Kisah Pengasas Jamu Mall Jadi Inspirasi Kejayaan. Assalamualaikum, apa khabar semuanya? Diharap sihat sentiasa okay. Sebenarnya zaza nak share sikit satu kisah yang boleh dijadikan sumber kekuatan buat mereka yang masih gagal. Moga-moga dengan kisah ini, anda bangkit dan terus maju kehadapan.
Anda kenal dengan pengasas Jamu Mall, Encik Khairul Nizam? Jika tidak tak mengapa. Kali ini zaza nak membawakan kisahnya yang pasti membuatkan kita menitis airmata.
Dengan keberanian dan dan berkat usaha tanpa jemu, beliau akhirnya kini mampu tersenyum dengan kehidupannya.
Mengingati kembali semasa zaman susahnya dahulu, beliau yang tidak berkemampuan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan dengan bantuan orang lain membuatkannya hampir berputus asa.
Berkat kesabaran dalam diri, beliau akhirnya bangkit dengan menubuhkan sebuah syarikat Jamu Mall Sdn Bhd dan membina platform jualan Jamu Mall.
Hasil dari penubuhan syarikatnya, beliau kini mampu hidup gembira. Sesekali beliau mengembara melihat negara luar seperti korea, Dubai, Japan, Australia dan beberapa lagi.
Beliau juga mampu untuk menangung hidup keluarganya dan membeli sebuah rumah mewah.
Pada usia 30 tahun, dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd dan membina platform jualan jamumall.com. aku happy. Aku mampu beli apa sahaja aku nak , mampu makan mewah , aku mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara yang aku dah sampai.. dan yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , aku dapat tanggung family dan aku mahu bersedekah setiap hari.
Bukan nak riak tapi aku tahu ramai orang diluar sana sebenarnya nak jadi mcm aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family dia macam aku tapi adakah mereka sekuat aku?
Lihatlah aku, kehidupan aku dulu tak macam ni. Cuba bayangkan anda semua dalam jasad aku. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga."Ujarnya.
Beliau juga melihat kebanyakan ramai yang malas untuk mengubah kehidupan sendiri. Malah ramai yang memberi alasan dan berputus asa. Sedangkan semuanya itu merugikan diri sendiri.
Beliau juga turut terdetik di hati untuk membantu mereka yang susah dan jika boleh, beliau tidak mahu mereka menjadi seperti orang lain yang malas berusaha.
Jom ikuti Encik Khairul Nizam di :
Facebook Page : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website : https://jamumall.com/
Mmg inspired... Kita yg normal pun kadang kala rasa susah, bayangkan la dia yg kurang upaya tp masih berjiwa kental!
BalasPadamBeliau sangat berjiwa besar... Inspirasi yang hebat kepada rakyat malaysia..
BalasPadamRasa malu dengan diri yang sempurna ni.. Dia oku mammpu berjaya.. Kita pulak.. Huhu.. Jadi semnagat nak berjaya lepas tgk dia
BalasPadamkisah beliau, harus dijadikan pemangkin untuk kita terus berusaha 👍👍 tiada yang mustahil kan. ..
BalasPadamSedangkan dia yang kurang upaya pun mampu berjaya, apa entah lagi kita yang sempurna ni .
BalasPadamRasa macam nak juga capai impian seperti dia. Walaupun dia serba kekurangan, tapi dia boleh berjaya. Sangat sangat terinspirasi.
BalasPadamSo inspiring, when you put all your heart and soul in it sure there are results right.
BalasPadamCatat Ulasan