Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens Review. Hi all..today zaza nak share contact lens dari jenama Barbie Eyesland. Zaza memang pengguna contact lens disebabkan mata zaza yang rabun jauh. So sesekali jika keluar pergi jalan-jalan zaza akan mengenakan contact lens.
But kat tempat zaza ni, ada satu kedai spek mata yang jual cumanya patern contact lens agak terhad. Ada satu jenis je untuk yang power -550 macam zaza dan pilihan warna hanya ada dalam 8. Warna pula pekat-pekat...memang tak sesuai sebab zaza gemar contact lens yang nampak natural je.
Barbie Eyesland Cosmetics Contact Lens
Jadi baru-baru ni zaza ada lihat website Barbie Eyesland yang menjual contact lens dan ada pilihan banyak color yang sangat nice dan ada banyak juga pilian power.. so excited lah zaza tengok. Memang banyak yang berkenan but zaza lebih gemarkan warna grey.
So zaza pilih 3 pasang contact lens warna grey tapi lain patern. Mean 2 patern sama dan satu lagi patern lain. Zaza ada berkenan satu lagi warna grey ni tapi stok warna tu untuk power mata zaza dah habis..
Seperti biasa, zaza akan memilih diameter 14mm. Ada yang suka jenis nampak mata besar tapi zaza tak berapa gemar.
Power mata yang ada bermula dari 0 sehingga 800. Penghantaran order pula cepat. Shipped out dalam masa 24 jam dan ambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja untuk diterima ( Malaysia ) dan pihak Barbies Eyesland juga turut membuat penghantaran ke Singapore yang mengambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja.
Kos penghantaran semua item adalah "Free Shipping" untuk Malaysia dan RM25 untuk Singapore.
Pembayaran juga begitu mudah.Mereka juga menerima pembayarn melalui Paypal.
Produk yang dihantar pula dibalut dengan baik sekali. Ia diletakkan di dalam kotak dan mempunyai packaging dan design yang begitu cantik sekali.
packaging dan design yang nice giler..diletak di dalam kotak
Biasa zaza beli contact lens kat kedai sebelum ni tak pernah dapat contact case box tapi di Barbies Eyeland, zaza terima contact case lens termasuk dengan travel kit case box yang comel.
travel kit case box
Di Barbie Eyesland, mereka menawarkan setiap produk adalah 100% authentic dan berkualiti tinggi walaupun harga yang dijual begitu murah.
Malah setiap contact lens boleh pakai sehingga 3 bulan dan perlu ditukar selepas itu. Pemakaian untuk sehari pula sehingga 8 jam sahaja.
Antara color pilihan zaza iaitu Velvet Grey ( 2 box ) dan Iris Grey ( 1 box )
Velvet Grey Color
Iris Grey Color
Kalau tengok dari segi pattern Velvet Grey dengan Iris Grey ni lebih kurang sama je cuma ada sedikit beza yang mana Velvet Grey lens color dia cerah sedikit dan Iris Grey gelap-gelap sikit.
Velvet Grey
RM25 / 3 month
Iris Gey
RM25 / 3 month
Zaza suka dengan contact lens dari Barbie Eyesland ni sebab ia jenis soft lens dan tak memedihkan mata. Malah color nya amat sesuai dengan zaza dan kelihatan natural.
Lepas tamat tempoh luput lens ni, zaza sure akan repeat order lagi sebab zaza memang betul-betul suka dengannya..
Cara Pembelian
Bagi memudahkan pelanggan yang pertama kali nak membeli, Barbie Eyeland ada menyediakan video tutorial bagaimana nak membuat order. Boleh klik link ini, Cara Pembelian Barbie Eyesland
Contact
Website : https://www.barbieeyesland.my/
Facebook : https://www.facebook.com/BarbieEyesland
Instagram : https://www.instagram.com/eyesland_lens/
cantik pakai contact lense. mek nk pkai jugak tp mata mek sepet. hahahahhahahah. dh berkali kali buat tapi tak berjaya.
BalasPadamCantik2 kan koleksi contact lens kt barbie eyes land ni.. Wawa dh penah beli sblm ni.. Mmg best dan sesuai dgn mata..
BalasPadamKan zaza. Lens dari barbie eyeland memang soft je bila pakai. Akak pun suka
BalasPadamWahh dh lama k.el x pakai lens..sbb spek yg dh pecah tu dh ganti yg baru..tp nak juga spare lens kut ada kenduri or event in future..boleh try ni..harga pun sgt ok
BalasPadamcntik warna lens ini..boleh la sesiapa nak contact lens dgn harga yg murah tapi berkualiti boleh cuba contact lens ini..😊🤗
BalasPadamcantik..packaging pun omeii sangat. Hai zaza, da lama x blogwalking sini :)
BalasPadamCantik warna warna lens tu. Travel case lagi comel. Harga pun berpatutan sgt.
BalasPadamserius comel gila packaging dengan case contact lens ni. corak dia pun cantik zaza. nak usha lah nanti
BalasPadamcantik warna lens ni..packaging apatah lagi yang memakai...
BalasPadamCantik sangat lens dia.. Cantik mata zaza.. Mmemng contact lens siap ade power ye.. Teringin nak pakai
BalasPadamcantik yang velvet grey tu!. harga pun berpatutan.. dahla comel packaging dia. alahai..
BalasPadamCantik yer mata zaza pakai lens. Akak memang tak reti pakai lense..huhu takut
BalasPadamWah! I love the packaging, so sweet and cute. The Velvet Grey tu is very nice, i nak beli juga.
BalasPadamLawa dan mata extra cantik dengan lense ni. Akak tak pernah guna yang kaler.. nanti nak try jugaklah
BalasPadamMurah je harganya kan.. lawa2 lak tu kaler dia.. sesuai dengan mata zaza.. nampak macam soft je
BalasPadamkak last pakai contest lens masa nak kahwin dulu2 hahaha
BalasPadamsemuaaaa cantik ^^
BalasPadamala comelnye lens.. buat sipemakai pun bertambah comel..
BalasPadamCatat Ulasan