Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah - Zaza Iman



Isnin, Disember 17, 2018

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah


Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah. Hai Assalamualaikum..hari ni zaza nak share satu lagi produk terbaru Imaan Suci World iaitu Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga. Zaza tertarik nak cuba sebab ia boleh membantu membuka 5 aura..aura apa tu..haa ini zaza nak share kat korang..

Imaan Terapi ni terdiri dari tiga produk iaitu Imaan Aura Oil, Imaan Aura Water dan Imaan Aura Salt. 

Istimewanya Imaan Terapi ni sebab ia berasaskan adunan minyak pati 7 bunga dan ada penambahan resin tumbuhan, batu permata dan air terapi. Kalau bau pun sedap..bau aroma minyak dan menghasilkan quantum energi khusus untuk memancarkan pesona aura seseorang.

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

IMAAN AURA OIL

Imaan Aura Oil ini mengandungi minyak pati bunga dan resin tumbuhan. Ada beberapa cara untuk menggunakan minyak ini iaitu :

HIDU - Titis ke atas tapak tangan yang basah, gosok dan putar lawan jam sambil niat yang positif dan hidu selama 10 saat. Lepas tu boleh sapu di belakang leher, muka dan tangan. Sesuai diamalkan pada waktu pagi dan malam. Zaza pakai selepas mandi dan juga sebelum nak tidur..rasa rileks dan tenang je..

TITIS DALAM AIR MANDIAN - Titis ke dalam air ( tab mandian atau baldi ).Kacau arah lawan jam sambil niat positif.

CAMPUR DENGAN GARAM AURA - Campurkan dengan garam aura untuk kesan optimum. Mandi waktu pagi atau petang.

MESIN AROMATERAPI - Titis dalam diffuser untuk ruang yang beraroma dan beraura

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah
Imaan Aura Oil

IMAAN AURA WATER

Zaza memang suka sangat dengan semburan Imaan Aura Water ni..bau bunga-bungaanya memang mengasyikkan dan menenangkan. ia dihasilkan dari formula 7 bunga dan rendaman batu Citrine. Cara untuk menggunakannya :

BADAN DAN MUKA - Sembur di badan dan muka. Ia berfungsi sebagai face mist untuk menyegarkan serta memberikan hidrasi ke kulit sepanjang hari. Gunakan sebelum dan selepas bersolek.

Selain di muka dan badan, Imaan Aura Water ni boleh juga disembur di rumah, pejabat, bilik hotel dan sebagainya untuk membersihkan aura sekeliling.

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah
Imaan Aura Water

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

IMAAN AURA SALT

Zaza suka kalau dapat rendam kaki..kaki pun kena bersihkan juga..So Imaan Aura Salt ni adalah garam bukit dengan 84 mineral, campuran rose oil dan taburan bunga ros yang kering. Cara penggunaannya : 

UNTUK RENDAMAN KAKI, MANDIAN DAN SCRUB BADAN - Campurkan 3 sudu Imaan Aura Salt ke dalam air biasa atau air suam. Titiskan sekali Imaan Aura Oil untuk kesan yang optimum.

Garam bukit sememangnya ramai sudah mengetahui khasiatnya antaranya : Membantu melancarkan peredaran darah, masalah saraf, kebas kaki atau tangan, lemah badan,migrain,buang toksin dan sakit lutut.

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

PEMBUKA 5 AURA

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga ini sebenarnya dapat membantu membuka 5 Aura iaitu :

⥁ Seri Wajah  ⥁ Keyakinan  ⥁ Kesihatan
⥁ Keharmonian  ⥁ Rezeki

Selain dari itu, ia juga membantu dalam meningkatkan daya tarikan, menguatkan kasih sayang pasangan dan meningkatkan keintiman suami isteri, meredakan tekanan ( stress ) dan mengekalkan minda positif dan menarik kejayaan.

Bagi yang ingin menggunakan Imaan Terapi ini, disarankan untuk menggunakannya selama 21 hari secara berturut-turut untuk mendapatkan kesan terbaik.

Kepada yang nak dapatkan Imaan Terapi atau lain-lain produk keluaran Imaan Suci World, boleh terus menghubungi HQ IMAAN di :



3 ulasan:

  1. Menariknya zaza. Terus rasa nak cuba juga. Suka tang boleh bg aura positif dekat kita. Bau sure wangi.

    BalasPadam
  2. Wow.. Makin berseri seri lah lepas ni 😍

    BalasPadam