Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan. Assalamualaikum..jika berjalan-jalan ke mana-mana destinasi mesti kita mencari-cari tempat makan yang best..sesekali perut nak makan juga makanan lain selain dari nasi. So jom apa kata singgah makan murtabak di Murtabak Mengkasar yang famous ini di Kuantan.
Ini adalah pertama kali zaza jejakkan kaki dekat Murtabak Mengkasar yang terletak di Bukit Sekilau ini.
Murtabak Mengkasar telah pun memulakan operasinya sejak 17 tahun yang lalu...tidak hairan lah bila ramai yang singgah makan dekat sini kerana kesedapannya. Ia juga antara tempat makan murtabak terkenal di Pahang.
Ramuan untuk menghasilkan murtabak ini juga diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang dan ia juga menjadi makanan bagi kerabat Diraja Pahang.
Di sini, terdapat beberapa jenis murtabak iaitu murtabak biasa, murtabak daging special, murtabak ayam special, murtabak ayam biasa dan daging biasa.
Sempat zaza menikmati beberapa jenis murtabak yang ada. zaza akui rasanya memang sedap..isinya yang tebal dan besar. Murtabak dekat sini dijual dari harga bermula RM8 sehingga RM12. Setiap murtabak saiz memang besar dan boleh dimakan oleh 2 orang untuk sekeping murtabak tu. Kira puas lah makan..zaza pun dapat makan dua tiga ketul murtabak yang dah dipotong pun rasa kenyang tau..
Selain dari murtabak, ada juga makanan lain seperti roti telur, roti canai, roti planta, roti bawang dan juga roti boom.
Murtabak Mengkasar juga turut menyediakan murtabak sejuk beku. Seiring dengan nama nya yang kini semakin dikenali, Murtabak mengkasar turut menempa nama sehingga ke pasaran di Jeddah. Menurut pemiliknya iaitu Tuan Haji Din, Murtabak sejuk beku di sudah lama ada dari kecil-kecilan kini mempunyai packing yang lebih menarik. Selain itu, terdapat juga respon dari pelanggannya yang pernah membawa murtabak ni ke luar negara, pelanggan tersebut mendapati murtabak sejuk bekunya tahan lama.
Beramah mesra dengan pemilik iaitu Tuan Haji Din ( berbaju biru kopiah putih )
Murtabak Sejuk Beku
Sebelum pulang, zaza tak lepaskan peluang untuk mendapatkan satu murtabak sejuk beku iaitu murtabak ayam...balik rumah dan keesokannya terus masak untuk sarapan pagi bersama keluarga. Zaza masak guna kuali je dengan sedikit minyak. Nak masak guna oven dan microwave pun boleh juga. Bakar dalam masa 10 minit. Disertakan sekali dengan bawang jeruk. Memang berselera kalau makan.
Bagi zaza memang puas sangat dapat rasa makan Murtabak Mengkasar ni. Isinya yang lembut dan banyak. Selain tu setiap murtabak nya ada rasa berbeza-beza sikit..kalau datang ke kuantan lagi boleh lah singgah dan repeat lagi..
Kepada warga kuantan atau sesiapa je yang teringin merasai sendiri kesedapan Murtabak Mengkasar ni, boleh lah mengunjungi di alamat :
Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM, Jalan Bukit Sekilau, 26060 Kuantan Pahang
Telefon : 012 963 0448
Waktu Operasi : 3 petang sehingga 1 pagi
Pergh harga dia boleh tahan.. Tapi okla sebab nmapk tebal dan isi padat.. Mesti sedap ni.. Alahi kecur liur tengok
BalasPadamWahhh.... Lapar terus tengok murtabak yang besar dan padat dengan isi ni.. Kalau ke Kuantan ni, boleh lah masuk dalam checklist
BalasPadamSatu lagi kegemaran TB .. memang suka mertabak jugak.. kalau mertabak daging lagilah.. laju je makan.. hahaga
BalasPadamtengok gambar jeee dah tau sedap.. huhuu
BalasPadamsedap tu... klau gi kuantan boleh try
BalasPadammurtabak mmg favourite. Senanglah dah ada yang sejuk beku..tp boleh ke dpt kat mana2 supermarket tu zaza..tingin nak rasa murtabak ni
BalasPadamPerghh padu betul murtabak dia. buat orang lapar tengok je.
BalasPadamteringin nak rasa.. daging special yang best ! ada yang frozen, senang nak beli nanti.
BalasPadamKalau bulan puasa..wawa akan cri murtabak.. Fav wawa ni.. Hehe.. Tgk gmbr pon best je
BalasPadamWah macam sedap la and they also have the frozen version. If I go to Kuantan i will singgah la
BalasPadamBulan puasa memang wajib makan murtabak
BalasPadam