Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Sabtu, Disember 22, 2018


Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang. Setelah beberapa minggu Wafa pergi, baru lah zaza rasa nak share tentang kucing zaza ni..Wafa ni lahir tak silap zaza hujung-hujung tahun 2016..masa tu zaza tak ada kat kampung sebab zaza kerja luar..jauh..so anak buah la yang selalu cerita pasal wafa..sampai la zaza berhenti kerja dan jaga wafa..

Wafa ni jantan tapi perangai dia lembut..mean kalau bergaduh dengan mana-mana kucing mesti wafa yang akan cedera.. Wafa pernah beberapa kali bergaduh dan cedera teruk tapi luka tu ok..baik..tapi sejak tu zaza kurung wafa..

Tapi ada satu hari tu, zaza kesian lah sebab kurung je..tak bebas..jadi zaza lepas kan wafa sekejap..tak lama tu dengar bunyi kucing bergaduh..agak dah mesti wafa sebab memang zaza cam suara dia..so zaza pergi tengok, memang dia tengah bergaduh..so zaza halau lah cepat-cepat dan ambil wafa.

Masa tu perasan kaki wafa luka..tapi time tu pun zaza memang tak tahu pun penyakit-penyakit kucing..so macam biasa lah sapu ubat biasa..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Selepas beberapa minggu, zaza macam pelik sebab luka wafa langsung tak kering..basah je dan macam makin besar..bimbang juga dan disebabkan tu, zaza google..zaza cari kenapa luka kucing tak baik-baik..sekali zaza jumpa artikel tentang sporo..Bila baca tentang sporo..memang zaza bimbang sangat..yela sporo kan bahaya jugak..

Luka wafa sebenarnya terjadi sebelum wafa kena batu karang..batu karang tu nanti zaza story last sekali.

Bila rujuk vet dan rakan verinar, wafa kena sporo.. so wafa perlu makan ubat sporo.

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Ubat Sporo Yang Wafa Makan

Zaza beli ubat Inox. Inox memang khas untuk sporo dan ubat hati. Pengambilan ubat Inox memang kena ambil sekali dengan ubat hati sebab kalau tak ambil, boleh merosakkan hati. Selain tu zaza turut ambil ubat luaran untuk luka sporo wafa tu..mean ubat spray sembur dekat luka..zaza pakai dari jenama miracat.

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Ubat Inox

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Ubat hati beli dari veterinar

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Spray Miracat Anti Fungal  untuk luaran luka

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Vco untuk membantu mempercepatkan proses luka kering..
vco ni dapat sekali masa beli Miracat spray tu..

Setelah beberapa bulan, akhirnya zaza nampak perubahan pada luka wafa..masa tu memang rasa satu kelegaan sangat..luka wafa makin kecil dan tertutup.. bulu-bulu dia pun masa ni dah mula tumbuh sikit-sikit..tapi..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Punca Batu Karang

Dikatakan punca wafa terkena batu karang ni disebabkan faktor pemakanan..masa dulu zaza memang tak tahu pun tentang makanan kucing ni..so zaza bagi la makanan dry food yang berwarna tu..

Sampai la satu masa tu, zaza nak balik kampung..so zaza hantar Wafa kat jiran untuk tolong jagakan..jiran zaza, namanya Ana..Ana bagitahu yang makanan berwarna ni tak elok boleh menyebabkan batu karang..tambah Wafa kucing jantan.. tapi masa tu zaza macam buat tak tau je lagi..sehinggalah suatu hari zaza perasan Wafa susah nak buang air kecil.. zaza perati hampir 30 minit Wafa berdiri kat bekas poo poo dia dan air kencing yang keluar setitik dua..

Masa tu zaza mula terfikir apa yang Ana cakap..terus zaza ke petshop untuk belikan makanan yang terbaik tapi pada harga yang boleh zaza beli dan sejenis ubat makan seperti ubat gigi bentuk dia..

So selepas 3 minggu tukar makanan, seperti biasalah..setiap pagi zaza akan ke belakang rumah tempat dimana Wafa, ibu dan adik-adik dikurung..rutin biasa untuk zaza bersihkan rumah mereka, tukar air, letak makanan dan bersihkan tempat poo poo.masa tu ibu dan adik-adik wafa semua berlari keluar nak bermain..tinggal wafa dalam sangkar..zaza dah pelik sebab wafa terbaring je..sekali zaza angkat, Wafa lembik dan menjerit kesakitan..masa tu keluar air kencing berdarah..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang

Zaza macam tak tahu nak buat apa time tu..tapi memang terfikir ke vet je..tapi zaza risau sebab kalau kes batu karang kos mahal.. ada tu yang baca sampai RM600 ke 1K lebih...zaza pulak kewangan tak berapa ok sangat..

Zaza cepat-cepat call vet dan tanya kos..dan terus hubungi kawan, Mira untuk bantu zaza hantar ke vet..

Masa tu lega sangat bila dapat bawa Wafa..wafa kena tahan beberapa hari..

Disebabkan tak masuk air, so kos rawatan wafa, ubat termasuk makanan dia RM280..tapi zaza repeat lagi makanan Wafa, Royal Canin Urinary S/O yang 3.5kg..

Setelah kesihatan wafa makin ok, dan luka sporo wafa tu hampir ok sebab dah tertutup dan bulu-bulu wafa pun mula nak tumbuh...zaza memang rasa happy sangat..tapi zaza ingat panas ke petang..rupanya ada gerimis..

Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang
Kau pergi jua sayang..

Bila sekali lagi wafa jatuh sakit dan luka sporo wafa tu terbuka..zaza teruskan dengan ubat-ubat wafa tapi akhirnya wafa pergi jugak..

Sporo wafa ni hanya dekat kaki..tak merebak..ada kes sporo merebak kat banyak tempat..Jadi kepada korang yang bela kucing, kalau ada luka-luka teruk terus lah bawa ke vet. Kalau kucing kena sporo jangan put to sleep sebab kucing sporo boleh dirawat..cuma ambil masa yang agak lama untuk kucing tu sembuh..

Apa pun zaza nak ucap terima kasih juga dekat rakan-rakan blogger zaza yang ada bantu wafa dari kewangan dan juga ubat-ubatan dia.. Jasa dan bantuan korang semua akan zaza ingat sampai bila-bila..


6 ulasan

  1. Semoga zaza kuat dgn kehilangan wafa.

    BalasPadam
  2. Ooo wafa ni jantan. .
    Masa zmn study dulu, ada kawan sukakan kucing dan tlg jagakan kucing la jugak. . Selepas kucing tu beranak, dia mcm sakit la..asyik terbaring ja pas2 kerap kena sawan . Kecian dia. Pas2 mmbr bawak la ke klinik haiwan ..dpt la ubat. .
    Masa cuti sem panjang, disebabkan dia kecian nk tggalkan takut xda org jaga kucing tu. . Dia bawak balik kg naik bas express tu. . Letak dlm bakul ada penutup tu.. Nasib la kucing tu xmeragam naik bas, cuma sawan sikit ja. Tapi lepas bapa bulan, kucing tu dah xda. .

    BalasPadam
  3. mulianya hati zaza sayangkan kucing. moga kebaikan zaza dibalas dengan 1001 kebaikan. amin.

    BalasPadam
  4. Ya allah kesianya wafa..kak zaza be strong okey

    BalasPadam
  5. semoga zaza tabah menghadapi kehilangan kucing kesayangan ini..

    BalasPadam