Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Rabu, April 10, 2019


Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu. Baru-baru ini telah berlangsungnya satu Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu.

Karnival Kewangan ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM ) dan telah mendapat kerjasama institusi kewangan.

Karnival yang berlangsung bermula 4 hingga 6 April 2019 ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Karnival kali ini mengangkat tema " Utamakan Keperluan Kewangan Anda ". Karnival yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan. Selain itu, pengunjung yang hadir juga dapat menambah pengetahuan dan lebih celik keangan serta memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Sebelum karnival ini bermula, terdapat satu jerayawara yang diberi nama " Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" sebagai usaha untuk mempromosikan karnival ini. Jerayawara ini memberikan pengetahuan buat masyarakat tempatan tak kira usia di mana mereka ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan. Antaranya seperti mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1200km meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan turut memberikan manfaat kepada lebih 3000 orang.

Karnival ini juga turut dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu sekaligus berlangsungnya majlis pelancaran laman sesawang MyWakaf fan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM )

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu
Forum Keusahawaan Wanita di Karnival Kewangan Terengganu 2019


Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu
Mat Dan Tanye & Imam Muda Fakhrul semasa sesi  CIMB Islamic Bank Berhad Sharing Session 

Beberapa sesi dialog juga turut diadakan sesama karnival dijalankan dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-lejar universiti dari BNM. Sesi dialog ini dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Aishari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zalyani Mohamad Zahid. Dalam sesi dialog ini terdapat maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembagan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi.

Karnival kali ini juga begitu memberangsangkan dan ramai pengunjung hadir kira-kira lebih 18,000 dari Pantai Timur. Ia juga turut disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan poduk dan perkhidmatan maing-masing dan turut menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan.
Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu
Mini concert  bersama selebriti Shafiq Farhain di Karnival Kewangan Terengganu 2019

Sebanyak 1800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS bagi menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Menariknya lagi, karnival ini juga berjaya merekod lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta berjaya disempurnakan.

Pengunjung-pengunjung yang hadir juga dapat menambah pengetahuan hasil daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, Pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam dan sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.



13 ulasan

  1. So sad why aren't they coming to Kuantan as well?

    BalasPadam
  2. jerayawara ? Apa tu zaza? First time emi dengar perkataan ni, hehe

    BalasPadam
  3. Bagus adakan karnival macm ni. Sekurangnya menambahkan keyakinan orang luar kn..

    BalasPadam
  4. best bila adanya karnival macam ni. banyak ilmu yang bakal kita dapat.. harapnya akan dibuat juga di sini :)

    BalasPadam
  5. Bagus diadakan Karnuval Kewangan macam ni sebab ia beri kesedaran kepada masyarakat tentang hal hal berkaitan dengan kewangan macam pengurusan kewangan , pengurusan hutang dan lain lain lagi

    BalasPadam
  6. lain daripada yg lain eh karnival macam ni...selalu lebih kepada hiburan je ini sekali dgn input...terbaik!

    BalasPadam
  7. Bestnye klu dpt pergi ni kan.. harap jauh jerk..

    BalasPadam
  8. Jarang ada karnival mcm ni, menang bagus la

    BalasPadam
  9. Best juga ada karnival mcm ni kan.. Tmpat wawa blom ada lagi... Yg ada pon jauh2 je.

    BalasPadam
  10. Wow! bagus event macam ni boleh reach out to more people in Terengganu yang tak sempat nak pergi ke KL kan.

    BalasPadam
  11. Baguslah karnival kewangan macam ni.. Kenapa lah tak buat kat jb boleh kita singgah.. Hehehe

    BalasPadam