Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti - Zaza Iman



Jumaat, Mac 29, 2019

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti


Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti. Siapa pernah tonton rancangan dekat hurr.tv ?? Kalau tahun lalu zaza ada share satu posting mengenai rancangan fesyen.insta ootd trending paling win untuk hijabista..so kali ini hurr.tv kembali lagi dengan sebuah lagi program baru iaitu rancangan beli-belah barangan pre-loved eksklusif, Nak Beli 2.0. Apa yang ada dengan program kali ni?

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Nak Beli 2.0 adalah sebuah program sebanyak 10 episod web yang memberikan peluang kepada semua penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan selebriti dengan harga yang menarik di laman web Beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv/

Program ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 dan ditayangkan pada jam 8.30 malam di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv


Program akan dihoskan oleh Nana Al-Haleq dan Nisha Ezzati secara bergilir-gilir dan turut mengundang tetamu jemputan yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose,Andriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Hos Nana Al-Haleq bersama NurLynn Azureen

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Aireen Natasya, Hos Nisha Ezzati dan Maisarah

Dalam setiap episod web, akan menampilkan beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif yang dijual dengan harga mampu mlik. Bagi penonton yang menyaksikan secara live juga akan berpeluang untuk mendapatkann baucer atau diskaun khas bagi koleksi ditampilkan apabila mereka membeli pada waktu siaran dijalankan.

Menariknya lagi dalam program Nak Beli 2.0 ini kerana menampilkan satu segmen iaitu Happy Hour. Segmen ini memaparkan jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Penonton yang menyaksikan juga akan mendapat diskaun bermula 30 peratus sehingga 50 peratus untuk beberapa produk yang terpilih serta set lengkap.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memilik set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan oleh peserta Miss Universe 2018.

Menurut Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv," Nak Beli musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini adalah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin dibuat bagi peminat bertuah. jadi jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turut menerusi App Store dan Google Play. Selain itu, bagi penonton yang membuat pembelian juga, mereka tidak akan dikenakan cas penghantaran. Ianya PERCUMA dengan pembelian minimum.

Penonton juga dapat melihat personaliti kegemaran berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual. Sudah tentulah setiap barangan tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan  Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti

Program ini dibawakan khas oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Penonton juga boleh mendapatkan barangan tersebut secara eksklusif di laman web Beli@hurr,  http://shop.hurr.tv/

Tonton Episod#1



Tonton Episod#2

NurLynn Azureen Prelove Item :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2
Lynn Mascara :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2/products/lynn-mascara

Bagi Episod#3 telah berlangsung pada 27 Mac lalu di www.hurr.tv dan di app hurr.tv. 


Mengenai Hurr.tv

Hurr.tv merupakan laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia yang boleh ditonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Membawakan kandungan dalam talian bagi memenuhi selera penonton. Ia memaparkan personaliti media sosial dan selebriti seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

Hurr.tv telah dilancarkan pada 2016 dan sehingga kini telah mendapat 50 juta tontonan dan lebih 335 ribu pengikut di Youtube.

Beli@Hurr pula adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai barangan fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Pelbagai barangan unik dan berkualiti ditawarkan dan anda boleh membeli belah dimana jua pada bila-bila masa.

Dapatkan barangan eksklusif di Beli@Hurr Online Store http://shop.hurr.tv/
Anda juga boleh mengikuti mereka di saluran 


13 ulasan:

  1. Wah mesti macam-maavm barang ade ni.. 50% diskaun tu.. Bolehla usha nanti

    BalasPadam
  2. Ni lah masa peminat nk beli brg milik artis kesukaan dorang. Siap ada happy hour lg.

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi tengok betul-betul website huur.tv ni .. selalu jugak dengar-dengar.. nanti boleh la try tengok apa yang ada..

    BalasPadam
  4. Bestnya barang barang preloved yg dijual tu. Interesting

    BalasPadam
  5. ada ke instapemes yang saiz 2xl.. klu de nk terjah gak

    BalasPadam
  6. Emi tak pernah pun tengok rancangan nak beli ni. Kat rumah sewa takde tv pun, heheh

    BalasPadam
  7. Mcm2 brg ade. Msti jual murah2 ni. Nti nk terjah

    BalasPadam
  8. Nampak menarik rancangan ni sebab jual barangan preloves instafamous kan Kena tonton ni

    BalasPadam
  9. Selalu nmpk hurr.tv jual brg, Kadang preloved artis pun ada.. Huhu... Sally tak pernah lg beli laa

    BalasPadam
  10. Oh wow! i like to check out their pre-loved items too, mana tau ada yang berkenan kan.

    BalasPadam
  11. Walaupun brg prelove mesti berkualiti. Tapi tak pernah tengok rancangan ni

    BalasPadam