahap awal ini amat penting bagi pembentukan
persepsi dan nilai murni serta penyemaian tabiat mulia dalam sanubari
anak-anak kecil.
Dalam proses
pembelajaran, kanak-kanak memerlukan seorang pendidik yang boleh membimbing mereka secara
komprehensif. Maka, pengajar pada tahap pendidikan prasekolah wajiblah
memiliki pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang bertaraf tinggi.
Institut CECE yang
ditubuhkan pada tahun 1993 kini dikenali sebagai kolej latihan guru khusus dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pasukan pensyarahnya terdiri daripada pengajar-pengajar yang
memiliki ijazah sarjana dalam pendidikan prasekolah. Program latihan akademik dan
peluang latihan praktikal di tadika dan taska yang disediakan oleh Institut CECE dapat
memberi asas pendidikan yang kukuh kepada pelajar-pelajarnya. Para pelajar dilatih untuk
mengembangkan potensi dan kreativiti kanak-kanak secara berkesan. Diperlengkap dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menangani perkembangan fizikal dan
mental anak-anak kecil, pelajar-pelajar Institut CECE mampu memupuk generasi muda
yang penyayang dan penyabar.
Sehingga hari ini,
Institut CECE telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,500 pendidik prasekolah yang
berkelayakan. Program-program diploma Institut CECE diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dan juga Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) di Singapura.
Pendekatan pengajaran
Institut CECE yang menjamin hasil pembelajaran yang efektif mendapat reputasi yang
tinggi dalam kalangan tadika dan taska di Malaysia serta Institusi Antarabangsa KLC (KLCII)
di Singapura. Malahan graduan-graduan Institut CECE dapat memulakan kerjaya mereka
sebaik sahaja tamat pengajian.
Kursus-kursus yang
ditawarkan oleh Institut CECE termasuk: Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Diploma
Pendidikan Khas. Pelajar boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separa
masa atau modular. Kursus jangka pendek mengambil masa 2.5 tahun manakala kursus jangka
panjang mengambil masa 4 tahun. Walaupun Institut CECE menyediakan program yang
berkualiti tinggi, yuran pengajiannya hanya RM13,560. Yuran pengajian ini boleh
dibayar secara ansuran pada kadar faedah 0%.
Kursus diploma ini
merangkumi pembelajaran subjek seperti asas pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan awal
kanak-kanak, kaunseling kanak-kanak, program prasekolah kebangsaan, penjagaan
bayi dan permainan, pendidikan khas, kurikulum tadika dan perancangan, seni
visual, muzik, matematik, bahasa dan literasi.
Menerusi program
pemindahan kredit, graduan yang telah memperoleh Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh
meneruskan pelajaran mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Tunku Abdul
Rahman (UTAR) atau mana-mana universiti tempatan lain. Selain itu, mereka juga boleh
melanjutkan pengajian mereka di University College Birmingham di
United Kingdom.
Jika anda beraspirasi
menjadi seorang pendidik kanak-kanak prasekolah, anda dialu-alukan untuk menghadiri Hari
Terbuka Institut CECE!
EVENT DETAILS:
Date: 14 th April 2019
Time: 9am – 5pm
Address: INSTITUT CECE
Tingkat 1 & 2,
Lot 9094, Jalan Malinja,
Taman Bunga Raya, 53000.
Kuala Lumpur.
**Light refreshment will
be served.
RSVP now!
EVENT HIGHLIGHTS:
- CECE Early Childhood
Education Talk
- Understand the Early
Childhood environment through a Centre Tour
- Career Talk Singapore
- Trial Class
- Consultation Hour
SPM 3 Credits in any
subject (Pass in BM & SEJARAH) or Equivalent; CECE Certificate in Pre-school Education.
FINANCIAL ASSISTANCE:
- Interest-free Study Loan
from Chang Ming Thien Foundation (Upon meeting stipulated requirements).
- PTPTN Study Loan (for
Full Time Class only).
For more information:
Website: http://www.cece.edu.my/
Contact number: 03-4142
6362
Email: inquiry@cece.edu.my
Bagusnya Ada program mcm Ni. Kena bagi Tau rakan yg berminat
BalasPadambagusnya...
BalasPadamMana-mana yang berminat nak jadi guru pra n minat kanak-kanak sesuai belajar kat tempat ni kan. Yuran pun okay jgak tu. Thanks 4 sharing zaza
BalasPadamkalau ada yang minat bekerja dalam bidang ni elok la join. Kerja melibatkan budak-budak ni memang kena ada ilmu, kena kuat semangat.Bukan boleh main redah je pi minta kerja.
BalasPadamdulu suka juga dengan course pengajian ini..sebab sukakan kanak-kanak..course ini juga mmg pilihan yang terbaik juga pada mereka yang sukakan pendidikan awal kanak2 kan
BalasPadamKalau ada yg minat bekerja dalam bidang ni mmg dialu2kan sgt memohon kan.. yg penting mesti suka bebudak..
BalasPadammenarik ni.. pengajian yg murah tapi mudah dpt keje
BalasPadampeluang besar ni, buat mereka yang minat dalam bidang ni.. jangan terlepas..
BalasPadamWah bestnya.. Wawa minat nk jd guru taska/tadika... Bgus la ni sape2 nk jd boleh cuba kt sini
BalasPadamsekarang kanak kanak semakin bijak.. jadi guru pun kena seiring laju dengan mereka.. sesuai la untuk mereka suka kerjaya mencabar
BalasPadamBagusnya ada kursus macam ni untuk bakal guru kan.. boleh beri persediaan awal untuk mereka yang nak menjadi guru ..
BalasPadamWah bagusla. Nak jadi guru ni mmgvkene ada latihan semua, baru boleh handle budak2 kan.. Bokeh share ni dengab kawan-kawan semua
BalasPadamWalaupun tahap pendidikan Prasekolah, perlukan juga tenaga pengajar yang berkualiti dan penuh ilmu didada kan..
BalasPadamBagus juga lepas kursus terus boleh dapat pekerjaan di Singapura, those berminat to teach can consider this juga kan.
BalasPadamKalau minat bidang ni jangan lepaskan peluang. Bagus sebenarnya bidang ni, mereka yang ambil bidang ni sebenarnya penyabar
BalasPadam