Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong - Zaza Iman



Rabu, Februari 20, 2019

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong


Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong. Assalamualaikum. Sudah lama juga zaza tak berjalan dengan family...tak merancang pun sebenarnya.. tiba-tiba anak buah mesej beritahu ayah long ( abang zaza ) ajak ke Bukit Tinggi ni..masa tu jam 12 tengahari..so apa lagi kan bersiap-siap lah sementara nak tunggu abang datang ambil zaza dengan family lain kat rumah.

Perjalanan ambil masa hampir 2 jam juga. Memang sudah lama teringin nak ke sini..tambahan pula kawasan dikelilingi hutan..zaza memang suka view macam ni..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Suasana di Japanese Village

Colmar Tropicale French Village

Masa sampai ni, zaza pergi kat Colmar Tropicale dulu.. memang ramai gila orang dan macam biasalah zaza tak lepaskan peluang ambil gambar banyak-banyak. Tapi banyak gambar zaza je..gambar pemandangan sampai lupa nak ambil.. haha

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Colmar Tropicale French Village ni dibuka oleh Berjaya Hills Resort. Nak sampai tu memang jalan pun berbelit-belit tapi smooth je..

Colmar Tropicale ni macam kampung juga bertemakan gaya Perancis. Diilhamkan dari Colmar Village Alsace iaitu sebuah perkampungan perancis yang memiliki bangunan tinggalan zaman Renaissance.
Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Banyak sebenarnya aktiviti menarik kat sini tapi zaza tak sempat nak teroka banyak memandangkan zaza dan sekeluarga pergi balik hari je..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Dalam 2 jam je kat situ.. tapi kat situ kalau nak bermalam pun boleh.. memang rasa seronok je..

Bayaran masuk kat sini untuk dewasa ( RM 16 ) dan kanak-kanak ( RM 8 )

Japanese Village

Seterusnya zaza ke Japanese Village..memang letih juga berjalan kaki nak naik ke sana. Tapi berbaloi lah sebab dapat tengok view hutan yang memang cantik sangat.


Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Jalan nak naik ke Japanese Village..agak jauh sikit kena berjalan kaki 

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Lega dah sampai..ambil gambar dulu

Japanese Village ni dia sebuah perkampungan dengan konsep ala taman Jepun. Dekat sini ada beberapa tempat boleh singgah seperti Botanical Garden, Tatami Spa, Japanese Tea House, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Macam zaza kata tadi..syok sangat ambil gambar sendiri sampai lupa nak shoot view sekeliling..rasa rugi pula tak dapat nak share view kat sana..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Anak siapa la ni...

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
View kat sini cantik sangat..macam lukisan pula tengok..sorry gambar tak sharp sebab anak buah yang shoot...

Seorang arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi yang mengilhamkan Japanese Village ni.. Korang yang suka kan keindahan alam yang menghijau mesti kena singgah datang tau untuk tengok view.. kat sini pun rasa sejuk-sejuk dan nyaman sangat..zaza rasa macam nak terus je duduk situ.. ada kolam ikan dan beberapa spesis ikan, rumah kimono rental house dan lain-lain.

Banyak lagi view yang zaza tak shoot..rasa rugi la pulak..tapi tak apa lah korang boleh tengok je kat internet banyak yang orang lain share..

Next time boleh la datang lagi.. banyak lagi tempat belum berkesempatan nak singgah sebab masa terhad..


13 ulasan:

  1. Lama tak pergi bukit tinggi Ni. Tunggu baby besar sikit ha

    BalasPadam
  2. Last pergi sini tahun 2013..lama sangat da x g ni..mmg best g sni lagi2 utk org yg suka bergmbr dan ambil gambar kan..

    BalasPadam
  3. Teringin nak pi.. tak pernah sampai lagi sini.. hubby selalu la kursus kat sini.. cantik2 pemandangan dia

    BalasPadam
  4. first ke Bukit Tinggi tahun 2010.. waktu berkursus di sana..rindu nak ke sana lagi.

    BalasPadam
  5. Suka pergi sini. Sewa kimono dan ambil gambar kat japanese village tu boleh acah acah kat jepun 😁

    BalasPadam
  6. comelnya view dia.. kak xpernah pergi lagi bukit tinggi

    BalasPadam
  7. Cantiklah view kt sini.. Tak pernah ke sini lg.. Kalau x mse zaman u dh kesini tp cancel sebab ada mslh teknikal..

    BalasPadam
  8. I have been to Colmar Bukit Tinggi a few times, memang best especially nowadays the weather is so hot. It great to relax and enjoy the cool air.

    BalasPadam
  9. Cantik view dia zaza.
    Rasa sejuk berangin kat situ, macam sejuk kat cameron tak.
    Bestnya.. Klau la mersing ada tempat cantik gini kan syok

    BalasPadam
  10. dah pergi... mmg best... penat nak naik menuju ke japan village ni.. dah sampai puas hati.. hilang penat.. haha

    BalasPadam
  11. Pernah naik sini, betul tu jalan agak berliku berbelit heee

    View cantikk suasana sejuk syok kan

    BalasPadam
  12. Lama dah tak pergi bukit tinggi ni.. Rs terpanggil pulak... ehehe

    BalasPadam